Followers

Tuesday, March 15, 2011

Pengajaran dan iktibar dengan bencana yang Allah turunkan

Salam,

Beberapa hari ini kita dikejutkan dengan gempa bumi dan tsunami di Jepun. Tahun 2004 rasanya masih segar di ingatan mengenai tusnami yang melanda Acheh dan negara kita. Tahun 2011, 7 tahun kemudian, New Zealand dan Jepun pula mengalami nasib yang sama. New Zeland dilanda gempa bumi dengan kekuatan 6.9 magnitud dan Jepun dilanda gempa bumi berukuran 8.9 magnitud di timur laut negara itu dan menyebabkan tsunami setinggi 10 meter yang menghanyutkan kereta dan meruntuhkan bangunan di sepanjang perairan dekat pusat gempa. Gempa bumi terburuk dalam 140 tahun, yang melanda timur laut Jepun tengah hari 11 Mac 2011 (waktu Malaysia), dikatakan telah meragut 2000 nyawa setakat ini dan angka kematian dijangka terus meningkat.




Jika dilihat lebih jauhnya bencana alam kini semakin menjadi-jadi, hakikatnya ianya ada kaitan dengan kegiatan manusia diatas muka bumi ini. Di dalam Al-Quran Allah Subhanawataala menceritakan banyak tamadun manusia dimusnahkan oleh Allah melalui bencana alam.
Dalam surah al-Ankabut ayat 40 Allah SWT berfirman bermaksud:
“Maka masing-masing Kami binasakan dengan sebab dosanya, iaitu di antaranya ada yang Kami hantarkan angin ribut menghujaninya dengan batu; dan ada yang dibinasakan dengan letusan suara yang menggemparkan bumi; dan ada yang Kami timbuskan dia di bumi; dan ada pula yang Kami tenggelamkan di laut. Dan (ingatlah) Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri.” Quran Explorer – [Surah Al-Ankabut, Verse : 40 - 40]
Peringatan ayat Allah SWT tersebut hendaknya menjadi pelajaran bagi kita bahawa akibat daripada kekufuran dan perbuatan maksiat yang dilakukan, akan menjadi penyebab datangnya kemurkaan Allah. Ketahuilah bahawa setiap bencana yang menimpa manusia mempunyai tiga pengajaran yang berbeza. Bagi mereka yang terselamat daripada bencana, maka bencana yang menimpa orang lain merupakan peringatan bentuk kasih sayang dari Allah agar mereka kembali pada jalan-Nya. Sedangkan bagi orang yang tidak beriman, maka bencana yang menimpa merupakan azab dan siksa dari Allah yang disebabkan oleh kekufuran dan kedurhakaan terhadap perintah Allah dan rasul-Nya. Dengan bencana juga, Allah hendak menunjukkan kepada manusia, mana antara orang yang benar keimanannya dan mana yang tidak.
Perlu difahami bahawa bencana alam juga boleh berlaku disebabkan daripada kesilapan dan kerakusan manusia kerana mengejar kemewahan dunia. Demi wang ringgit bukit-bukau ditarah dan diruntuhkan, pembangunan dilaksanakan sesuka hati, pembakaran terbuka berleluasa, pembalakan haram menjadi-jadi dan pembuangan sampah di mana-mana. Akibatnya sistem ekologi dan keseimbangan alam semesta tergugat .
Insafilah peringatan Allah dalam surah ar-Rum ayat 41 yang bermaksud:
“Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)”. Surah Ar-Rum, Verse : 41 - 41
Ayat ini menyatakan bahawa bencana alam yang berlaku di muka bumi ini ada kaitannya dengan perilaku manusia yang tidak berhemah kepada alam semesta. Tindakan-tindakan manusia yang mengganggu dan memusnahkan keseimbangan ekologi adalah satu tindakan yang akan membawa manusia ke arah kemusnahan. Ini kerana, hubung kait antara manusia dengan alam sangat rapat sekali.
Ayuh kita semua ambil pengajaran dan iqtibar daripada kejadian ini dan ayuh kita perbaiki hubungan kita dengan Allah Subhanawataala. Kita sebagai rakyat Malaysia sering terlepas dari bencana tersebut, kerana dari segi lumrahnya Malaysia bukanlah sebuah negara yang berada di garisan gerak gempa. Tetapi jangan anggap kita sudah selamat dari itu semua, kerana jika Allah berkehendak bencana di negara ini, maka ia akan berlaku dengan tanpa disedari dan ia akan menyebabkan kemusnahan yang lebih besar dari negara-negara yang sering ditimpa bencana. Jangan sesekali lupa kepada Allah dan melakukan perkara yang dibenci oleh Allah sebab takut nanti Allah murka dan menurunkan bencana yang sangat besar untuk menghapuskan orang-orang yang melakukan kesalahan di muka bumi ini.
“Sesungguhnya barangsiapa yang mencari redha Allah sedangkan manusia murka, maka Allah akan cukupkan baginya akan segalanya di dunia ini. Tetapi barangsiapa yang mencari keredhaan manusia dalam keadaan Allah murka, maka Allah menyerahkan nasibnya pada manusia.”


credit:: surau al-hikmah

Tuesday, March 8, 2011

nak minta tulun sket buley ;)

Salam,

Hai kwn2 yg disayangi semua♥
Kalau sudi nt tlg vote lin ye kat Pencarian Gadis Muslimah 2.. Saje2 je masuk ni,x sangka drpd penyertaan sebelum ni dipilih secara automatik oleh pihak penganjur utk menyertai Pencarian Gadis Muslimah 2 pula.. Bantuan kalian amatlah dihargai..

Step 1) Like page: http://www.facebook.com/studio.mukmin

Step 2) Like pic: http://www.facebook.com/photo.php?fbid=194550453900443&set=at.194548657233956.49946.181669195188569.1135176245&ref=nf

TQVM, syukran :)

Tuesday, March 1, 2011

Perak Launches Gold Dinars And Silver Dirhams


Perak today introduced its own gold dinar and silver dirham which are excellent for investment as well as suitable as gifts for important occasions such as marriage dowry, wedding anniversaries, birthdays, new births, and even during corporate events.
The new gold dinar produced by Perak State Economic Development Corporation’s associate company GoldNet International Sdn Bhd, is the purest form of the coins ever produced with a gold content of 99.99%.
Perak Chief Minister Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir told guests during a launching ceremony of the coins at the State Secretariat Building today that the gold dinar and silver dirham had actually existed before the advent of Prophet Mohammad, when the coins were used by the ancient Romans and Persians.
He said the state of Perak has created history by producing the purest gold and silver form of dinar and dirham coins and reviving the original versions of these coins that were minted by Muslims 1357 years ago.
“Personally, I love the unique design of the dinar and dirham of the state of Perak,” said Dr Zambry and added that its design represents history and modernity.
One side of the coin replicates the original design of the first gold dinar minted by the Caliph Abdul Malek ibn Marwan while the other side depicts the crest of the state of Perak.
Dr Zambry said that modern technology has made it possible to mint almost pure 24K gold dinars, and said he hoped other producers of gold dinars in the country who are currently minting 916 versions of the coins would emulate Perak’s move in producing fine gold dinars.
Dr Zambry also stressed that the gold dinar and silver dirham are not meant to replace the ringgit or be used as currencies but are instead, a reliable investment as the value of money reduces over time due to inflation but on the other hand, gold price always goes up and over the last 10 years, has risen by over 400%.
Gold price also rises during times of economic distress and turmoil and it can be used as asset to diversify investments.
I would like to encourage Muslims in the state and elsewhere to use the state of Perak’s dinar and dirham as mahar or marriage dowry in weddings,” Dr Zambry said and also called on the public to use the dinar and dirham of Perak as gifts for memorable occasions.
Meanwhile, GoldNet International Datuk Rais Hussin Mohamed Ariff said the price of gold has appreciated 18.5% annually in the past 10 years while the price of silver is rising 12.5% more than the appreciation of gold.
He said that one cannot go wrong when investing in gold and silver, but added that Perak has no intention at this point to push the dinar and dirham as mediums of exchange in the state.

beep beep :: lurve the bolded words, hee ;)

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

World Visitors Map

free counters

Search