Followers

Saturday, August 21, 2010

♥ Cinta Suci ♥


Cinta adalah sesuatu yang fitrah
Kita tidak boleh lari dari kedatangan cinta itu
Setiap orang pasti pernah jatuh cinta,dicintai atau mencintai

Hanya yang perlu diingat adalah Cinta itu milik ALLAH SWT dan bermuara kepadaNYA
Jadi,ketika kita mencintai manusia
Kita harus mencintainya kerana ALLAH
Jangan sampai cinta manusia lebih besar Daripada cinta kita kepada ALLAH SWT
Manusia pasti akan mati
maka cinta manusia pasti akan mati jua akhirnya
Tetapi ALLAH tidak akan mati

Maka cinta kita kepada ALLAH jua tidak akan mati

DIA akan terus terbawa sampai ke akhirat
Cintailah ALLAH kerana DIA tidak akan meninggalkan kita semua.

"Saling mencintailah hanya kerana ALLAH..Saling menyayangilah hanya kerana ALLAH..Saling membahagiakanlah hanya kerana ALLAH..kerana hanya dari ALLAH sahaja dapat menumbuhkan rasa cinta,kasih sayang & kebahagiaan tersebut.."

..Bila dua diri mencintai ILAHI,bergabunglah jiwa bersatu hati,dua jiwa satu cinta,dua jasad satu matlamat,bila cinta kerana ALLAH,berpisahnya tidak gelisah,Bila rindunya kerana satu,bertemunya pasti tidak jemu,ukhuwah mahabbah itu indah bila bertemu dan berpisah hanya kerana ALLAH..



:Cinta lahirnya tidak dipinta..wujudnya terkadang sukar diduga..hadirnya membawa seribu makna..bagi insan yang tahu menghargainya..YA ALLAH,jagalah cintaku ini agar ia terus tetap dijalan yang Engkau redhai..ALLAHumma amiin:


"Taman yang disirami kasih sayang menyuburkan keimanan mengharapkan keredhaan ALLAH menjalin ukhuwah menyemai cinta & kasih ILAHI agar tersemai Islam dihati selamanya"



˙·٠•●♥ Jika kita mencintai seseorang, kita akan senantiasa mendo'akannya walaupun dia tidak berada disisi kita. Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga si dia meninggal dunia lantaran akhirnya kamu menyesal terpaksa mencatatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya. Sebaliknya ucapkanlah kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya. ●•٠·˙

 

2 comments:

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers


World Visitors Map

free counters

Search