Followers

Wednesday, May 30, 2012

Segmen : Post my blog feed!!

Salam,

Petang tadi baru terbaca post raden pasal segmen yang maera buat at this link



  p/s: Sila klik header di atas untuk join ea


antara syarat-syaratnya adalah :
1) Follow ke tak follow, tak kisah. on aje..
2) Buat 1 entry bertajuk "Segmen : Post my blog feed!!" , buh header blog maera spt di atas beserta link ke entry ini. pastu nak bebel ape2 kat entry tu, ikut suke anda la ye.
3) Terhad utk 20 blog saja. Each 1 blog berhak dpt 2 minggu blog feed di page maera.
4) Follower must be lower than 500.
5) Buh juga blog feed maera di blog anda (jika terpilih) selama 2 minggu.

Tarikh tutup : Selagi masih ada tempat kosong ;)


Wassalam :)

Friday, May 25, 2012

Sneak Peak :: Sharing my solemnization+reception pictures and video :)












For more pictures, pls browse to my fb album--> https://www.facebook.com/media/set/?set=a.3749316528208.165513.1135176245&type=1

Video :


* Video by : Candid Syndrome International
   Pictures by : Fuad Topa & asst. 

   Review: They are good. very recommended!

   P/S : Next wedding review insya Allah will be update soon, stay tune ;)

Tuesday, May 15, 2012

baby scan for the first time!

Salam,

Last week g Klinik Kesihatan ada appointment dengan doktor.  Doktor ada gak kata nak buat baby scan ultrasound. Sebelum scan, kena pastikan minum air banyak2 dulu so that hasil scan lebih jelas (credit to kina, klu kina x bgtahu masa discussion dlu, lin pun x tahu pun, tq ya, hhe;). Sampai-sampai je bagi buku pink dan ambil no. giliran. Selepas beberapa minit, nurse panggil untuk ambil darah, kata nurse untuk ujian ABO RH Grouping, VDRL +/- TPHA, Hb, HIV (Rapid Test). Banyak betul dia ambil darah sampai penuh lah 1 tabung uji sederhana besar tuh, hhu.. sblm nurse cucuk, mata ni pandang tempat lain dengan kepala pusing ke tempat lain, x sanggup nak tgk darah diambil melalui urat di lengan, hhu, sakitttttt.. 


Lepas tu ambil tekanan darah pula.. alhamdulillah tekanan normal.. hb pulak 13.5, alhamdulillah selamat, hhe.. klu x, nurse tu ckp kena ambil darah 2 kali seminggu in case klu hb rendah, waa, xmo2!! ;p

*menunggu giliran jumpa doktor.. SANGAT LAMAAAAAAAAAAA.... bayangkan sampai klinik pukul 9am, lepas nurse buatkan check-up, pastu tunggu giliran jumpa doktor, pukul 12:15pm baru lah dapat jumpa doktor, adess, bayangkan berjam-jam lamanya terpaksa menunggu, sampaikan sempat lah jugak keluar g makan nasi kejap sebab perut dah berkeroncong zapin, sobs.. So betul lah org kata, klu kat KK kerajaan kebanyakkannya mesti lambat kalau nak jumpa doktor, hhu *salah satu sebab utamanya adalah doktor hanya disediakan seorang sahaja, pesakit pula ramai (em, maybe sbb kawasan ni pendalaman sikit kowt, sbb tu lah dia hantar doktor seorang sahaja, tapi agak-agak lah jugak kan, at least tlg lah hantar dalam 3 orang ker sekurang-kurangnya, hhu).. n selepas sudah jumpa doktor, barulah tahu sebab lain yang menyebabkan seseorang pesakit lain kena ambil masa lama untuk menunggu, sebabnya, doktor perlu menyalin semula kesemua keputusan pemeriksaan yang telah dibuat dari buku merah yang asal ke buku merah yang simpanan klinik punya, dah lah penulisannya panjang, so take time lah nk salin semula kan, hhu *

It's my first meeting with baby, berdebar jugak time mula-mula sebelum nak jumpa baby tu, sangat teruja.. Usia kandungan masa ni 9 minggu +, esok pula insya Allah genap usia baby 10 minggu, hee.. Jumpa doktor. doktor check pernafasan n etc.. then tiba masa yang ditunggu-tunggu- time to scan!! hehe.. doktor suruh baring, lepas doktor sapu macam sejenis jelly di atas perut *perut terasa sejuk n nyaman je setelah disapukan gel itu, hehe, best* ..tak lama lps tu, doktor pun mula scan.. Doktor cakap antara tujuan 1st scan adalah untuk tengok keadaan baby ok ker x, n nak tengok kedudukan baby dalam rahim atau luar rahim, takut jugak kan kalau luar rahim. OK lah, nak tunjuk hasil scan.. tadaaa..



Alhamdulillah, lin punya baby berada dalam rahim. nampak x kantung baby tu? dalam tu ada baby kecik je, hihi.. doktor bertanya:" nampak x yg kelip2 di sini *sambil menunjukkan pada baby* .. lin angguk je.. Dr. jawab: " haa, itu lah degupan jantung baby! baby awk sihat :D " subhanallah! it's like a miracle! menitis-nitis air mata gembira tengok baby.. jantung baby dah berdegup! ya Allah, macam ni rupanya nikmat menjadi seorang ibu, happy sgt, terima kasih sangat2 ya Allah atas nikmatMU yang tidak terhingga ini, syukur alhamdulillah :)

Balik dari klinik, tgh2 drive tu x henti-henti ucap 'syukur alhamdulillah' sambil nangis2 gembira *terharu dengan kurniaanNYA*, tersenyum2 lagi bila teringat pertemuan dengan baby, hehe ;)

Rasanya itu saja coretan. Mudah-mudahan baby mama n papa dapat berkembang n membesar dengan baik dalam perut mama yeh, aminnnnnnnnn.. <3


Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers


World Visitors Map

free counters

Search