Followers

Sunday, November 25, 2012

Mendidik Anak Genius Bermula Dari Dalam Rahim Ibu

 
Ketahuilah, pembentukan anak yang genius dan soleh bermula ketika dia berada di alam rahim. Jadi, kehamilan merupakan tempoh penting untuk membolehkan si cilik meniti perkembangan positif.

“Semua anak dilahirkan pintar tetapi yang memberi impak ialah cara kita merangsang mereka. Ibu bapa mesti mempunyai misi jelas iaitu menanam tekad memben

tuk masa depan anak.” Demikian pandangan kaunselor terkenal, Fadzilah Khamsah. Oleh yang demikian, jadikanlah dunia awal bayi iaitu alam rahim sebagai institusi pertamanya mempelajari pelbagai perkara baharu. Janin boleh dirangsang melalui kaedah-kaedah tertentu. Panduan berikut mungkin dapat membantu anda merealisasikan harapan yang diimpikan.

1- Pemakanan Sihat
Makanan berkhasiat dan seimbang sangat penting dalam pembinaan otak bayi.

Jadi, pastikan pemakanan seharian mengandungi karbohidrat, vitamin, mineral dan paling penting kaya dengan protein. Sama juga halnya dengan pengambilan minyak ikan Omega . Ia adalah makanan yang baik untuk perkembangan otak bayi. Malah, kandungan EPA dan DHA yang ada di dalam minyak ikan amat diperlukan untuk perkembangan bayi yang sihat.


2-Banyakkan Ibadat
Islam amat menggalakkan anda mengamalkan beberapa aspek penting supaya anak yang dilahirkan berakhlak mulia. Antaranya, banyak mengingati Allah SWT dengan memohon ampun dan taubat; melakukan kebajikan dan meninggalkan segala larangan-Nnya.
Anda dan suami dituntut memperbanyakkan solat sunat dan puasa sunat terutamanya pada Iisnin dan Khamis. Sama juga halnya dengan membaca al-Quran.


3-Amalkan Membaca Al-Quran
Doa adalah senjata umat Islam. Oleh itu, anda digalakkan untuk kerap membaca surah al-Fatihah, al-Inshirah dan ayat Kursi. Suami juga perlu mengambil tanggungjawab membaca surah berkenaan dan dihembuskan ke perut anda.

Antara yang elok dibaca ketika hamil ialah surah al-Fatihah, Yasin, at-Taubah, Yusuf, Luqman, an-Nahl (ayat 78), al-Aa’raf (ayat 189) dan banyak lagi. Dengan membaca surah dan ayat ini, ia dapat memudahkan proses bersalin, mendapat anak yang sihat, sempurna, bijak dan soleh.

Surah Fatihah adalah ibu al-Quran, al-untuk melapangkan hati dan fikiran manakala ayat Kursi bertujuan menghalau gangguan syaitan. Apabila hati anda terang dan lapang, anak mudah menerima pelajaran. Malah, setelah anak lahir, anda masih boleh meneruskan bacaan berkenaan ketika menyusukannya. Amalan ini diyakini dapat menghasilkan anak yang bijak dan tinggi akhlaknya.


4-Sentuhan Kasih
Berbicaralah sambil mengusap lembut perut. Lahirkan perasaan rindu menanti kelahirannya dengan penuh ikhlas. Kajian mendapati bayi yang mendapat perhatian sejak dalam kandungan jelas kelihatan lebih baik dan tidak banyak meragam berbanding golongan yang tidak mendapat perhatian daripada ibu bapanya.

Ada pendapat menyatakan bahawa rangsangan sebegini amat efektif apabila kandungan menginjak usia enam bulan ke atas. ini disebabkan pada usia tersebut jaringan struktur otak bayi mula berfungsi dengan baik.

5-Emosi Terkawal
Pastikan emosi anda sentiasa tenang agar anak yang bakal dilahirkan selalu riang dan tidak mudah meragam. Keadaan emosi yang tenang akan membantu perkembangan otak yang sihat dan pertumbuhan janin yang seimbang. Jadi, anda harus lebih banyak bersabar dan bersikap positif.


6-Muzik Klasik
Perdengarkan janin dengan muzik klasik kerana ia diyakini dapat merangsang kecerdasan bayi sejak dalam kandungan. Oleh kerana muzik klasik memiliki pelbagai nada yang harmoni, ia mampu memberi rangsangan berupa gelombang alfa. Gelombang ini berupaya menimbulkan ketenangan dan ketenteraman sehingga anak dapat memberi tumpuan yang lebih terhadap sesuatu perkara.


7-Latihan Matematik dan Membaca
Dipercayai amalan wanita hamil yang gemar membuat latihan matematik sepanjang tempoh kehamilan merangsang perkembangan otak si anak. Jadi, rajin-rajin lah membuat latihan matematik atau soalan-soalan IQ yang menguji minda untuk merangsang perkembangan otak bayi.

Membaca juga boleh meransang kecerdasan anak. Sama seperti membaca al-Quran, membaca bahan2 yang ilmiah membantu melahirkan bayi yang bijak dan pandai.
 

Sumber : Majalah Pa&Ma

Monday, November 19, 2012

Happy First Anniversary!!



20.11.2011 - 20.11.2012 <3>
Syukur Alhamdulillah hari ini genap setahun usia perkahwinan kami :)
Memandangkan hari ini weekday, hari bekerja, dan berjauhan, tak dapat lah kami celebrate, sobs.. but.. insya Allah akan ganti celeb sabtu ni di suatu tempat yang istimewa, hihi.. 
Nevertheless, awal-awal pagi lagi en. suami dah sms and call wish Happy Anniversary, it make my day, so happy :D




:::Letter to my husband:::

Dear Husband,


You are my lover, my best friend, my companion, my confidante, my adviser, and my comforter.  
 I never thought I would meet a man of my dreams... until I met you.  
I am so thankful to ALLAH for having you in my life, you’re such a great husband and I could not ask for more. 

Over the past year, I have experienced happiness that I never dreamed possible. 
Thank you for making me feels like a princess every single day and makes me feel like a queen since I’m pregnant our lil baby in my womb.  
 Thank you so much for your love and care, and thanks for your patience. 
Thanks for being a part of my life. 
Thanks for everything. 

Insya Allah kita sama-sama doakan agar masjid yang dibina ini kekal bahagia selama-lamanya dunia dan akhirat, ameen..

Happy 1st Wedding Anniversary abang:)
I love u with all my heart..
*hugs and kisses <3>


Lots of Love,

-Your wife-

Wednesday, November 14, 2012

Salam Maal Hijrah 1434H

Salam Maal Hijrah 1434H

Jom baca doa akhir tahun selepas asar dan doa awal tahun selepas maghrib..





Moga tahun baru islam kita ni lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya, insya Allah..

Tuesday, November 13, 2012

Pregnancy Progress: 36 weeks = 9 months. OMG, it is almost time to give birth!!

Salam,

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi hari ini kandungan genap 36 minggu bersamaan 9 bulan.. maknanya sudah boleh consider cukup term.. tinggal lagi 4 minggu sahaja lagi untuk cukupkan ke 40 minggu jangka waktu kehamilan.. Rasa macam tak percaya pun ada juga, tak sangka boleh sampai sejauh ini, syukur sangat.. Apabila telah sampai ke tahap 36 minggu, maka lega lah sebabnya 36 minggu baby sudah cukup bulan, the baby could be born safely at any time between 37 and 42 weeks. Its lungs are almost ready to breathe air. Sudah terlepas daripada kelahiran pramatang (baby premature x cukup bulan) di mana jika kelahiran pramatang berlaku, baby susah sikit nak survive sendiri, doktor terpaksa cucuk bagi matangkan paru-paru baby untuk bantu dia survive masa dah keluar nanti. The bones in its head are now firm enough to protect it, but soft enough to move down through the birth canal.


36 weeks diagram

Telah bermacam-macam yang dilalui sepanjang kehamilan ni..

1st trimester: 21.3.12 to 5.6.12.
2nd trimester: 6.6.12 to 18.9.12.
3rd trimester: 19.9.12 to 12.12.12. (still on progress)

Ada suka, ada sakit, ada letih, ada lemah, ada excitement, pengalaman dikejarkan ke hospital naik ambulan, berkampung di hospital, n macam-macam lagi lah, huhu.. betul lah orang kata, pengorbanan seorang ibu, bermula dari saat dia hamil, dan dari saat itu lah Allah mengampunkan segala dosa-dosanya, insya Allah...terlalu banyak pengorbanan sepanjang kehamilan, apa-apa pun ia adalah suatu pengalaman indah bagi setiap bakal ibu dan bakal bapa juga :)

Last scan dengan doktor haritu kepala baby dah engage ke bawah, baby tidak songsang, everything normal, insya Allah nanti boleh lah bersalin normal. Hari Isnin depan ada appointment dengan doktor di KKIA, rpt scan. Sekarang ni pun dah start rasa sakit, sakit contraction pun dah ada sikit-sikit, cuma belum keluar tanda aje. Oh, tak sabar pula rasanya nak tunggu si kecil dalam perut ni lahir, edd pun insya Allah 12.12.12 nanti, dah tak lama lagi dah, huhu.. tp dalam masa yang sama berdebar jugak, macam mana lah keadaan masa nak bersalin nanti, ntah macam mana lah rasa sakit hendak bersalin tu nanti, al-maklum lah 1st time, oh nervous, fuhhh..

tepek dulu pic masa kandungan 34 minggu 4 hari, pic terbaru masa 36 weeks x amik lagi.. cer teka perut lin ni ada baby boy or girl ek?? hik2;)


P/S: Minta semua tolong doakan ye moga mama n her baby selamat nanti.. Lin minta maaf juga kepada semua yang mengenali andai ada salah silap, sobs :'( nervous + takut + excited ni nk tunggu kelahiran baby, macam-macam perasaan bercampur baur..

Ya ALLAH, moga kami dipermudahkan pada hari perjuangan antara hidup dan mati itu :') ameen..
                                         

Friday, November 9, 2012

Review experience 3d/4d scan baby

Assalamu'alaykum dan salam sejahtera semua,

Fuh lamanya tak update blog.. Mana tak nya asik sakit-sakit aje plus takde mood nak update blog, ada je idea tapi ntah kenapa tak dapat nak taip, huhu, minggu lepas dikejarkan ke hospital dengan ambulans, kena tahan wad 3 hari, phew.. takpelah yang part tu kita cerita kemudian ye di lain entry.. Kali ni nak cerita pasal pengalaman buat scan 3d/4d buat pertama kalinya. :)

Pada 1 Sept yg lepas semasa kandungan berusia 25 minggu (kini kandungan dah mencecah 35minggu, punya lah lama baru nak update pasal scan 3d4d ni kan, hehe), lin n en. suami telah book appointment scan 3d/4d di Klinik Dr. Fauziah dan Rakan-rakan yang terletak di Ampang, appointment dibuat melalui online appointment di link laman web 3d4d scan Malaysia.

Pertama kali pergi ke klinik ni, tak susah sangat pun nak cari, kami just ikut sahaja direction guide yang diberi melalui email setelah booking tu, cuma masa kami pergi tu kesesakan lalu lintas yang amat teruk, biasa lah musim orang kawen kan, ramai yang berada di jalanan, kami sendiri pun masa tu baru pulang dari menghadiri majlis kahwin kawan-kawan kami, jadi amik masa berjam-jam jugak lah baru lah sampai ke klinik, sabo ajer ler -_-'

Sebaik sampai ke klinik, kami terus ke kaunter untuk melaporkan diri. eh? betulkah ayat melaporkan diri ni?? haha, takpelah hentam saje lah labu, janji maksudnya lebih kurang saje, hiks ;p  

*menunggu giliran*

Selepas sorang-sorang keluar, kini tiba lah giliran kami pula, nama dipanggil.. Masuk ke bilik sonography.  Jumpa lah miss Jezzlynn, sesi perkenalan n kami borak-borak sket.. she's friendly;) selepas itu seperti biasa lin diminta baring di katil yang disediakan.. dan diletakkan gel khas di atas perut, maka sesi scanning bermula...
Tadaaa!! terpancar  imej baby di atas skrin. Kelihatan baby dengan mukanya tertutup dengan sebelah tangannya, alahai baby ni taknak tunjuk muka pulak dia, hehe.. ni lah aksinya dengan tangan tutup muka, shy2 plak ye baby, hik ;)


Then jezz pun pujuk-pujuk lah baby agar ditunjukkan mukanya, digoyang-goyang sikit perut lin, tekan2 sket pusat sume, baby tetap taknak turunkan tangan dia, then jezz minta mamanya ngiring badan sket, tepuk-tepuk lembut perut sket, pujuk-pujuk baby lagi.. pastu lama-lama baru lah baby ketepikan sket tangan kecilnya itu, wah so cute anak papa n mama, pertama kali lihat wajahnya sangat jelas di dalam rahim ini, suatu jasad ciptaan ilahi yang telahpun terbentuk sempurna, alhamdulillah.. *gembira rasa hati, bergenang sikit air mata gembira* :') 


baby cebik sket sebab ganggu dia tito, hhe



lama lepas tu baru baby smiling :)



yang ni pula salah satu daripada video baby:




Tumbesaran baby alhamdulillah selari dengan minggu kehamilan, tidak terlalu besar or kecil :-




OK lah, that's all i wanna share. sebenarnya banyak lagi image shot n video baby, tapi the rest tu biarlah ia jadi simpanan kami, takkan nak letak semua kan, sikit-sikit sudah, hehe.. ada lagi satu scan masa 31 weeks, baby dah chubby sket masa 31 weeks tu, nanti lah di lain entry lin update kay. 

Anyway, TQ 3D 4D scan Malaysia , very good service ♥  



P/S:: anyone yang ingin buat 3d/4d scan macam yang lin buat ni, boleh lah pergi ke website 3d4d scan Malaysia . Bayaran yang dikenakan adalah RM100 bagi setiap sesi scan 3d/4d. Sekian. :)


Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

World Visitors Map

free counters

Search