Followers

Wednesday, March 14, 2012

Festival Kasut Antarabangsa 1Malaysia (1MISF) kini dalam kalendar pelancongan




KUALA LUMPUR – Festival Kasut Antarabangsa 1Malaysia (1MISF) yang diadakan sejak dua tahun lepas, telah dimasukkan dalam Kalendar Pelancongan Malaysia bagi memantapkan lagi kedudukan festival itu di mata dunia.

Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen berkata menerusi langkah itu, 1MISF kini menjadi antara program rasmi kementerian yang perlu diadakan setiap tahun.

“1MISF yang berlangsung pada bulan Mac sudah dimasukkan dalam kalendar pelancongan, menjadikannya sebagai satu daripada program keutamaan kementerian selain Citrawarna Malaysia, Festival Seni Komtemporari dan Food festival yang diadakan pada Mei hingga Disember setiap tahun,” katanya pada sidang media pelancaran festival itu, di sini Selasa. Hadir sama Duta Pelancongan dan pereka kasut tersohor dunia Prof Datuk Dr Jimmy Choo dan Presiden Persatuan Pengilang-pengilang Kasut Malaysia (MFMA) Tony Ting.

Bakal dirasmikan oleh Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah, 1MISF yang dianjurkan secara bersama oleh Kementerian Pelancongan dan MFMA akan berlangsung dari 29 Mac hingga 1 April ini di Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini.

Mengenai 1MISF, Dr Ng berkata penganjuran kali ketiga ini menyasarkan kehadiran lebih 60,000 peminat kasut dari dalam serta luar negara itu, dan bertujuan menjadikan Malaysia sebagai “Bandar Kasut Asia” selain platform kepada pemain industri untuk mempromosikan jenama masing-masing kepada dunia.
Beliau berkata tidak ramai yang faham mengenai pentingnya peranan industri kasut kepada sektor pelancongan negara sedangkan terdapat hampir 1,000 syarikat yang menghasilkan dan mereka bentuk kasut di Malaysia.

Katanya pengiktirafan terhadap kepentingan industri kasut dapat dilihat menerusi kursus yang ditawarkan pusat pengajian tinggi di mana terdapat lebih 200 pelajar sedang mengikuti pengajian dan mendapat latihan dalam bidang rekaan kasut di Universiti Teknolgi Mara dan Selangor Human Resources Development Centre.
Selain itu katanya, kebelakangan ini kasut buatan Malaysia menjadi satu daripada produk “mesti beli” pada jkalangan pelancong, malah nilai eksport kasut Malaysia ke beberapa negara seperti Singapura, Jerman dan Itali juga telah melebihi RM600 juta setahun. – BERNAMA

2 comments:

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

World Visitors Map

free counters

Search