Followers

Monday, April 11, 2011

10 Sifat Calon Suami Yang Baik

Salam,

Kadang-kadang kita tersilap. Kita menilai seorang lelaki yang baik berdasarkan kerjayanya. Hakikatnya lelaki yang baik itu sebenarnya terletak pada agamanya. Ramai yang mengetahui perkara ini tetapi beranggapan lelaki beragama itu mestilah seorang ustaz, imam masjid, pelajar agama dan seumpamanya. Sebenarnya perkara ini juga tidak benar. Ramai dikalangan ahli agama yang sering memukul isteri, bersifat kasar, tidak pandai melayan isteri dan sebagainya. Jadi ini juga bukanlah ciri-ciri seorang lelaki yang baik sebagaimana yang digambarkan oleh Rasulullah. Lelaki yang baik dan beragama itu mempunyai sifatnya yang tersendiri. Di bawah disenaraikan 10 sikap lelaki yang baik.
Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat ini. Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat ini.

1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.
2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.
3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.
4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.
5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.
6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.
7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.
8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.
9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.
10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.

Semoga 10 sikap ini dapat diamalkan oleh kita semua wahai lelaki yang mencari redha Allah. Buat wanita solehah yang mencari pasangan yang soleh, cubalah anda perhatikan 10 sifat yang dinyatakan di atas pada setiap lelaki yang anda kenal. Jika ada sikap-sikap ini pada mereka. Cubalah untuk menjadi buat hati mereka. Walau bagaimanapun, tidak semestinya mahu ada kesemua sikap di atas, jika terdapat 5-6 sikap itu juga sudah memadai. Manusia boleh berubah. InsyaAllah sifat-sifat baik yang lain akan menyusul dengan usaha dan kesabaran untuk mencapainya.

Wallahu a'lam.. Barakallahu fikum...<3

*sumber: artikel dari google. sorry adds link seriously x ingat coz dah lama sgt dh amik pengisian ni copy dalam word, then baru share dlm blog, hee

7 comments:

  1. ameen...moga2 bakal suami awk ada ciri2 ni ek...klu x semua ada sebahagian pn dah memadai..(^^,)

    ReplyDelete
  2. terima kasih. moga dengan inf dari lin dapat wat nadh muhasabah diri mana yang tak bapa betoi tu n dapat jadi calon suami yang baik satu hari nanti. nadh juga doakan lin bertemu orang tu.. ;)

    ReplyDelete
  3. @cipoi:: ameen ya rabbal 'alamin.. ya hrp2 mcm tu lah, insya Allah.. mekaceh ya :)

    @frame+lenses :: sama2.. ok sila2 ;).. insya Allah, ameen.. thanks for the do'a :)

    ReplyDelete
  4. terbaik perkongsian ni. terima kasih. ;D

    Nadh suka dengan blog kamu, perkongsian kamu, Jum join contest Aku Ingin Berubah dengan Nadh nak?

    Mungkin kita leh sama-sama sampaikan message positive pada masyarakat dengan perkongsian dalam ni plak.. :D

    ReplyDelete
  5. @fRaMe+LenSeS:: sama2 :) share dr artikel kat google juga, tp dh x igt adds link dia,hhu..
    owh thanks for the compliment, biasa2 je sbnrnye, just b'kongsi sedikit info utk kebaikan b'sama:)
    join contest?! hehe, insya Allah klu ade masa free utk menulis ye.. Blog pon dh lame x berusik ni haa, byk sbnrnye cite nk taruk, tp smpi skg x update lg, hu3.. nadh masuk ker contest tu??

    ReplyDelete
  6. @anaztasias:: no big deal;) salam to u too b2b :)

    ReplyDelete

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers


World Visitors Map

free counters

Search