Followers

Tuesday, September 24, 2013

Kronologi Kelahiran Anak Pertama kami - Sofea Aqeela (PART 1)

Salam semua,

Lamanya tinggalkan dunia blog ni, dah lama sangat tak update entry baru, dah kurang lebih 10 bulan dah nak dekat setahun dh pun, huhuhu. Last update entry dulu pun masa tgh sarat mengandung, sedang menunggu hari, hehehe.. Alhamdulillah I've safely delivered a baby girl. Actually been meaning to write since our lil angel was born but either there was no free time, or if there was, I was too busy layan baby masa dlm pantang dulu, hihi, dunia ibu sangat membahagiakan :-) 


I feel lil bit disappointed that I didn't start earlier as I have so many story that I wanna share in this blog. If kawan2 yg dalam my facebook, twitter and instagram mst tahu serba sedikit my journey sbb ada share situ jugak, tp sikit jelah sbb tak boleh nak tulis pjg2 details mcm tulis blog kan, cuma blog jelah yg tak update2 sampai ke sudah, he3.. lagipun ramai gak kawan-kawan yg mesej minta buat entry blog pengalaman bersalin, petua anak tiada sakit jaundis, pengalaman berpantang, breastfeeding journey, pengalaman jd weekdays EP(exclusive pumping) mom, tanya cara maintain and cara banyakkan production susu ibu utk anak lebih2 lg being an EP mom, cabaran dan dugaan sepanjang 6 months exclusive fully breastfeed, pengalaman berjauhan dgn suami dan anak, review majlis aqiqah dan cukur jambul anak review vendor majlis aqiqah, perkembangan anak, and etc.. em, harap bersabar lah ya kawan-kawan, jenuh lah nak recall blk apa yang berlaku sepanjang dari nak bersalin, hingga lah anak dah nak masuk 10 bulan dah pun ni.. Tapi takpe, I'll try my best! sharing is caring ;)


Ok, let me start with details of her birth..

Birth Date: 9.12.12 (3 days before EDD 12.12.12)
Time: 12am
Hospital: Hospital Selayang
Birth Weight: 3.07 kg
Made of Delivery : SVD (normal delivery)


Birth story: 

7.12.12 ; 8am-7pm: berjalan sakan shopping barang baby (padahal barang baby dah cukup dh pun, saje je nak nambah beli lg, nk isi masa lapang, rasa happy je shopping, it's the best therapy! hehehe) merata tempat berjalan bersama dengan angah lepas satu ke satu shopping complex sampai kaki pun dah lenguh2 dan sakit sangat2, benti berjalan pun masa singgah solat je, hihi, tak sedar diri punya mak buyong yg dah sarat sangat2 dgn perut yg beso gabak (padahal perut tu dah rasa berat sangat dah, rasa tak larat dah sebenarnya) pun still ada hati lg nak menyopping, haha.. akhirnya at the end ever since masa dalam pukul 5 lebih, dah rasa tak larat nak jalan, rasa mcm tak stabil dah badan, terpaksa lah si angah pimpin kakak buyong dia ni haa sambil berjalan, hihihi;)
  

8.12.12 ; 3am:
Terjaga dari tidur, terasa macam perut memulas-mulas, tapi tidak lah terasa ingin ke bilik air, terus tidak dapat tidur, ingatkan hanya sakit perut biasa, then sakit seperti sakit senggugut secara tiba-tiba (lebih sakit daripada senggugut biasa, sakit mencucuk-cucuk).. selepas beberapa lama kemudian, sakit beransur hilang, kemudian selepas beberapa minit datang lagi sakit tu, berulang-ulang mcm tu, kejap sakit, kejap xtak sakit.. hati terasa tidak senang sebab teringat ada kawan pernah cerita yang dia sakit macam sakit senggugut masa keluar tanda tu, huhu.. untuk memastikannya, try jugak rasa basah ker tak, tapi tak rasa basah pun, yelah takut kot kot terpecah air ketuban ker or turun darah ker, then terus pergi bilik air, nothing happen jugak sbb tgk xde apa2 pun?

Balik bilik tengok2 husband dah terjaga sbb masa lin terjaga tu ada gak buka lampu kecil.. husband point his finger to the center of the bed and he ask, "ni darah apa yang?" .  There's a small spot of red blood! Husband pun dah cuak dah sbb mcm dah turun tanda.. Kite pun mcm "erk?" Mula rasa seram sejuk, rasanya turun tanda lah kot ni, hu3.. Then cepat2 gi panggil mak, cite kat mak apa yang dah berlaku, she said memang dah turun tanda lah tu..tanya gak mak, "mak, ni dah turun darah ni kena g hospital sekarang dah ker? " mak cakap: " tak yah g hospital lg, lama lagi tu nak bersalin, mak dulu sehari dua ke tiga hari lps turun tanda lps tu baru lah nak bersalin.. so kita pun tunggu jelah dulu, sakit contraction pun takde lagi masa tu.. 


8.12.12 ; 8am-5pm:
masa ni sakit contraction dah mula rasa dah, tp tak rasa sakit sangat, sakit sikit2 je lah, ada timing dia, kejap rasa sakit, kejap rasa tak sakit, gitu lah hingga ke petang, solat pun macam biasa lagi walaupun darah keluar macam period. so pakai lapik jela utk x bg ia bocor kan.. tapi dapat lah rasa sakit contraction tu dah rasa makin sakit makin sakit and tempoh masa yang tak sakit tu dah makin singkat.. 

8.12.12; 5pm-7pm: sakit contraction makin lama makin sakit, hanya Allah sahaja yg tahu betapa sakitnya rasa.. huhuhu..  dah nak dekat maghrib, sakit contraction bertambah kuat dan timing tak sakit sekejap sangat, sampaikan nak berjalan pun dah tak larat dah.. terpaksa dipapah.. husband pun segera kejarkan ke Hospital Selayang..

to be continue.. other time.. part 2..  






No comments:

Post a Comment

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers


World Visitors Map

free counters

Search