Followers

Thursday, September 26, 2013

Alhamdulillah akhirnya tidak lama lagi dapat tinggal bersama anak beranak! Selamat tinggal PJJ! :D



Syukur alhamdulillah, tiada kata dapat kami gambarkan kegembiraan kami.

Akhirnya.. selepas berjauhan suami isteri selama 1 tahun 10 bulan every weekdays since kahwin kerana kerjaya; berjauhan tempat kerja, bila ada anak, berjauhan dgn anak pula 6 bulan since habis cuti bersalin every weekdays (weekend je dpt jumpa), sobs, selepas banyaknya duri ranjau yg ditempuh, banyaknya babak air mata.. impian untuk duk dekat tinggal bersama sebumbung anak-beranak akan tertunai tidak lama lagi, tidak lagi berjauhan, suami tempat lain, isteri tempat lain, dan anak tempat lain. NO MORE! in sha Allah tiada lagi air mata sbb rindukan suami, rindukan anak *bila dah ada anak ni, rindu anak berganda lebih lagi dari rindu suami, he3 ;p

Al-kisahnya permohonan pertukaran en. suami dah diluluskan! in shaa ALLAH jika tiada aral bulan depan kami dah boleh tinggal bersama anak beranak.


tapi yang pastinya mst akan rindu suasana jadi weekdays EP mom, pengalaman yg sgt berharga, menyusukan anak tidak semudah yang disangka lebih2 lagi being an ep mom sbb utk maintainkan supply mmg sangat sangat sangat susah sbb tiada stimulation suction from baby dlm jangkamasa yg lama sampai lebih drp 24jam; lebih drp 100jam. Stimulation from baby tak sama dengan stimulation from pump. Bila tiada stimulation daripada bayi, production akan sgt2 mudah drop.. Cerita dari kwn2 ep mom lain yg susu kering masa baby baru umur 3 bulan, 5 bulan, 7 bulan pun ada, sgt merisaukan. alhamdulillah takat ni baby dah 9 bulan lebih nak dekat 10 bulan masih lagi ada rezki utk sofea. Tapi nak capai ke tahap ini pun bukan senang, kena usaha, kena cekal. Kena Pam konsisten, pernah juga susu merudum sebab stress, dengan rindu anak lagi, pernah berjaga bangun malam semata-mata sebab nak pam sampai tersengguk2, tidur kejap-kejap je, setiap hari tidur sejam dua je, yang masa baby bawah 6 bulan lah kena struggle kuat-kuat! Tambah anak kuat menyusu. sampaikan setiap hari bermata panda pergi kerja,. Lagi pernah je banyak Kali skip Pam sebab kerja,lg sbb busy dgn bisnes, pernah merudum jugak lah, then terpaksa buat power pumping. breastfeed mom tak boleh stress2 sebab stress boleh menyebabkan susu merudum.

alhamdulillah rezeki Sofea Aqeela



budak bambam yang kuat minum susu ibu, mama kena struggle very hard nak cukupkan demand dia sampaikan weekdays pun balik hantar stok ebm tgh2 malam, bawah tu hasil pam sehari saje


setiap minggu bawa balik stok seminggu
Kami ep mom bukan mcm normal mommies yg lain yg lepas pulang kerja ambil anak then blh terus direct feed anak, boleh dpt blk stimulation from baby. Tp kami lain, kami kena struggle harder and harder to create the demand, tak blh malas2 or skip pump, kalau tak, susu pasti akan berkurangan dgn mendadak. Jadi ep mom ni memerlukan kerajinan dan tekad yg tinggi, kena sentiasa cekal dan tabah, kena kuat! Teringat masa dulu kdg2 pump sambil nangis sbb rindu sgt2 kat anak, yelah dah lebih drp 24 jam x jumpa, stp minggu 120 jam x jumpa, hanya weekend 48 jam je dpt jumpa. Ia  byk mengajar erti pengorbanan, mengajar kepayahan dan cabaran jadi EP mom, tabik pada EP mom lain sekalian especially yg full time ep mom, chaiyok2!!

Dulu2 asik terkenang nasib sampai bila la nak berjauhan mcm ni *sambil nangis teresak-esak* :'( nak bawa baby jaga sendiri tak boleh pulak sbb tinggal dengan students, takut ganggu mereka study pulak, nak duk rumah sewa rumah teres duk dgn anak shj tak berani lah pulak, skrg ni dah lah mcm2 kes, pecah rumah lah apa lah, karang kalau org jahat tu tahu ibu dan anak je kat rumah tu n tiada org laki dlm rumah, lagi lah jadi aim, na'uzubillah, no no no! taknak amik risiko! if nak resign syg lah pulak, sbb jawatan tetap, sudah lama disahkan jawatan dan dah dapat taraf berpencen, dah nak 5 tahun dah keje, tambah lg skrg ni keje gov mmg susah nk dpt, nak resign mst lah syg kan, kalau lah keje swasta, dah lama dah resign at once demi nak jaga anak sendiri, nak tgk anak membesar depan mata sendiri, oh how I wish I can be WAHM (woking at home mom), nak buat bisnes sendiri je, bestnya kalau jadi WAHM kan.. arghh rasa mcm nak pencen cepat je, pencen umur 30 tahun nt boleh x? berapa ntah umur minimum utk pencen gov? kalau x silap umur 45 kot? ala lamanya, skrg baru umur 20-an, huhu, aiyaa..

Fikir lama lah juga. Mujur lah mak menawarkan diri untuk tolong jagakan sofea buat sementara waktu. Bagi masa untuk anaknya ini berusaha cari kerja gov tempat lain yang lebih dekat dengan en. suami, takpun kalau tak, suami lah yang kena mohon tukar.

Sekalung penghargaan kepada ibuku, terima kasih byk2 mak krn dh tlg jagakan sofea dgn baik sekali. mak mertua pun ada tlg jagakan juga masa cuti sekolah, terima kasih mak! Lepas ni mulai bulan depan dah kena hantar sofea ke rumah pengasuh pula, harap2 sofea ok lah nt dgn pengasuh, jgn lah dia menangis teresak2 meraung2 dgn babysitter dia n xnk nyusu xnk mkn, karang x pasal2 kena bawa sofea g office pulak krg, teman mama or papa dia g keje, he3 ;) 

Dengan status weekdays ep mom, tak sangka dpt pergi sejauh ni, berjaya exclusive fully breastfeed anak 6 bulan dgn susu ibu sahaja sepenuhnya, puas hati sgt bila anak membesar hanya dgn susu ibu shj sejak lahir. Atas 6 bulan baby dah boleh mkn solid food, susu pula tetap minum susu ibu juga, skrg alhamdulillah masih lagi fully mom's milk, anak pun dh 9 bulan lebih, dah nak dekat 10 bulan, kurang lebih 2 bulan brp hari shj lg dah nak dekat setahun dh nk capai degree in breastfeed! Then next 1 year utk teruskan smpi 2 thn phD in bf, harap dpt susukan sofea sampai cukup 2 tahun, ameen..

bulan ni adalah bulan terakhir jd weekdays EP mom, bulan dpn a new chapter begin, dah blh direct feed anak setiap hari sebelum dan slps blk kerja, yeayyy!! undescribable feeling, finally!! SYUKUR ALHAMDULILLAH  :")

Mode sgt tak sabar nak bersatu like other normal family, cepat lah masa berlalu ^_^



Dugaan berjauhan dengan anak dan suami, dugaan ep mom

Salam,

Setelah menjadi seorang ibu, baru lah dapat rasakan apa yang dirasakan oleh ibu-ibu lain. Menjadi ibu adalah satu nikmat dunia yang sukar untuk digambarkan, betapa besar anugerah Allah di sebalik pengorbanan, kesakitan, penat lelah yang dirasai oleh seorang ibu.. Menjadi ibu hamil adalah pengalaman terindah yang tidak dapat dilupakan. Menjadi ibu yang menyusukan anak, adalah kurniaan dan nikmat yang lebih besar. Bila melaluinya sendiri, nyata ia tidak mudah, ia memerlukan tekad dan kecekalan yang kuat untuk terus menyusu selama mungkin, jika tidak, mungkin akan terhenti di tengah jalan.

Disebabkan berjauhan dengan anak masa weekdays, jadi saya terpaksa jadi weekdays ep mom. hanya hari minggu sahaja saya boleh menyusukan secara direct. Seperti ep mom yang lain, pengalaman untuk menyusukan Sofea Aqeela agak mencabar, mungkin tidak semudah ibu-ibu yang lain kerana saya berjauhan dengan permata hati, untuk sementara waktu.. demi meringankan beban suami, demi nak bantu ibu bapa, bantu keluarga, demi kelangsungan hidup, demi kemudahan bersama.

Dalam dilema.. nak bawa baby jaga sendiri tidak boleh pula sebab tinggal dengan students, takut ganggu mereka study pulak, nak duk rumah sewa rumah teres duk dgn anak shj tak berani lah pulak, skrg ni dah lah macam-macam kes, pecah rumah lah apa lah, karang kalau org jahat tu tahu ibu dan anak je kat rumah tu n tiada org laki dlm rumah, lagi lah jadi aim, na'uzubillah, no no no! taknak amik risiko! if nak resign sayang lah pulak, sebab jawatan tetap, sudah lama disahkan jawatan dan sudah lama dapat taraf berpencen, dah nak 5 tahun dah kerja dalam perkhidmatan awam, tambah lg skrg ni keje gov mmg susah nk dpt, nak resign mst lah syg kan, kalau lah keje swasta, dah lama dah resign at once demi nak jaga anak sendiri, nak tgk anak membesar depan mata sendiri, oh how i wish i can be WAHM (woking at home mom), nak buat bisnes sendiri je, bestnya kalau jadi WAHM kan.. arghh rasa mcm nak pencen cepat je, pencen umur 30 tahun nt boleh x? berapa ntah umur minimum utk pencen gov? kalau tak silap umur 45 kot? alaa lamanya, skrg baru umur 20-an, huhu, aiyaa.. Fikir lama lah juga. Bayangan2 dari kisah-kisah negatif tentang nasib bayi di taska & dianiayai pengasuh juga menghantui... Saat itu, dilemanya hanya Allah yang tahu...Mujur lah mak menawarkan diri untuk tolong jagakan sofea buat sementara waktu. terima kasih banyak-banyak mak krn dh tlg jagakan sofea dgn baik sekali. mak mertua pun ada tlg jagakan juga masa cuti sekolah, terima kasih mak!

 
Beberapa hari sebelum berjauhan..      



stok susu seminggu untuk sofea



Mula berjauhan dengan anak apabila anak menginjak usia 4 bulan. Waktu pertama kali berjauhan terasa sangat-sangat sedih dan sebak..tak pernah berenggang jauh-jauh n lama2 dgn dia lg ni, dari awal lahir asik bersama je, ni tiba2 berjauhan, sobs

tatkala tiba harinya :'(  


Hampir setiap hari terkenang nasib sampai bila la nak berjauhan begini ..sambil nangis teresak-esak :'( 

Betul-betul pengalaman yg sgt berharga, menyusukan anak tidak semudah yang disangka lebih-lebih lagi being an ep mom sbb utk maintainkan supply mmg sangat sangat sangat susah sbb tiada stimulation suction from baby dalam jangkamasa yg lama sampai lebih drp 24jam; lebih drp 100jam. Stimulation from baby tak sama dgn stimulation from pump. Bila tiada stimulation drp bayi, production akan sgt2 mudah drop.. Cerita dari kwn2 ep mom lain yg susu kering masa baby baru umur 3 bulan, 5 bulan, 6 bulan pun ada, sangat merisaukan. Kami ep mom bukan mcm normal mommies yg lain yg lepas balik kerja blh terus direct feed anak, blh dpt blk stimulation from baby.. Tp kami kena struggle harder and harder to create the demand. Ia  byk mengajar erti pengorbanan, mengajar kepayahan dan cabaran jadi EP mom, tabik pada EP mom lain sekalian especially yg full time ep mom, chaiyok2! 


Tuesday, September 24, 2013

Kronologi Kelahiran Anak Pertama kami - Sofea Aqeela (PART 1)

Salam semua,

Lamanya tinggalkan dunia blog ni, dah lama sangat tak update entry baru, dah kurang lebih 10 bulan dah nak dekat setahun dh pun, huhuhu. Last update entry dulu pun masa tgh sarat mengandung, sedang menunggu hari, hehehe.. Alhamdulillah I've safely delivered a baby girl. Actually been meaning to write since our lil angel was born but either there was no free time, or if there was, I was too busy layan baby masa dlm pantang dulu, hihi, dunia ibu sangat membahagiakan :-) 


I feel lil bit disappointed that I didn't start earlier as I have so many story that I wanna share in this blog. If kawan2 yg dalam my facebook, twitter and instagram mst tahu serba sedikit my journey sbb ada share situ jugak, tp sikit jelah sbb tak boleh nak tulis pjg2 details mcm tulis blog kan, cuma blog jelah yg tak update2 sampai ke sudah, he3.. lagipun ramai gak kawan-kawan yg mesej minta buat entry blog pengalaman bersalin, petua anak tiada sakit jaundis, pengalaman berpantang, breastfeeding journey, pengalaman jd weekdays EP(exclusive pumping) mom, tanya cara maintain and cara banyakkan production susu ibu utk anak lebih2 lg being an EP mom, cabaran dan dugaan sepanjang 6 months exclusive fully breastfeed, pengalaman berjauhan dgn suami dan anak, review majlis aqiqah dan cukur jambul anak review vendor majlis aqiqah, perkembangan anak, and etc.. em, harap bersabar lah ya kawan-kawan, jenuh lah nak recall blk apa yang berlaku sepanjang dari nak bersalin, hingga lah anak dah nak masuk 10 bulan dah pun ni.. Tapi takpe, I'll try my best! sharing is caring ;)


Ok, let me start with details of her birth..

Birth Date: 9.12.12 (3 days before EDD 12.12.12)
Time: 12am
Hospital: Hospital Selayang
Birth Weight: 3.07 kg
Made of Delivery : SVD (normal delivery)


Birth story: 

7.12.12 ; 8am-7pm: berjalan sakan shopping barang baby (padahal barang baby dah cukup dh pun, saje je nak nambah beli lg, nk isi masa lapang, rasa happy je shopping, it's the best therapy! hehehe) merata tempat berjalan bersama dengan angah lepas satu ke satu shopping complex sampai kaki pun dah lenguh2 dan sakit sangat2, benti berjalan pun masa singgah solat je, hihi, tak sedar diri punya mak buyong yg dah sarat sangat2 dgn perut yg beso gabak (padahal perut tu dah rasa berat sangat dah, rasa tak larat dah sebenarnya) pun still ada hati lg nak menyopping, haha.. akhirnya at the end ever since masa dalam pukul 5 lebih, dah rasa tak larat nak jalan, rasa mcm tak stabil dah badan, terpaksa lah si angah pimpin kakak buyong dia ni haa sambil berjalan, hihihi;)
  

8.12.12 ; 3am:
Terjaga dari tidur, terasa macam perut memulas-mulas, tapi tidak lah terasa ingin ke bilik air, terus tidak dapat tidur, ingatkan hanya sakit perut biasa, then sakit seperti sakit senggugut secara tiba-tiba (lebih sakit daripada senggugut biasa, sakit mencucuk-cucuk).. selepas beberapa lama kemudian, sakit beransur hilang, kemudian selepas beberapa minit datang lagi sakit tu, berulang-ulang mcm tu, kejap sakit, kejap xtak sakit.. hati terasa tidak senang sebab teringat ada kawan pernah cerita yang dia sakit macam sakit senggugut masa keluar tanda tu, huhu.. untuk memastikannya, try jugak rasa basah ker tak, tapi tak rasa basah pun, yelah takut kot kot terpecah air ketuban ker or turun darah ker, then terus pergi bilik air, nothing happen jugak sbb tgk xde apa2 pun?

Balik bilik tengok2 husband dah terjaga sbb masa lin terjaga tu ada gak buka lampu kecil.. husband point his finger to the center of the bed and he ask, "ni darah apa yang?" .  There's a small spot of red blood! Husband pun dah cuak dah sbb mcm dah turun tanda.. Kite pun mcm "erk?" Mula rasa seram sejuk, rasanya turun tanda lah kot ni, hu3.. Then cepat2 gi panggil mak, cite kat mak apa yang dah berlaku, she said memang dah turun tanda lah tu..tanya gak mak, "mak, ni dah turun darah ni kena g hospital sekarang dah ker? " mak cakap: " tak yah g hospital lg, lama lagi tu nak bersalin, mak dulu sehari dua ke tiga hari lps turun tanda lps tu baru lah nak bersalin.. so kita pun tunggu jelah dulu, sakit contraction pun takde lagi masa tu.. 


8.12.12 ; 8am-5pm:
masa ni sakit contraction dah mula rasa dah, tp tak rasa sakit sangat, sakit sikit2 je lah, ada timing dia, kejap rasa sakit, kejap rasa tak sakit, gitu lah hingga ke petang, solat pun macam biasa lagi walaupun darah keluar macam period. so pakai lapik jela utk x bg ia bocor kan.. tapi dapat lah rasa sakit contraction tu dah rasa makin sakit makin sakit and tempoh masa yang tak sakit tu dah makin singkat.. 

8.12.12; 5pm-7pm: sakit contraction makin lama makin sakit, hanya Allah sahaja yg tahu betapa sakitnya rasa.. huhuhu..  dah nak dekat maghrib, sakit contraction bertambah kuat dan timing tak sakit sekejap sangat, sampaikan nak berjalan pun dah tak larat dah.. terpaksa dipapah.. husband pun segera kejarkan ke Hospital Selayang..

to be continue.. other time.. part 2..  






Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

World Visitors Map

free counters

Search