Followers

Tuesday, February 22, 2011

Catriona Ross kini telah bertudung, bukan sekadar imej tetapi kewajipan sebagai seorang muslimah..

Salam,

Imejnya kini berhijab, tanpa paksaan suami mahupun keluarga. Catriona Noorhayati Bahrin Ross yakin sudah sampai seru untuk dia melaksanakan kewajiban yang diabaikan sebelum ini. Wujud tenang dan damai dalam hatinya yang jelas terpancar pada wajah.

Namun hatinya kini mula mengeluh. Perubahan imejnya tidak disambut baik segelintir individu dalam persada lakonan. Walau pada awal penghijrahan hatinya pasrah, namun kini terpacul kata-kata kecewa Catriona atau lebih mesra disapa Cat kepada sesetengah produser drama yang tidak memandang positif dengan imej barunya.


"Waktu mula-mula saya bertudung, boleh dikatakan memang tiada tawaran yang datang. Kadang kala ada juga yang menghubungi saya untuk berikan watak tertentu, tapi bila tahu saya sudah bertudung, terus mereka tidak berminat. Ada juga yang stereotaipkan wanita bertudung harus memegang watak muslimah dan lemah lembut tapi saya akan tolak tawaran begitu. Saya tidak suka dikategorikan.

"Saya pernah diminta untuk tanggalkan tudung sekiranya mahu berlakon dalam drama mereka, namun saya berpegang teguh kepada prinsip. Kalau mereka tetap berdegil, cari sahaja pelakon lain. Saya tidak akan buka tudung semata-mata kerana tawaran kurang.

"Memang saya kecewa dengan sikap mereka namun saya sudah bersedia menghadapinya. Saya bertudung bukan sekadar imej, ianya adalah prinsip dan diri saya sekarang," ujar anak jati Kota Bharu, Kelantan ini.


Sakti Delima, Peluang Pertama
Nyata masih ada yang tahu menilai bakat yang ada pada pelakon berdarah kacukan Melayu-Scotland ini. Peluang bergolek yang datang kepadanya benar-benar memenuhi kriteria yang dicari selama ini. Sakti Delima satu-satunya harapan yang disandar Cat untuk menonjolkan bakat bukan hanya bergantung kepada penampilan dan imej.
“Kebetulan waktu dibelenggu krisis tawaran, Shiela Rusly datang dan tawarkan watak antagonis menerusi drama Sakti Delima. Memang saya benar-benar tertarik, kerana drama ini menggabungkan pelakon yang bertudung. Dan jadi cabaran kepada saya, harus bawakan watak jahat tapi berhijab.
“Ada yang kata dalam drama ini saya nampak seksi walau bertudung, namun saya melenggokkan badan hanyalah simbolik menunjukkan watak itu berketurunan ular. Bukannya untuk tunjukkan bentuk tubuh. Harapnya drama ini akan membuka mata produser lain yang selama ini takut untuk mengambil pelakon yang bertudung,”  kata lulusan Bachelor Komunikasi Universiti Putra Malaysia ini.
Jangan lupa saksikan Sakti Delima di slot Lagenda setiap Isnin hingga Khamis pada jam 4.30 petang di TV3.
FOTO oleh AZRUL EDHAM MOHD AMINUDDIN

credit: Mangga Online
p/s : suka sgt tgk dah semakin ramai pakai tudung skrg ni.. bila pakai tudung, mrk nmpk lbh cantik kan.. syukur alhamdulillah :)

No comments:

Post a Comment

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers


World Visitors Map

free counters

Search