Followers

Wednesday, February 23, 2011

Tahukah anda.. [ daun pegaga boleh... ]


Salam,

Lin nak share something nie..
Daun pegaga selain daripada enak dibuat ulam ianya juga boleh mengubati beberapa penyakit di antaranya ialah kencing manis, kecutkan peranakan, menghilangkan bintik-bintik hitam di muka dan ubat darah tinggi. Selain dari itu, daun pegaga juga boleh merawat kecantikan anda.

(a) Serikan Wajah Anda.

Ambil secekak daun pegaga bersama akarnya, direbus dengan dua gelas air sehingga tinggal segelas air rebusan itu, tapiskan dan sejukkan. setelah itu, minumlah sekali sehari setelah makan malam, amalkan seminggu 3 kali. Anda akan dapati wajah anda akan lebih berseri.

(b) Kecutkan Peranakan

Bagi wanita yang mengalami masalah peranakan kembang atau lepas kedatangan haid bolehlah makan pucuk pegaga dengan buat ulam atau digulai. Amalkan setiap hari sehingga peranakan kecut.

(c) Menghilangkan Bintik-bintik Hitam Di Muka

Daun pegaga yang ditumbuk halus dan kemudian dicampurkan dengan bedak sejuk amat mujarab untuk menghilangkan bintik-bintik hitam di muka.

Caranya

Ambil 10 helai daun pegaga, cuci dengan air garam, kemudian ditumbuk halus dan campurkan air garam dengan bedak sejuk yang telah dicampurkan dengan sedikit air suam. Amalkan memakainya pada muka anda setiap malam dan cucilah pada keesokan harinya.
Lakukan petua ini setiap malam sehingga bintik-bintik hitam di muka anda insya Allah akan hilang.

d) Hilangkan Parut di Muka

Ambil daun pegaga bersama akarnya dan cuci hingga bersih. Giling hingga lumat dan satukan bersama sedikit bedak sejuk dan air. Lumurkan pada bahagian kulit yang berparut sebelum masuk tidur. Amalkan selalu ea.

Selamat beramal (^_~)v

Sumber: sedikit dari halaqah n sedikit diedit tambah dengan petua yang lain ;)

No comments:

Post a Comment

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

World Visitors Map

free counters

Search