Followers

Monday, December 3, 2012

10 MORE DAYS TO MY EDD OF 12.12.12

Bismillah..
Assalamu'alaykum dan salam sejahtera semua,

Hari ini officially adalah hari pertama bermulanya cuti bersalin lin, now usia kandungan 38 minggu 5 hari, hari Rabu ni 5.12.12 genap lah 39 minggu, n Rabu lagi satu 12.12.12 genap lah 40 minggu, dah nak cukup term ni rasa macam tak percaya pun ada juga, yelah dah lepas dari critical stage kan, masa kandungan 34 weeks dulu pernah kena admit ke hospital sebab baby kurang gerak n kemungkinan kena bersalin awal sebab takut baby lemas, alhamdulillah keesokannya baby dah bergerak spt biasa, tak jadi bersalin awal, yang penting skali baby tak lahir premature (tidak cukup bulan), syukur alhamdulillah sangat-sangat.

Apply cuti bersalin seminggu lebih awal sebab tidak mahu tanggung apa-apa risiko, tidak mahu terberanak di hospital yang jauh daripada keluarga. lagipun dah sarat sangat, rasa perut berat aje, baby pun banyak mengeras juga(salah satu tanda), cepat rasa penat, cepat rasa mengah, obviously tak boleh nak berdiri lama-lama, kalau tak, akan sakit kaki.. selalu rasa nak terkucil, huhu.. jalan pun dah macam 'penguin' sebab perut dah besar sgt, tapi still larat lagi tu nak berjalan-jalan n naik turun tangga rumah dua tingkat exercise beberapa round, cuma mengah sikit lah kan, tapi alhamdulillah syukur kaki tak bengkak pun, hehe, dah tu ada masa-masanya akan rasa kontraksi braxton hicks, kejap-kejap sakit pingggang sangat-sangat, sakit belakang sangat-sangat, n sakit perut sangat macam...ntah lah tak reti cane nak explain sakit perut tu cane, lagi sakit kat bawah lagi, memang rasa seksa sangat, susah nak tukar posisi dan susah nak bangun, sakit sangat-sangat, huhu..sampaikan membe-membe yang tengok pun kesian, asik duk cakap: "kesian tengok hang dah sarat sangat dah tu, cuti je lah ye, berehat je kat rumah", ada yang terserempak tengah jalan je duk tanya, "eh lin, tak cuti lagi ker??" itu lah soalan yang banyak ditanya, hehe.. so here I am, dah start cuti, hikhik ;)

Hari Khamis lepas last check-up di Klinik Kesihatan Ibu dan Anak di TM, minggu ni pula kena continue check-up di KL jelah ye memandangkan dah mula cuti bersalin dari 3.12.12 - 1.3.13  dah tak tinggal di TM lagi dah selama 89 hari cuti bersalin, now kat KL dah, nak berpantang di rumah family, hee ^_^

Result last check-up di TM haritu:-
Berat badan: 58.1 kg  | Tekanan darah 121/72 | jangka masa/tinggi rahim 38cm | jantung janin: 136/m | HB  pula tak check sebab masa check-up 19 Nov masa 36 minggu haritu dah check dah iaitu 11.0, scan pun tak sebab masa 36 weeks dah scan, berat baby 2.83kg semasa kandungan 36 minggu dulu, tapi sekarang ni tak tahu lah brp kg dah kan, hopefully baby tak besar sangat lah.. kepala baby pun dah lama engage ke bawah since 8bulan (32 minggu) haritu, engage awal lah pulak, maybe sbb banyak sangat berjalan kot, al-maklum lah mama baby ni mmg suka berjalan especially kalau jalan shopping, hehe, alhamdulillah baby tak songsang, insya Allah if tiada apa-apa boleh lah bersalin normal nanti :)

Doctor consult, jika sehingga 10.12.12 tidak bersalin jugak, dia kata sakit ker tak sakit lagi ker, even tak turun tanda lagi, lin MESTI kena admit masuk wad jugak pada 11.12.12(Selasa) dan 12.12.12(Rabu) tu WAJIB bersalin, tak boleh over due sebabnya GDM, kalau overdue, akan ada komplikasi pada kandungan. If by 12.12.12 jalan still tak buka jugak, terpaksa induce, so harapnya buka lah jalan by that time, kalau boleh tak nak lah kena induce kan, huhu.. Doctor cakap lagi: "Cantik due date awk ni. Sy harap awk dapat lah bersalin pada edd awk 12.12.12 ni, it's a lucky number ok, ada sorang personality india, memang tarikh lahir dia 12.12 ni, apa shj touch dia mmg akan successful. So lucky!! " hihi, apa2 aje lah doc;) Apa-apapun, tak kira lah bila baby akan lahir, lin doakan moga baby lahir dengan sihat dan sempurna, insya Allah, ameen.. 

Last but not least, andai ada salah dan silap, lin nak minta maaf kat semua orang terutamanya suami lin, kedua ibu bapa dan ibu bapa mertua lin, sanak saudara, kawan-kawan, termasuk lah kawan-kawan di alam maya ni jugak, n sesiapa sahaja lah yang mengenali lin, minta maaf banyak-banyak n minta halalkan segalanya ya, sesungguhnya setiap manusia tidak terlepas dari membuat khilaf. Minta doa agar dipermudahkan segalanya pada hari itu.

Mood: berdebar tunggu baby nak keluar, ntah bila lah baby nak kuar ni ek?? hewww *dup dap dup dap* 




Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers


World Visitors Map

free counters

Search