Followers

Wednesday, July 4, 2012

Fasa kehamilan: 4 bulan. [proses kejadian janin dan peniupan roh, perubahan diri, & hasil check-up]


Bismillahirrahmanirrahim,

Syukur ke hadrat Ilahi, hari Rabu lepas genap usia kandungan 4 bulan (16 minggu), berada dalam trimester kedua. Hari ini pula kandungan telah genap 17 minggu. Bayi dalam kandungan insya Allah telah sempurna sifatnya dan telah ada nyawa setelah ditiupkan roh ke atasnya semasa 120 hari kandungan, alhamdulillah. :)
17 weeks pregnancy
Telah masyhur di kalangan ulama’ Islam yang dahulu dan  sekarang berfahaman bahawa kejadian janin yang pertama ialah; air mani (النطفة), segumpal darah (العلقة), kemudian seketul daging (و(المضغة. Semua proses kejadian ini ialah selama 120 hari, berdasarkan kepada apa yang difahami dari hadis menghimpun kejadian manusia (جمع الخلق) yang diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari dan lainnya dari ‘Abdullah bin Mas’ud  r.a katanya:
( حدثنا رسول الله صلى الله عليه وسلم -وهو الصادق المصدوق- قال: “إن أحدكم يُجمع خلقُه في بطن أمه أربعين يوما، ثم يكون علقة مثلَ ذلك، ثم يكون مضغة مثل ذلك، ثم يبعث الله ملكاً يؤمر بأربع كلمات ويقال له: اكتب عمله وأجله ورزقه وشقي أو سعيد. ثم ينفخ فيه الروح…”). صحيح البخاري رقم (3208).
Maksudnya: “Rasulullah saw telah menceritakan kepada kami –sedang Baginda adalah orang benar yang telah dibenarkan kata-katanya- sabdanya: “Bahawa seseorang kamu dihimpunkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari, kemudian dijadikan segumpal darah seumpamanya, kemudian dijadikan seketul daging seumpamanya, kemudian Allah mengutuskan seorang Malaikat untuk menulis empat kalimah  dan diarahkan agar menulis; amalannya, ajalnya, rezekinya dan untung jahat atau untung baik, kemudian ditiupkan rohnya…”. [Sahih Al-Bukhari No. 3208].
{ ولقد خلقنا الإنسان من سلالة من طين. ثم جعلناه نطفة في قرار مكين. ثم خلقنا النطفة علقة فخلقنا العلقة مضغة فخلقنا المضغة عظاماً فكسونا العظام لحماً ثم أنشأناه خلقاً آخر فتبارك الله أحسن الخالقين }. المؤمنون 12-14.
Maksudnya: “Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari “pati” (yang berasal) dari tanah; Kemudian Kami jadikan pati itu (setitis) air mani pada penetapan yang kukuh; Kemudian Kami ciptakan air mani itu menjadi segumpal darah beku lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk ia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta”. [Al-Mu’minun: 12-14].



Perubahan diri semasa naik ke trimester kedua:-
  1. Rasa badan lebih bertenaga.
    tidak seperti sebelum-sebelum ini yang cepat penat sangat lesu masa first trimester (3 bulan pertama), sekarang apabila dah masuk second trimester (3 bulan kedua) rasa badan lebih bertenaga pula. nak jalan pun dah boleh jalan banyak-banyak balik, hehe

  2. Loya dan muntah-muntah masih ada, tapi mula berkurangan.
    Dulu masa 1st trimester hampir setiap masa akan rasa loya n mesti nak termuntah. muntah bukan muntah sikit je, tapi sekali muntah berkali-kali muntah, lepas muntah terus lembik, hhu.. tapi sekarang loya n muntah tu sume dah makin berkurangan, tapi still ada lagi lah. Yang penting dah boleh solat dengan selesa. tidak lagi seperti sebelum ini, ada masa-masanya mesti rasa loya mesti nak termuntah. dah sampai rakaat kedua ker n ada juga dah sampai rakaat terakhir dah nak selesai solat dah pun, ada je yang nak termuntah, terpaksa cepat-cepat lari ke bilik air muntah. dan sambung balik solat. kadang-kadang sampai terpaksa ulang solat banyak-banyak kali akibat asik nak muntah, hhu.. ya Allah rasa terseksa sangat-sangat masa tu, hanya Tuhan sahaja yang tahu, huhu.. tapi kini alhamdulillah dah kurang sikit :)

    xpelah, ujian ibu hamil. orang kata kalau susah masa mengandung, nanti bila nak bersalin mudah.. mudah-mudahan begitu lah ye, ameen..

  3. Perut makin membesar sedikit demi sedikit
    Banyak juga pakaian yang ada sudah tidak muat lagi untuk dipakai, kalau nak pakai juga, terpaksa zip sahaja lah dan matikan zip memandangkan sudah tidak boleh kancing lagi, huhu, nasib lah dah beli beberapa helai baju dress.

  4. 'Breast' membesar Oops, ini tidak boleh cite detail, so faham-faham sendiri jelah, hihi ;) ini just common info je, berlaku almost pada semua wanita hamil.

  5. Ada masanya kaki mula krem (sejak 3 bulan ke atas).
    Masa baring, masa duduk, masa jalan pun kaki krem sakit sangat, tak boleh nak gerakkan kaki pun, kalau gerak sikit pun sakit yang amat, en. suami lah yang tolong urutkan kaki, kalau nak jalan pun kena papah or kena dukung, memang diberi layanan first class lah, dilayan seperti permaisuri, hehe.. tp yg x bestnyer bila kaki krem tak dapek lah nak kuar jenjalan, huhu..

    So far, alhamdulillah gejala ini banyak terjadi masa weekend dan waktu malam (beberapa kali jugak lah terjaga dari tidur sebab sakit krem kaki yang amat, sampai terjerit-jerit kesakitan, en. suami pun blh sampai terjaga.. nasib lah suami memahami, dia cepat2 bangun tolong urutkan kaki isterinya ni n pinjamkan kakinya utk naikkan kaki, tq abg :)

    Kalau hari biasa weekday jarang berlaku, so ia tidak mengganggu kerja lah, just krem biasa dan sekejap-sekejap sahaja pada waktu kerja. Tapi tak tahu lah kalau esok lusa macam mana pula nanti sebab bila kaki krem teruk memang den tak dapat nak jalan tak dapat nak gerakkan kaki pun, jawabnya kena amik MC lah kowt in case kalau terjadi masa weekday working hours, harapnya tak kena lah masa hari bekerja, huu

  6. Kaki sembap.
    Terasa kaki mengembang, tapi bila tengok kaki, xde pulak kaki besar, hoho.. especially bila time malam sejuk2 tu, nak jalan pun kena slow-slow, ada rasa kebas2 jugak, tak selesa.

  7. Cepat mengantuk
    Asik rasa ngantuk je menjelang lewat petang n malam, banyak tidur especially time weekend, masa tu lah kita nak berehat pun kan, hehe;p lagipun masa tidur kerap terjaga, so siangnya tu apa lagi ngantuk lah, huhu.. tapi kalau time kerja, terpaksa lah tahan mata nih, seksa sikit lah, huhu.. so cara nak kurangkan ngantuk, kadang-kadang lin ngunyah-ngunyah gula-gula ker or kudapan-kudapan macam kekacang pistachios (*pistachio ni ada org panggil kacang pandai, insya Allah anak yang lahir nt pandai lah ek,hehe), kerepek ker dan sebagainya.

  8. Jadi pelupa sket
    Dah baca buku pasal pregnancy, ia menyatakan wanita mengandung memang akan jadi sedikit pelupa sebab tekanan kat rahim tu kan. Pernah suatu hari tu terlupa parking kereta di mana, punya lah duk mencari kereta di mana, try ingat balik tapi tak dapat, tiba-tiba hilang ingatan, huhu.. risau sangat-sangat kereta kesayangan hilang. setengah jam jugak duk mencari. lama-lama lepas tu baru lah dapat flasback blk kereta park di belakang rumah depan restoran, adess, hehe..
               9.  Tidur tidak selesa.
                    Tidur tidak selesa untuk mengiring ke kanan sejak mula hamil. Di mana selalunya kebiasaan
                    memang akan ikut sunnah Nabi tidur mengiring ke kanan, tapi sejak hamil ini, sudah tidak boleh
                    mengiring ke kanan lagi dah, rasa macam tidak selesa dan sesak nafas pula, huhu.
                    Jadi penyelesaiannya mengiring ke kiri sahaja lah. Lagi kerap terjaga time tidur, memang tidak
                    cukup tidur lah time pregnant nih. *misi mencari maternity pillow*



err, apa lagi ek?? Em, itu lah antara perubahan diri setakat ni rasanya.. nanti kalau ada lagi insya Allah akan diupdate dari semasa ke semasa..

    Isnin (2 Julai) lepas ada check-up di klinik kesihatan, tekanan darah n etc sume ok, nurse ukur baby sudah membesar nurse beritahu sekarang ni dia dah 16cm, alhamdulillah tumbesaran baby selari dengan minggu kehamilan, bagus:) cumanya examine hb makin turun lak berbanding sebelum ni masa mula-mula 1st check-up hb bacaannya tinggi juga 14.4, next check-up dapat bacaan 12.9, then 13.5, pastu turun lagi 11.7, latest 11.2, makin turun lak, nurse yang check tu pun dah risau tengok skala hb makin menurun, huu, mujur lah still atas 11 lagi, so masih dalam paras selamat, kalau tak, kena tukar warna sticker pulak ke wane hijau ker merah ker, ish, nehi nehi he! guwe mahu kekalkan prestasi sticker putih(sticker ibu n anak sihat walafiat) itu, hehe, insya Allah.. tapi 11.2 tu pun cukup-cukup makan je, tak nak lah turun lagi sebab bahaya juga kalau hb low..  eii, risau lah kan kalau hb low nih, huhu, so kalau boleh nak kekalkan prestasi sticker putih, hee, insya Allah, wajib berusaha untuk kekalkan prestasi nak naikkan hb banyak-banyak nih, gambatte!! (^_^)

    Berikut adalah risikonya HB rendah:-


    RISIKO HEMOGLOBIN RENDAH (bawah bacaan 10) :-

    Kesan kepada ibu· Mengalami kegagalan jantung
    · Ibu boleh pitam atau mudah pitam/pengsan
    · Mengalami keguguran
    · Pendarahan semasa mengandung dan bersalin
    · Risiko alami penyakit berjangkit

    Kesan kepada bayi dalam kandungan
    · Intrauterine growth restriction (IUGR) atau Pertumbuhan janin terbantut
    · Lahir sebagai premi atau tidak cukup bulan
    · Berat bayi yang lahir kurang 2.5kg
    · Anak lemas semasa lahir atau Asphyxia
    · Mati ketika dilahirkan atau stillbirth


    KESAN HB LOW KETIKA HAMIL:-

    KANDUNGAN KURANG DARI 5 BULAN
    Pada masa ini bayi sedang melalui proses organogenesis (pembentukan organ-organ seperti kepala, tangan, kaki, jantung, otak dan anggota-anggota lain). Jika darah kurang daripada 11g, jika jantung tidak terbentuk dengan sempurna, bayi akan gugur. Jika jantung dapat dibentuk tetapi darah terlampau cair bayi mungkin hidup tetapi cacat (tiada kaki dan tangan yang sempurna). Manakala jika bayi sempurna sifat tetapi darah terlampau cair akan melambatkan proses pembentukan otak bayi , iaitu mungkin bayi akan selamat dilahirkan tetapi kurang pandai.

    KANDUNGAN 5 BULAN KE 7 BULAN
    Ketika bayi kita telah sempurna pembentukan sifat anggota badan tetapi jika Hb terlalu kurang bayi tidak dapat berdenyut dengan baik dan akhirnya boleh mati dalam kandungan ibu

    KANDUNGAN 7 BULAN KE ATAS
    Sifat bayi telah sempurna dalam usia begini tetapi jantung bayi masih bergantung kepada kepekatan darah Hb. Jika Hb terlalu cair atau rendah iaitu kurang daripada 9g, jantung tidak kuat dan ada risiko untuk bayi mati dalam kandungan. jika jantung mampu bertahan tetapi anggota badan lain sedikit dimana bayi akan lebih kecil saiznya tetapi mungkin selamat dilahirkan.

    p/s: Maka, jika seseorang wanita hamil itu mempunyai paras hb yang rendah, jangan ambil mudah ya. 


    PASTIKAN BERUSAHA UNTUK TINGKATKAN PARAS HB!!

    Makanan yang boleh meningkatkan paras hb berdasarkan pesanan doktor, pengetahuan pembacaan dan nasihat/pengalaman dari rakan-rakan antaranya ialah:-

    1) kurma (buah yang paling berkhasiat, banyak disebut dalam al-quran)
    2) madu
    3) hati ayam (tidak elok makan selalu sebab organ dalaman kan, just seminggu sekali pun cukup kowt)
    4) kerang (pastikan makan yang telah dimasak punye okayy)
    5) air horlick (bagus juga untuk memperbanyakkan susu badan)
    6) sayur bayam
    7) ikan bilis
    8) daging

    Khamis ni lin ada lagi appointment di Klinik Kesihatan ibu dan anak.. lin kena minum air gula sebab berat naik berlebihan sebanyak 2++ kilogram, sepatutnya naik 0.5kg sahaja if kandungan kurang daripada 5 bulan, aih patut lah rasa badan ni dah makin chubby, hihi.. sepatutnya tak payah minum air gula pun sebab tiada family history, tapi disebabkan berat badan naik, so terpaksa redha jelah kena minum air gula, hehe, tak sabar nak minum air gula esok, sebab kk tu ada menyediakan air gula color purple perisa anggur, pernah juga tanya kakak-kakak yang dah pernah minum di sana sebelum ni, diowg kata sedappp, hhe, teringin jugak lah nak rasa sejauh mana kesedapannya, hee.. nanti akan kena check gigi jugak, phew.. *nervous* ;p 

    Hopefully semuanya ok lah.. ameen..

    Ok till then, tataaaa.. ma'assalamah~ :)

    4 comments:

    1. wa~~kena bookmark page ni. Rujukan untuk in future. Terima kasih atas perkogsian v(^______________^)v

      ReplyDelete
    2. yup saya pon pregnan anak sulung, banyak tak tahu...thanks untuk post ni yg banyak membantu~

      ReplyDelete
    3. Wah.. perkongsian yang sangat bermanfaat. Terima kasih admin. Tips Ibu Hamil

      ReplyDelete

    Daisypath Anniversary tickers

    Daisypath Anniversary tickers


    World Visitors Map

    free counters

    Search