Followers

Thursday, December 22, 2011

Sharing is caring: Kasut free!! sape nak?? ^_^

salam n hai semua,



kak siti nur ada buat offer sempena birthday dia taw.. korang boleh pergi ke blog pemilik RKM

Entrynya ni: -
http://sittinurs.blogspot.com/2011/12/sempena-my-birthday.html

Isi entry kak siti nur: -
Assalamualaikum...

Sempena hari ni tarikh Bday saya,  mahu sedikit berbagi kebahagiaan dengan kawan2 bloggers khususnya B2B :) . ada sepasang kasut Wedding dengan Colour Grey dan dihiasi batu2 yang cantik. Saya sendiri yg mendesignnya. mudah2n kalian suka :)

Saya akan bagi FREE kasut ini, Siapa kah yang akan mendapatkannya? :) caranya adalah :

1. B2B yang mempunyai Blog khusus menceritakan perjalanan/preparation weddingnya.
2. Buat Entry yang menceritakan "kasut wedding impian anda"
3. Letak banner dengan 1 gambar, Salah satu baju Kebaya wedding By Sitti Nurs yang anda sukai, dan link kan dengan website : www.rumahkebaya.com.my.
4. Follow dan Link blog Sitti Nurs untuk memudahkan saya mengupdatesnya :)
5. Pemenang akan diumumkan pada tarikh 31 Januari 2012.
6. Hadiah boleh di ambil sendiri ke gallery Rumah Kebaya Malaysia (RKM) atau boleh juga kami pos kan.


ini dia kasutnya :).          



(gambar diambil dengan kamera Iphone )






Selamat Mencoba :)

Wednesday, December 21, 2011

Update dari entry "pergi klinik kesihatan" pada 13 Dis 2011 yang lepas ;)

Salam n hai,

Ni lin nak update pasal entry lepas, kira ni kesinambungan la dari entry ini

sebelum ni lin pnh cite kan pnh g klinik sebab demam panas, ulser, n etc.. tp doktor suspect lin pregnant sebab ada tanda2 mcm pregnant.. last2 doktor suh buat UPT n blood test.. tp resultnya -ve, kecewa jugak lah walau x mengharap sgt, but doktor ckp x bermakna -ve ni lin x pregnant, maybe tahap HCG masih rendah lagi, kena tunggu dlm bbrp hari lagi..

tp haritu x jadik lah pregnant, haha boleh pulak ayat "tak jadik lah nk pregnant" ek, padahal x pregnant lg pon, gegege;p al-kisahnya, dah terrdatang bulan lah pulak stgh hari selepas gi klinik tuh,huhu :(

hanya sekadar gambar hiasan sahaja

so TRY AGAIN LATER lah nampaknya, hehe.. malas nk update blog lagi selepas dapat tahu diri terrpe0d, musnah harapan untuk menjadi seorang ibu, ahaks ;p

xpe2, bak kata doktor,  ade byk masa lagi, newly wed kan, lagipun muda lagi, still baaaaanyak masa lagi, hehe;) 
sabar menanti, insya Allah klu ada rezki nt ade lah, tak perlu tergesa-gesa kan:)
kpd kawan2 newly weds ku yang lain, selamat juga untuk korang semua;)


ok lah, till then, tataaa ^_~

Tuesday, December 13, 2011

ke klinik kesihatan pagi tadi.. UPT?!!



Since hari ahad dah tak berapa sihat, maybe coz lepas kena hujan lebat time gi kenduri2 kawen time hari Ahad lepas dengan en. husband. Hari isnin demam bertambah teruk, badan panas sangat, memang rasa lesu je, tak bermaya sangat, nak g klinik pon ase mls je.. so g lah keje jugak walaupun TAK SIHAT, huu..

harini demam x panas sgt mcm semalam, tp sbb x tahan ulsers, running nose, headache, n asik pening2.. serious ulser di dalam mulut,  byk ulser, tak tahan, sakit sgt. dah lah demam, plus x minum air sgt, mst lah kering n ulser jadi b'tambah teruk kan, time nk bercakap sakit, nk makan pon sakit, nk minum pon sakit, adess..so gi lah klinik kesihatan kerajaan jugak walaupun rasa malas yg teramat menguasai diri..

lepas doktor check semua.
doktor: "dah kawen ker belum, bila last period?? "
setelah dijawab dah kawen n hari last period 20.11.2011, start 7 hari sblm..
doktor ckp: "sepatutnya hari ni lah period. harini dah start period?? "
patient: "belum lagi doktor"
doktor: "ada apa2 perubahan x setakat ni??
patient: "ada.. mcm kerap buang air kecil walaupun x minum air byk, then ade pening-pening.. pnh sekali je rasa loya time duk kat dlm train lama sgt time blk kl mggu lps dari tm, ase mcm nk muntah.. tp xde la muntah2,.. n bla bla bla... "

tu mcm tanda awal kehamilan.. terus je doktor suh buat UPT(Urine Pregnancy Test) and blood test.. terkejut den, tbe2 je doktor suh buat UPT, padahal gi klinik kerana sakit lain, huhu..
tapi dalam hati mcm excited jugak bila doktor suh buat UPT, ehem3, hehehe;;)



masa nk amik buat blood test, sakit sangat jarum suntikan berada lama mencucuk sbb darah x maw keluar.. nk nangis dh rasa, huhu :(  lama2 baru lah dia keluar sikit2.. sakitnya kemain, hhu.. byk sgt darah yg diambil.. nurse tanya awk kurang minum air ye??"  patient: "ha'ah, kurang minum air" .. adess,nyesal x minum air byk2.. mmg pagi tu x minum air langsung pon lagi.. so pengajarannya, stp hari mst kena minum air secukupnya ya especially time nak amik darah nt.. reminder utk diri sendiri!! hehe.. dan juga kwn2 ;)

menunggu keputusan ujian.. *dup dap dup dap*

sekali.. urine test result negative..  haih kecewa juga tgk resultnya, walaupun x mengharap sangat, haha.. tp doktor ckp sambil senyum: " relax, awal lagi kan, baru kawen je, jgn risau, lagipon muda lagi, ada byk masa lagi ;)
..TAPI, walaupun cni tulis negative, belum tentu awk bukan pregnant ye, sbb skg ni still awal lagi, maybe tahap HCG(human chorionic gonadotropin, the pregnancy hormone) masih rendah lg, so dia x dpt nk detect sgt, tgu dlm bbrp hari lagi, then check lagi ye.." *achewah tiba2 saya rasa mcm ada HARAPAN, hiks.. *
doktor ckp lagi: "btw, air kencing awk ada kuman sikit, tp jgn risau ni mmg slalu b'laku pd newly weds.. bla bla bla ...........(selebihnya xdpt dinyatakan di sini, secret sikit, hihi) "

doktor bagi ubat antibiotik, ubat demam, ubat sakit kepala, ubat batuk, ubat selsema, n ubat ulser.

fuh, tak sabar nk tunggu dlm bbrp minggu lagi nak kena buat test sekali lg.. hopefully ade lah rezeki.. bestnyerr ade baby.. ske baby, comeyy^_~  en. husband pon teringin nk sgt ada baby sendiri, lagi cepat lagi bagus katanya, hehe.. tp klu xde lg, xpe la, still awal lagi kan, byk masa lagi ;;) 

kami x buat family planning pun, x merancang pun, sbb anak ni rezeki dariNya, better jangan ditahan2 or ditangguhkan..
DON'T EVER PLANNING FOR FIRST BABY
takut nt Allah terus x bg or lewat-lewatkan bg kite cahaya mata.. sbb lin ada membe yg buat family planning sbb kewangan tidak mengizinkan.. rancangnya setahun je nk hold.. tapi, ditakdirkan nk dekat 3 thn x dpt2 lg cahaya mata walau diowg dah berusaha check doktor, berurut, dsbnya.. ada jugak dgr cerita membe kpd membe, ada tu sampai 10 tahun xde baby lagi padahal dua2 xde mslh, sume psl planning for 1st baby at the beginning.. 10 thn mrk boring xde anak, xde penyeri dlm keluarga, last2 sampai kena ambil anak angkat!! begitu susahnya..  jangan ye.. biar natural aje.. jgn diambil pil ker, kondom ker or whatever usaha untuk tahan dari dpt anak.. insya Allah ade rezkinya, .. ada bbrp org kwn lin, yg kewangan tidak mengizinkan juga, tp lepas dapat anak, terus rezeki datang mencurah-curah, dari susah nk dpt kerja, terus dapat kerja tetap, n suaminya pula naik pangkat!! dia pon tak sangka.. ada hikmahnya, alhamdulillah..
tp bagi yg xde rezki lg xpelah, lama2 nt ade lah tu ye, SABAR :)

em, walaubagaimanapun, don't get me wrong, xde lah kata planning for 1st baby tu x elok, just my 2 cent and others yg dah ada pengalaman, anak tu kan anugerah dariNYA.. ada pro n kontra nye lah planning nih..

Ada juga one of my friend yg kawen masa dia still study, so dia perlu planning for 1st baby agar x susah nak jaga baby nt since dia tgh bz study kan, x blh nak bagi perhatian sepenuhnya pd baby, so dia hold dulu baby, not doing that 'stuff', t'paksa tahan lah, dia kesian jugak pd suami, tapi nak wat cane, huhu.. tp lps je dh abes blaja, dah blh da, setahun lps tu dia disahkan pregnant, alhamdulillah..  apa2pun, bergantung pd niat kita.. ada jugak yg lain2 saje je nak hold baby sbb nak puas hidup berdua berhornymoon dulu tanpa anak, lama2 baru nak anak.. tp jgn trus planning hidup berdua je tanpa anak selamanya, slh tu, hoho..
but klu nk planning utk anak seterusnya tu xpe kowt, just utk menjarakkan antara anak sebelumnya kan, hehehe ;)  

ok, sampai cni saje coretan, till then, tataa, wassalam :)

Monday, December 5, 2011

Bulan Muharam


AWAL MUHARRAM

Wahai Tuhanku, berikanlah daku ilmu hikmah, & hubungkanlah daku dgn orang2 yg Sholeh
  [Al-Syura':83]

Muharram merupakan bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Hijrah Rasulallah dari Mekah ke Yathrib kiraan bulan dibuat mengikut tahun masihi. Hijrah Rasulullah telah memberi kesan besar kepada Islam samada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah & syiar Islam itu sendiri.Pada asasnya, Muharram membawa maksud "diharamkan" atau "dipantang" iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Mekah. (Al Baqarah 91).Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas & ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan tersebut.

DIANTARA AMALAN YG DISUNATKAN DALAM BULAN MUHARAM :
1. Berpuasa.
   Maksud Hadis:Brgsiapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharram pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun.
   Maksud Hadis:brgsiapa yg berpuasa tiga hari dalam bulan Muharram iaitu hari Khamis, Jumaat & Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.
2. Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir & sebagainya.
3. Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijjah selepas Asar sebanyak 3X
4. Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3X

Abul-Laits Asssamarqandi meriwayatkan dgn sanadnya dr Ibnu Abbas RA berkata: Nabi SAW bersabda yg bermaksud;
 Brgsiapa yg berpuasa pd hari Assyuuraa' yakni 10 Muharram,  maka Allah akan memberikan kpdnya pahala 10,000 malaikat;
 dan barangsiapa yg puasa pada hari Assyuuraa',  maka akan diberikan pahala 10,000 org Haji dan Umrah,  dan 10, 000 org mati syahid;
 dan siapa yg mengusap kepala anak yatim pada hari Assyuuraa',  maka Allah akan menaikkan dgn rambut satu darjat.
 Dan brgsiapa yg memberi buka puasa org mukmin yg berpuasa pd hari Assyuuraa',  maka seolah2 memberi buka puasa semua umat Muhammad
 SAW. dan mengenyangkan perut mereka
.


Sahabat bertanya;  Ya,  Rasulullah,  Allah telah melebihkan hari Assyuuraa' dari lain-lain hari.
Jawab Rasulullah:  Benar!.
Allah telah menjadikan langit dan bumi pada hari Assyuuraa',
dan menjadikan Adam juga Hawa pada hari Assyuuraa';
dan menjadikan Syurga serta memasukkan Adam di syurga pada hari Assyuuraa';
dan Allah menyelamatkan dari api neraka pada hari Assyuuraa';
dan menenggelamkan Fir'aun pada hari Assyuuraa';
dan menyembuhkan bala Nabi Ayyub pada hari Assyuuraa'
dan Allah memberi taubat kepada Adam pada hari Assyuuraa';
dan diampunkan dosa Nabi Daud pada hari Assyuuraa';
dan juga kembalinya kerajaan Nabi Sulaiman pada hari Assyuuraa';
dan akan terjadi Qiyamat pada hari Assyuuraa'


Abul-Laits meriwayatkan dgn sanadnya dari Ikrimah berkata;  Hari Assyuuraa' ialah hari diterimanya taubatnya Nabi Adam.  Dan ia pula hari turunnya Nabi Nuh dari perahunya.  Maka ia berpuasa syukur;  dan ia pula hari tenggelamnya Fir'aun dan terbelahnya laut bagi Nabi Musa a.s. dan Bani Israil.  Maka mereka berpuasa;  kerana itu jika dapat;  engkau berpuasalah pada  hari Assyuuraa'.
Abul-Laits meriwayatkan dgn sanadnya dari Muhammad bin Maisarah berkata; Bahawa siapa yg melapangkan pada keluarganya pada hari Assyuuraa',  maka Allah akan meluaskan rezekinya sepanjang tahun itu.

Said bin Jubair dari Ibn Abbas r.a. berkata; Ketika Nabi SAW. baru hijrah ke Madinah,  mendapatkan kaum Yahudi puasa pada hari Assyuuraa';  maka tanya kepada mereka tentang itu.  Jawab mereka;  "Hari itu Allah memenangkan Nabi Musa a.s.  dari Bani Israil terhadap Fir'aun dan kaumnya.  Maka kami puasa kerana mengagungkan hari ini".  Maka sabda Nabi SAW.;  "Kami lebih layak mengikuti jejak Musa dari kamu".  maka Nabi SAW.  menyuruh sahabat supaya berpuasa.

AMALAN SUNAT PADA 10 MUHARRAM
Empat belas perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram):

1. Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya- Allah akan melapangkan hidupnya pd tahun ini.
2. Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
3. Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
4. Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bg tiap2 rambut yg disapunya.
6. Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
7. Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
8. Mandi Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pd tahun itu. Lafaz niat: "Shj aku mandi sunat hari Asyura krn Allah Taala."
9. Bercelak. Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000X. Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.
11. Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11X.
12. Membaca "has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer". Fadilatnya - Tidak mati pada tahun ini.
13. Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
14. Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

.

Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w.  bersabda, "Seutama2 puasa sesudah puasa bulan Ramadan ialah puasa bulan Muharram dan seutama-utama solat sesudah solat fardu ialah solat malam". (Sahih Muslim)

Abu Musa Al Madani meriwayatkan dari Ibnu Umar r.a.; "Brgsiapa yg  berpuasa pada hari Asyura adalah seperti berpuasa setahun & siapa yg bersedekah pd hari Asyura adalah bagiku bersedekah setahun." (HR Albazzar)

Dari Abu Qatadah Al-Anshari r.a. katanya Rasulullah s.a.w. ditanya org tentang puasa hari arafah. Jawab baginda, "Semoga dapat menghapus dosa tahun yg lalu dan yg akan datang". Kemudian Nabi ditanya pula tentang  puasa hari asyura. Jawab baginda, "semoga dapat menghapus dosa tahun yg lalu".(Sahih Muslim)

Dari Aisyah r.a. katanya "Biasanya org Quraisy pada masa jahiliah berpuasa pada hari asyura & Nabi s.a.w. pun berpuasa. Ketika Baginda tiba di Madinah, Baginda juga berpuasa pd hari asyura & menyuruh org lain berpuasa juga". (Sahih Muslim)

Dari Ibnu Abbas r.a. katanya, ketika Nabi s.a.w. tiba di Madinah, Baginda melihat org yahudi berpuasa pada hari asyura. Nabi pun bertanya, "Hari apa ini ?". Jawab mereka, "Hari ini ialah hari yg baik. Pada hari ini Allah melepaskan Bani Israil dari musuh mereka, kerana itu Nabi Musa berpuasa kerananya". Sabda Nabi, "Aku lebih berhak daripada kamu dgn Musa". Oleh itu Nabi berpuasa dan menyuruh org lain berpuasa pada hari asyura. (Sahih Bukhari)

Rasulullah s.a.w. bersabda; "Berpuasa kamu pada hari ke sembilan dan sepuluh Muharam  dan jangan meniru cara orang-orang Yahudi." (HR Al Baihaqi )

Bersabda Rasulullah SAW: Sesiapa yg berpuasa sehari dlm bulan Muharram maka baginya menyamai 30 hari berpuasa."

Bersabda Rasulullah SAW : "Sesiapa yg berpuasa pada 10 Muharram maka ALLAH anugerahkan pahala 10 ribu ibadah para Malaikat, dan dikurniakan pahala 10 ribu syuhada' (mati syahid), dan dikurniakan pahala 10 ribu pahala Haji dan Umrah"

Bersabda Rasulullah SAW : "Sesiapa yg melapangkan kesempitan keluarganya pada 10 Muharram maka ALLAH melapangkan kesempitannya sepanjang tahun tersebut."

Bersabda Rasulullah SAW "Seafdhal-afdhal puasa selepas puasa Ramadhan ialah puasa dalam bulan  Muharram dan seafdhal-afdhal solat selepas solat fardhu ialah solat pada 1/3 malam 10 Muharram"

Bertanya para sahabat : "Wahai Rasulullah ! Apakah kelebihan 10  Muharram berbanding dgn hari2 yg lain ?"  Sabdanya :
-    ALLAH menciptakan langit, bintang dan sebagainya pada 10 Muharram
-    ALLAH menciptakan gunung-ganang pada 10 Muharram
-    Diciptakan lautan pada 10 Muharram
-    Diciptakan Qalam (pena untuk menulis amal manusia) pada 10 Muharram
-    Diciptakan papan tulis (Luh Mahfuz) pada 10 Muharram
-    Diciptakan Adam a.s. pada 10 Muharram
-    Dimasukkan Adam a.s. ke dalam syurga pada 10 Muharram
-    Dilahirkan Ibrahim a.s. pada 10 Muharram
-    Diselamatkan Ibrahim a.s. dari api Namrud pada 10 Muharram
-    Diselamatkan anaknya Ismail a.s. dari sembelihan pada 10 Muharram
-    Ditenggelamkan Fir'aun pada 10 Muharram
-    Diampunkan dosa Daud a.s. pada 10 Muharram
-    Dilahirkan Isa a.s. pada 10 Muharram
-    Dikeluarkan Idris a.s. daripada perut ikan Nun pada 10 Muharram
-    Disembuhkan penyakit Ayub a.s. pada 10 Muharram
-    Diangkat Isa a.s. ke langit pada 10 Muharram
-    Diterima taubat Adam a.s. pada 10 Muharram
-    Dianugerahkan tahta kerajaan kepada Sulaiman a.s. pada 10 Muharram
-    Diciptakan Arasy pada 10 Muharram
-    Awal-awal hujan yg turun dari langit pada 10 Muharram
-    Awal-awal rahmat diturunkan pada 10 Muharram
-   Diselamatkan bahtera Nuh a.s. daripada tenggelam pada 10 Muharram

-  
" Ketahuilah dengan mengingati Allah, hati akan menjadi terang" (Ar-Ra'd:28)

Firman Allah SWT didalam surah Yasin ayat 65; yg bermaksud ……`Pada hari Kami tutup mulut mereka, dan berkatalah kepada Kami tangan mereka dan memberi kesaksian kaki-kaki mereka terhadap apa yg dahulu mereka usahakan'.
Sesungguhnya Allah SWT menakdirkan kebaikan dan keburukan dan sebab-sebab di antara keduanya. Dia-lah yang telah menentukan taqdir-taqdir dan mengatur sebab-sebabnya.


Sebagaimana Ibnu Abbas ra mengatakan: “Jika datang Hari Raya, hari Asyura’, hari Jumaat yang pertama dari bulan Rajab, malam Nisfu Sya’ban, Lailatul Qadar, dan malam Jumaat, roh-rohnya para mayat semua keluar dari kubur mereka dan mereka semua berdiri di pintu-pintu rumahnya seraya berkata: “Belas kasihanlah kamu semua kepada kami di malam yang berkah ini dengan sedekah satu suap, sebab kami memberikan sedekah. Jika kalian bakhil dengan sedekah, dan kamu sekalian tidak mahu memberikannya, maka hendaklah kalian mengingat kami dengan bacaan surah Al-Fatihah di malam yang penuh keberkahan ini. 


credit to: http://halaqah.net

Thursday, December 1, 2011

Review selepas pernikahan: Syukur alhamdulillah.. dengan sekali lafaz, kini telah menyandang gelaran isteri :)

Salam n hai semua,

Sorry ye lin lambat update blog, sejak lps kawen mmg x sempat review papepun, kebizian melanda, huhu..

Busy dengan majlis pernikahan, majlis resepsi dan juga majlis bertandang dan juga pre-honeymoon..  
*pre honeymoon bermalam di premium suite Hotel Equatorial Bangi je;) tu pun sbb en. suami minta ikut hadir ke majlis Konvokesyen kursus DPA di mana ia merupakan kursus wajib bagi Pegawai Tadbir dan Diplomatik, memandangkan en. suami kena bertolak awal pagi esoknya ke PICC Putrajaya, tu yg t'paksa duk hotel berdekatan sehari sblm tu, isteri menemani, suami mst lah memerlukan isteri di sisi kan, bagi support on his day, hehe.. Congrats abg dah grad lulus dgn kepujian :)    honeymoon sebenar yang ke Bali ditukar ke hari lain sebab skg ni kat Bali tgh berombak besar, kena tunggu dah reda dulu, lgpon cuti thn ni dh tinggal sikit, hehe, so alang2 nk honeymoon time birthday lin jelah 2012 nt,nk dkt dh, lg best bila birthday lin thn dpn jatuh pd hr jumaat,so amik khamis, jumaat n sabtu lah,3D 2 N,hhe,villa pon dah tempah dah, can't wait to be there;)

Lagipun takkan lah lepas kahwin nak terus duk menghadap blog kan, kesian kat en. suami karang dia kata isterinya lebih mengutamakan blog daripada dia pulak, sebab bila si isteri mula menulis mesti lah lama, ngeh3;p  So si isteri kenalah mengutamakan si suami dulu kan.. lepas nikah n resepsi kedua belah pihak memang tak hadap blog pon, on9 fb and check emel pon sekejap-sekejap saje, seriously selepas kawen mmg xde feel nak on9 hadap komputer sgt, lebih banyak hadap suami je, hihi;)

Selepas 10 hari bercuti kahwin, 1 Disember mula masuk kerja kembali, huhu, t'paksa start berjauhan dengan suami:(
*kami ni weekend husband and wife sebabnya tempat kerja jauh-jauh, weekend je dpt jumpa, sobs..
Haih, menyesalnya dulu tak terima tawaran jawatan tetap dari Suruhanjaya Perkhidmatan Awam(SPA), kalau tak, boleh je tukar-tukar tempat kerja ikut suami *sigh*
Kena berusaha untuk cari kerja dekat area KL/Putrajaya or S'ban nih, gambatte!!

Sekarang ni selepas waktu bekerja, sedikit masa yang ada ni boleh lah nulis blog.
pejam celik pejam celik, diriku kini telah genap 11 hari bergelar isteri.  

dulu status bujang, kini status telah berkahwin, hehe;)

dulu tak boleh keluar berdua saje..
bila keluar mesti nak kena berteman,
samada adik lin atau adik si dia atau saudara or kawan-kawan kami yang akan menemani,
sekarang dah boleh keluar berdua:)

dulu tak boleh nk berjalan beriringan berpimpinan tangan,
malah sentuh kulit sikit pun tak boleh..
sekarang dah boleh berjalan berpimpinan tangan:)

Dulu solat berjamaah dengan keluarga,
Teringin juga nak solat jamaah dengan insan bernama suami,
sekarang dah dapat solat berjamaah sekali dengan suami,
suami jadi imam, isteri jadi makmum,
lepas solat, zikir, doa sume, then cium tgn suami, n suami kiss dahi isteri..
impian jadi kenyataan:)

macam-macam lagi lah yang dulu tak boleh, kini dah boleh dah;)
yang pastinya, kekosongan telah diisi,
bahagia sangat dengan life sekarang bersama suami tercinta :D

Bersyukur sangat kami dipertemukan jodoh..
Cinta kerana Allah S.W.T.
kami terima masing-masing seadanya..
saling nasihat menasihati, saling lengkap melengkapi..
Try to be a pair of good husband and wife:)
Ok lah, nak tepek beberapa pic pernikahan kami pada 20.11.2011 yang lalu.. boleh tepek sikit je dulu, sebab tgh kejar masa, pasni nak drive blk kl pulak, esok pagi suami pulang *excited* hee;)


9:30am: debaran di bilik nikah masjid
mood: *dup dap dup dap* 

bersama dengan barang-barang hantaran bersusun..
note: pelamin tu mmg sedia ada di masjid taw, personally mmg xnk pelamin masa nikah, lgpon x brp suka pelamin camni, tapi dah mmg ada di bilik nikah tu, so terima ajelah kan, huhu

















masa akad~


alhamdulillah sekali lafaz sahaja :)

doa :)



sesi menyarung cincin nikah~

disarung cincin nikah diamond :)
acara batal air sembahyang;) jenuh cari pin nak buka purdah bagi melihat wajah isteri ;p
salam cium tangan suami :)

sarung cincin nikah palladium utk suami


ciuman kasih suami (blushing) :">

Selesai.. Alhamdulillah akhirnya selamat menjadi sepasang suami isteri <3

 Harapan agar masjid yang dibina ini berkekalan hingga ke akhir hayat n hingga ke syurgaNYA,
insya Allah,
amin :)

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

World Visitors Map

free counters

Search