Followers

Wednesday, June 20, 2018

Duit Anak-Anak Tak Boleh Pakai Walaupun Seringgit, Hukumnya Sama Seperti Kita Pinjam Duit Orang Lain

Bagi anak-anak yang masih kecil, mereka tidak pandai lagi menguruskan duit seperti duit raya yang mereka perolehi. Untuk memastikan kelancaran dalam pengurusan duit anak-anak, ibu-bapa perlu mengambil tanggungjawab untuk menguruskan duit anak-anak.
Duit anak seperti duit raya adalah kepunyaan mereka dan sebagai ibu-bapa kita hanyalah pemegang amanah untuk menjaga dan menguruskan duit mereka sehinggalah mereka sudah pandai dan bijak menguruskan kewangan mereka sendiri.

Ikuti perkongsian dari saudari Hana Shahadan ini tentang langkah pengurusan wang anak-anak sejak mereka masih bayi lagi.
3 hari lepas, mommy kira kira duit Fateh. Duit yang orang bagi contoh macam atuk dia bagi tiap kali p umah atuk. Duit orang datang melawat Fateh, Duit papa dia bagi bila balik rumah, Duit kecil balance dalam poket semua masuk ke Fateh. Terus mommy terasa nak sharing 3 Tips penting cara nak manage duit anak anak seawal baby. 
.
Duit anak anak ni, kita tak boleh pakai tau. Lagilah kalau duit raya, duit tu hak mereka. Walau seringgit. Hukum menggunakan duit raya anak adalah sama seperti kita menggunakan duit orang lain. Seperti konsep berhutang. Dan hutang wajib di bayar. Sekiranya dalam keadaan kita terpaksa pakai duit anak, pastikan kita membayar semula duit mereka dengan segera. 
 .
Yang penting, bila dapat duit anak anak tu kita kena menyimpan. Macam mana cara nak asingkan dan simpan tu? Mudah je. Simpan la sikit sikit, lama lama berbukit. 
.
1. Pastikan Buka Acc bank anak sejak dari kecil.

Ambil berkat, mommy mulakan dengan buka akaun bank di tabung haji. Terpulang tau nak buka bank apa, tak kisah nak simpan dekat bank mana. Yang penting anak ada akaun bank. Dulu betul2 mommy habis pantang 44hari, Mommy terus buka pilih tabung haji , yela nanti nak pergi haji dengan Fateh. Jadi, semua duit yang Fateh dapat mommy dah masukkan dalam tabung haji. 
.
2. Letakkan Target Simpanan Bulanan untuk anak.

Kalau macam Fateh, mommy dah letak target mesti ada amount RmXXXX sebulan at least untuk simpanan dia sendiri. Kiranya kalau fateh dah 10bulan, mesti ada Rm XXXXX untuk dia. Target tu tak kisah nak letak berapa, ikut kita. Faham ke? Kalau nak senang, pecahkan ikut hari. Setiap hari kena simpan berapa. Takda la rasa terbeban sangat nanti.

3. Asingkan siap siap duit anak dalam satu bekas lain( macam tabung khas anak pun boleh)

Ni yang mommy praktis dekat rumah. Macam fateh, mommy dah siapkan bekas duit. Kiranya bekas tu memang dah macam tabung cuma lebih besar dan khas untuk letak duit Fateh. Tiap kali papa dia ada duit kecil2 masuk dalam tu, tiap kali orang bagi duit,pun letak dalam tu.
(Bekas ni duit anak, bekas dilarang usik tau)
Lagi satu, kita tak boleh menggunakan duit anak untuk membeli lampin atau pun keperluan harian anak kerana semua tu adalah dalam tanggungan kita sebagai ibu bapa. Cuma yang penting kita sebagai ibu bapa dah menjadi tanggungjawab untuk menguruskan duit anak dengan lebih baik. okay semua?
Silakan share untuk manfaat anak anak.
#mommyhanasharing

No comments:

Post a Comment

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers


World Visitors Map

free counters

Search