Followers

Sunday, February 27, 2011

myMetro | Luah cinta di lebuh raya

Oleh Rudy Imran Shamsudin
imran@hmetro.com.my

SABAR...Shuib berkenalan lebih setahun dengan Sarah dan mengikat tali pertunangan pada November lalu.

PERNAH bertunang dengan sukan motorcross, Mohd Harith Fuad Robinson, empat tahun lalu, nyata jodoh penyanyi Siti Sarah Raissuddin, 27, dengan anggota kumpulan Sepah, Shahmira Muhamad atau Shuib, 27.

Pantai diredah
menongkah bayu

Singgah dikota jual belida
Puas sudah dipujuk rayu
Akhirnya cinta milik kekanda.


Hanya dengan sekali lafaz, Shuib, sah menjadi suami Sarah dalam majlis pernikahan yang berlangsung di Jeumpa D’ Ramo, Bangsar, Sabtu lalu. Namun, bukan mudah untuk Shuib mendapatkan cinta Sarah kerana berusaha hampir setahun, akhirnya apa yang diimpikan Shuib sudah terlaksana.

Mereka dinikahkan Penolong Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk, Wilayah Persekutuan, Ustaz Mohd Nizar Mohd Nadzir, disaksikan hampir 100 tetamu daripada kalangan keluarga terdekat dan sahabat handai pasangan pengantin baru ini. Antara rakan rapat yang hadir, Mohd Ashraf Md Yusof dan komposer Aidit Alfian Mohd Dom.

Di majlis itu Shuib turut me�nyerahkan mas kahwin RM1, 000 dan cincin, tetapi jumlah wang hantaran dirahsiakan. Lima dulang hantaran turut diserahkan pengantin lelaki dan dibalas tujuh oleh pengantin perempuan.

Ditemui sebaik majlis selesai, jejaka berasal dari Kulai, Johor ini mengakui tidak mudah untuknya memiliki cinta Sarah sehinggakan terpaksa menghentikan kereta di tepi lebuh raya semata-mata mahu menyatakan perasaan cintanya kepada penyanyi yang popular dengan lagu Kesetiaan itu.

“Walaupun saya sudah menyatakan perasaan sayang kepadanya, Sarah tetap mendiamkan diri. Dia cukup susah untuk menyatakan ‘saya sayang awak’. Cukup susah. Bayangkan, selama setahun tiga bulan kami berkawan, setengah tahun kemudian baru�lah dia membalas kata cinta�nya kepada saya,” katanya.

Kerana susah untuk mendapatkan Sarah juga menyebab�kan apabila Sarah membalas cintanya, Shuib tidak lagi menoleh dan terus merancang untuk mengikat perasaan itu dengan tali pernikahan.

“Sarah terlalu istimewa. Keistimewaan yang dimiliki sukar untuk digambarkan dengan kata-kata. Dialah wanita pertama yang membuka hati saya untuk melakukan apa yang seharusnya saya lakukan. Lagipun, sebelum ini tiada orang yang mampu menambat hati saya seperti mana Sarah.

“Sarah membuatkan saya menjadi lelaki yang lebih baik. Berfikir mengenai masa depan. Apabila saya sedar dia mampu melakukan ini, menyebab�kan hati saya terdetik dan mengatakan saya tidak harus menjauhkan diri daripadanya.

“Lebih daripada itu, saya harus melakukan sesuatu agar dia sentiasa ada bersama saya. Dan hari ini saya sudah melakukan perkara yang harus saya lakukan itu dengan pernikahan ini,” katanya.

Sarah mengakui cinta adalah satu ungkapan yang cukup besar buatnya dan harus diluahkan dengan rasa penuh tanggungjawab. Ia juga tidak seharusnya dijaja dan dinyatakan kepada semua lelaki yang ditemui.

“Sekiranya saya menyatakan ‘saya sayang awak’ ia bermakna saya benar-benar maksudkannya. Selepas melihat kesungguhan dan kesabaran ditunjukkan suami, menyebab�kan saya membalas kembali perasaan yang diluahkan itu,” katanya.

Disebabkan kesabaran dan kesungguhan ditunjukkan Shuib itu juga menyebabkan Sarah menerimanya untuk berkongsi hidup. Lebih daripada itu mereka berdua mempunyai impian dan jalan yang sama dengan berumah tangga dan membina keluarga.

Bercerita lanjut mengenai perancangan masa depan, jelas Sarah, dia mahupun Shuib tidak merancang sebaliknya meletakkan segalanya di ta�ngan Tuhan. Andai dikurniakan rezeki memperoleh cahaya mata dalam waktu terdekat, mereka akan menerimanya dengan penuh rasa gembira.

“Kami merancang untuk berbulan madu di Ireland ataupun beberapa negara Eropah. Bagaimanapun, perkara itu terpaksa ditangguhkan terlebih dulu. Begitu juga dengan majlis resepsi. Ia akan diadakan pada masa yang sesuai memandang�kan kami sibuk.

“Malah bermula 3 Mac ini, kami sudah kembali bekerja. Saya akan menyambung kerja rakaman album terbaru sementara Shuib sibuk dengan Maharaja Lawak,” katanya.

Di majlis pernikahan itu kelihatan juga pengacara dan pelakon popular Sharifah Shahira dan suami, Ijoy turut hadir meraikan Sarah dan Shuib. Bagaimanapun, kelibat anggota kumpulan Sepah iaitu Jep dan Mamat tidak kelihatan.

Menjelaskan perkara itu, cerita pasangan ini mereka sudah pun memberitahu lebih awal mengenai majlis diadakan. Bagaimana pun, Jep yang berada di Johor menyangkakan majlis diadakan pada tengah hari dan dia tidak sempat untuk ke Kuala Lumpur sementara Mamat pula sibuk dengan penggambaran drama.

“Kami sendiri tidak mahu majlis ini menjadi beban. Kepada tetamu yang hadir, kami ucapkan terima kasih banyak-banyak atas restu dan doa. Biarlah kehadiran ke maj�lis kami dengan setulus hati,” katanya.

Sementara itu bapa pe�ngantin perempuan yang juga pelakon dan penyanyi zaman 80-an, Raissuddin Hamzah memanjatkan syukur apabila anak perempuan tunggulnya itu sudah selamat bernikah dengan jejaka pilihan hati.

“Majlis pernikahan Sarah membuktikan bahawa manusia tidak berkuasa. Segalanya ditentukan Allah. Dulu merancang bernikah dengan orang lain tetapi hari ini orang lain yang dinikahi Sarah. Kuasa-Nya tiada siapa yang dapat menidakkan,” katanya.

Jelas Raissuddin lagi, dia tidak pernah menghalang Sarah untuk berkawan dan menikahi siapa lelaki yang dirasakan terbaik untuk hidupnya.

“Dulu bersama Fuad, saya juga tidak menghalang dan menggalakkan mereka melakukan perkara baik dengan mengikat dulu perhubungan dengan tali pertunangan. Namun, biasalah sebagai manusia kita hanya mampu merancang tetapi segalanya ditentukan Tuhan.

“Dengan Shuib pun begitu juga. Sewaktu diperkenalkan, saya tidak menghalang. Sewaktu mula-mula diperkenalkan kepada kami sekeluarga, Sarah hanya berkata mereka berkawan.

“Beberapa lama selepas itu, barulah dia berkata bahawa Shuiblah orangnya. Saya mahupun ibunya merestui perkara baik yang mereka lakukan. Sekarang mereka sah menjadi suami isteri,” katanya.

Sebagai bapa, jelas Raissuddin lagi dia mengharapkan Sarah dan Shuib sentiasa bermuafakat dalam melayari bahtera hidup berumahtangga dan semoga perkahwinan dibina ini kekal hingga ke akhir hayat.  
 
credit: myMetro | Luah cinta di lebuh raya

nota kaki: ~ Tahniah sarah!! akhirnya jumpa juga the one.. wish u live happily ever after with ur husband and future child.. moga masjid yg dibina berkekalan hingga ke akhir hayat, amin :)

oh ya, ni link video kawen diowg, enjoy watching ^_~

No comments:

Post a Comment

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

World Visitors Map

free counters

Search