Followers

Wednesday, June 20, 2018

Duit Anak-Anak Tak Boleh Pakai Walaupun Seringgit, Hukumnya Sama Seperti Kita Pinjam Duit Orang Lain

Bagi anak-anak yang masih kecil, mereka tidak pandai lagi menguruskan duit seperti duit raya yang mereka perolehi. Untuk memastikan kelancaran dalam pengurusan duit anak-anak, ibu-bapa perlu mengambil tanggungjawab untuk menguruskan duit anak-anak.
Duit anak seperti duit raya adalah kepunyaan mereka dan sebagai ibu-bapa kita hanyalah pemegang amanah untuk menjaga dan menguruskan duit mereka sehinggalah mereka sudah pandai dan bijak menguruskan kewangan mereka sendiri.

Ikuti perkongsian dari saudari Hana Shahadan ini tentang langkah pengurusan wang anak-anak sejak mereka masih bayi lagi.
3 hari lepas, mommy kira kira duit Fateh. Duit yang orang bagi contoh macam atuk dia bagi tiap kali p umah atuk. Duit orang datang melawat Fateh, Duit papa dia bagi bila balik rumah, Duit kecil balance dalam poket semua masuk ke Fateh. Terus mommy terasa nak sharing 3 Tips penting cara nak manage duit anak anak seawal baby. 
.
Duit anak anak ni, kita tak boleh pakai tau. Lagilah kalau duit raya, duit tu hak mereka. Walau seringgit. Hukum menggunakan duit raya anak adalah sama seperti kita menggunakan duit orang lain. Seperti konsep berhutang. Dan hutang wajib di bayar. Sekiranya dalam keadaan kita terpaksa pakai duit anak, pastikan kita membayar semula duit mereka dengan segera. 
 .
Yang penting, bila dapat duit anak anak tu kita kena menyimpan. Macam mana cara nak asingkan dan simpan tu? Mudah je. Simpan la sikit sikit, lama lama berbukit. 
.
1. Pastikan Buka Acc bank anak sejak dari kecil.

Ambil berkat, mommy mulakan dengan buka akaun bank di tabung haji. Terpulang tau nak buka bank apa, tak kisah nak simpan dekat bank mana. Yang penting anak ada akaun bank. Dulu betul2 mommy habis pantang 44hari, Mommy terus buka pilih tabung haji , yela nanti nak pergi haji dengan Fateh. Jadi, semua duit yang Fateh dapat mommy dah masukkan dalam tabung haji. 
.
2. Letakkan Target Simpanan Bulanan untuk anak.

Kalau macam Fateh, mommy dah letak target mesti ada amount RmXXXX sebulan at least untuk simpanan dia sendiri. Kiranya kalau fateh dah 10bulan, mesti ada Rm XXXXX untuk dia. Target tu tak kisah nak letak berapa, ikut kita. Faham ke? Kalau nak senang, pecahkan ikut hari. Setiap hari kena simpan berapa. Takda la rasa terbeban sangat nanti.

3. Asingkan siap siap duit anak dalam satu bekas lain( macam tabung khas anak pun boleh)

Ni yang mommy praktis dekat rumah. Macam fateh, mommy dah siapkan bekas duit. Kiranya bekas tu memang dah macam tabung cuma lebih besar dan khas untuk letak duit Fateh. Tiap kali papa dia ada duit kecil2 masuk dalam tu, tiap kali orang bagi duit,pun letak dalam tu.
(Bekas ni duit anak, bekas dilarang usik tau)
Lagi satu, kita tak boleh menggunakan duit anak untuk membeli lampin atau pun keperluan harian anak kerana semua tu adalah dalam tanggungan kita sebagai ibu bapa. Cuma yang penting kita sebagai ibu bapa dah menjadi tanggungjawab untuk menguruskan duit anak dengan lebih baik. okay semua?
Silakan share untuk manfaat anak anak.
#mommyhanasharing

Tuesday, April 3, 2018

Unexpected Accidentally Gentle Hypno Home Birth Story of our 3rd baby

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamu'alaykum, Hi 😊

Everyone meet our 3rd little angel named Shazia Lamiya 👶🏻

[Gambar atas tu gambar selepas selamat terbersalin di rumah, bedung tu nurse yang bedungkan guna bedung hospital yg mereka bawa. Gambar bawah tu pula gambar di wad selepas check-up di hospital untuk pengesahan kelahiran.]

Nama Shazia Lamiya maksudnya?
Shazia dalam bhs Arab maksudnya harum, wangi. nama puteri ;
Lamiya pula maksudnya bersinar dalam bhs Arab. Dalam Bahasa German pula Lamiya maksudnya penuh kecerdasan💐

Hehe baru nak reveal upload gambar baby sebab sebelum2 ni tak pernah lagi upload gambar full baby baru lahir hingga 40 hari sebab nak elakkan al-ain. Baru tau psl al-ain ni masa 3rd pregnancy, 1st baby n 2nd baby dulu dah upload dah masa sebelum 40 hari😅 kalau tahu lebih awal mmg takkan upload.

Sebab bayi yang berumur di bawah 40 hari berdepan dengan 2 jenis gangguan, gangguan fizikal dan gangguan rohani. Gangguan rohani lah yang kita patut lebih berhati-hati iaitu terdiri daripada Ain (sihir tanpa jin) dan Ummu Sibyan (sejenis jin yang membawa penyakit).
Apabila kita share gambar anak yang baru lahir (0-40hari) ke laman sosial, dikhuatiri mereka ini akan terkesan dengan Al-Ain tadi, iaitu sihir tanpa jin atau mata jahat. Jadi seeloknya biarlah bayi sudah lebih 40 hari baru lah boleh dikongsi gambarnya. Perasan tak yg ada jugak ustaz ustazah yang hanya share gambar baby baru lahir dia selepas 40 hari or slps bbrp bulan baru dia share gambar. Sbb al-ain ni lah. Baca lebih di sini ya: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1573956489370295&id=389583611140928

Orang kata mencegah lebih baik drp mengubati kan. So apa2 lebih baik lah mencegah dulu.

👶🏻👶🏻👶🏻👶🏻👶🏻👶🏻👶🏻👶🏻👶🏻👶🏻👶🏻👶🏻👶🏻👶🏻
Birth Story of Shazia Lamiya
* BEAUTIFUL EXPERIENCE OF UNPLANNED NATURAL HOME GENTLE BIRTH *
👶🏻👶🏻👶🏻👶🏻👶🏻👶🏻👶🏻👶🏻👶🏻👶🏻👶🏻👶🏻👶🏻👶🏻

Throwback to when I safely delivered our little angel accidentally unassisted homebirth as we did not expect the baby want to go out extra earlier. I just tawakal je masa tu sebab terpaksa sambut baby alone at home sebab husband yang bergegas dari tempat kerja tak sempat sampai rumah utk hantar ke hospital, ambulance pula lambat sampai. Kat rumah masa tu just berada bersama dgn anak yg berusia 2y 1m je 😅

Ceritanya macam ni..

Malam sebelum tu lepas solat before bed mcm biasa berlatih squat, exercise dengan birth gym ball, sway, sambil layan Braxton Hicks. Then baru masuk tidur lps minum susu kambing segar n kurma ajwa dgn kuantiti ganjil sekali dengan minum air zamzam sikit sambil berniat moga dipermudahkan bersalin.
 Haa ni antara tips mudah bersalin sy ye. Sebahagian shj, lain2 tips sy akan share lain kali ya bila free lagi nt sy buat post lain, blh follow 😉

Masa dah sarat tu nak tidur pun dah tak selesa. Serba tak kena. So boleh tidur2 ayam jela 😅

Around 3am : terjaga ke bilik air then baru perasan ada turun tanda darah. Tapi sikit sgt je. Takde apa lah. Then tidur balik.

[Sebab masa anak pertama dulu pun lebih kurang time tu jugak awal2 pagi turun tanda darah, tapi time lps asar kot baru lah start rasa sakit contraction sikit, dekat maghrib baru lah contraction makin lama makin kerap n makin sakit, lps maghrib baru husband hantar g hospital lps solat maghrib, sampai hospital doctor VE, baru 3cm, on CTG, contraction makin lama makin sakit sangat1000, dkt pukul 10 mlm air ketuban pecah sendiri, VE, lepas nurse tlg salin kain terus ditolak masuk labor room,  12 lbh tengah malam baru selamat bersalin.

2nd baby pula turun tanda darah masa pagi ker tengahari mcm tu masa 1st Raya Aidiladha di rumah mertua, so postpone balik raya ke kg nenek suami sbb risau terbersalin tengah jalan, so just beraya kat rumah mertua je, relax je lagi masih blh berjalan2 shopping sbb belum rasa sakit contraction lagi. Esoknya 2nd Raya Aidiladha pagi masa subuh kot baru lah start sakit. dalam pukul 8am baru gerak g hospital, dlm 9am ditolak masuk labor room lps dh pecah air ketuban, dlm 10am baru lah selamat bersalin]

Org kata next baby selalunya awal sket or lambat sket kan, so jangka 3rd baby maybe tgh malam lah baru nak bersalin. Or maybe paling cepat pun petang lah kan.

Around 6am : bangun solat subuh.

Dalam pukul 7 mcm tu dah start sakit contraction, tapi sikit jelah.

Masa husband dah siap nak g kerja, husband tanya dah kena g hospital ker x? Kalau nk g, dia hantarkan terus. Sy ckp takpelah sakit sikit je ni, still bearable, masih boleh tahan lagi. Dia kejap ada kejap xde. Belum kerap lah. Jangka masa sakit dgn tak sakit tu lama lagi. Rasa macam lambat lagi nak bersalin. Paling cpt pun ptg kot baru bersalin. Kalau g hospital skrg pun bukaan baru sikit sgt, nt hospital suruh blk pulak mcm sblm ni baru sakit sikit g hospital VE check bukaan baru sikit je hospital suruh blk. So suruh suami g kerja dulu. Dlm lps zohor ker baru blk. Kalau g tengahari insya-Allah sempat je sampai hospital sblm bersalin.

Lepas husband dah g kerja, tinggal lah Lin dgn anak2 yg 2 org tu je. Gigih sempat lagi nak pergi hantar anak sulong Sofea Aqeela g tadika jugak pepagi pukul 8 tu.

Sampai tadika, cikgu tadika dia tgk Lin tengah tahan sakit contraction, cikgu yati panggil cikgu2 lain, masing2 offer nk hntrkan g hospital tp Lin kata xpe, sebab dia kejap sakit kejap tak sakit, selang masa lama lagi, lambat lagi ni kot. Ceh masa tu confident je lambat lagi nak bersalin.

Tiba-tiba progress makin cepat pula bila dah sampai rumah lps blk dari drive hntr anak tadika tu. Contraction makin kuat smpi nk jalan g bilik air nk g mandi pun dh tak larat, lagipun jangka waktu tak sakit tu terlampau sekejap. Duk je tahan sakit contraction duk kat sofa sambil zikir, baca doa Nabi yunus 😅 msg gak suami suruh blk cepat.

Nak g bersiap tukar baju proper nk bersiap pergi hospital lagi lah tak dpt sbb sekejap sgt masa rehat drp sakit tu 😅 nk jln g amik kurma kat atas meja mkn nk mkn pun tak larat sbb sakit sgt100000. Duk jelah menahan sakit kat atas sofa. Kept on practicing deep breathing.

Contraction makin lama makin kerap, makin panjang dan makin kuat sakitnya, 3 kali ganda lebih kuat. Ya Allah sakitnyaaaaaa Allah je yang tahu.. apply hypnobirth. Senyum. Tak lama lepas tu, air ketuban tiba2 pecah sendiri, habis basah sofa yg tengah duduk tu. Terus terasa cuak sbb biasanya kalau lps pecah air ketuban tak lama lps tu akan bersalin, alamak takkan nak bersalin dah, adoi mcm mana ni? husband pun tak sampai lagi ni 😅..

Tak lama slps pecah ketuban tu, terus rasa mcm nk breath out the baby sgt dah, tak boleh tahan dah, terfikir nk bersalin position mcm mana sbb for sure mmg tak ingin lah nk bersalin posisi baring terlentang coz it's not pro gravity position, birth instinct rasa mcm nak turun dari sofa stand leaning forward kat sofa tu then breath out the baby without pushing. Breath in breath out. Dengan sekali nafas je, head crowning, terus keluar kepala baby n then body baby semua pluppp jatuh baby kat atas carpet, baby keluar meluncur laju. Nasib dia keluar dgn kantung sekali. Dah jatuh baru kantung pecah, keluar baby disertai dgn tangisan baby. Alhamdulillah 😊

Alhamdulillah pro gravity birth position help our 3rd baby go through the birth canal easily, alhamdulillah amazingly NO TEAR for the 1st time in my life!  1st baby dulu lahir ada tear sbb bersalin in lithotomy position n episiotomy, 2nd baby tear byk sikit sbb bersalin hampir lithotomy position di hospital, nak semi sitting doctor tak bg, dpt naikkan sikit je kepala katil tu, tak dpt nak betul2 semi sitting pro gravity position, terpaksa teran sekuat hati, dgn baby besarnya, lagi lah perlukan tenaga utk teran kuat lagi, slps byk kali teran baru keluar kepala baby, baby tersangkut kat bahu sbb bidang kan baby besar, teran sekuat hati byk kali lagi sampai baby keluar, akhirnya 1st degree tear. 😥 Dah tu lepas tu kena jahit hidup2 pulak tu, sakitnyaaaaaa 😭 kite ni dah lah jenis tak tahan sakit, lebih rela lagi sakit nak beranak drp sakit kena jahit 😫 )

Tapi untuk 3rd baby ni alhamdulillah dapat betul2 pro gravity position, so baby keluar sendiri meluncur laju tanpa perlu teran sekuat hati, tak perlu teran, just breath out the baby without pushing, vernix-covered baby, baby siap keluar masih dalam kantung lagi, bila dah jatuh baru lah kantung pecah n keluar baby dgn tangisan, subhanallah betapa hebatnya kuasa Allah.. speechless baru lps 1st time terberanak sendiri kat rumah n fikir nk handle baby tu mcm mana sbb baby dh nangis sekali dgn baby siap buang air besar lg kat atas carpet tu adoi mmg tak plan n tak prepare pun nak lahirkan anak kat rumah, klu x, dh alas dh😅😂.. lg risau kot dia sejuk. Cepat2 angkat peluk baby, skin to skin n breastfeed baby.. #FirstLatch. Baby happily breastfeeding. Hug and kiss baby, harumnyaa bau baby fresh from womb, heavennnnn 😍😘

The baby nestled up against me, first time in my arm, opening her eyes, those little eyes finally seeing the voices she have been hearing and feeling for the last 9 months.. face to face, cheek to cheek, heart to heart.. forever.. such a beautiful moment 😍👶🏻

Cord dibiarkan dulu, tunggu darah cord habis transfer ke baby dulu Sementara tunggu ambulance sampai for clamping the cord. Alhamdulillah dpt juga delay cord clamping buat kali ke-2 (Kali pertama masa lps bersalin 2nd baby dulu).

Dah selamat bersalin dlm 5-10 min lps tu baru lah eh teringat nk msg suami kata dh selamat bersalin sbb dah ralit dengan baby kan hihi😂 ..Suami call, tanya eh betul ker dah bersalin, dia terkejut sangat kata dh bersalin, untuk bagi yakinkan lagi, haa bagi dia dgr suara tangisan baby, hiks.. Lps tu dia call ambulance. Suami sampai dlm 10min kemudian azankan baby n bantu apa yg patut n then dlm 5min lps tu ambulance pula sampai.. So sblm ambulance smpi tu sempat lah pakai Labor Pant Mamapride Seluar Bersalin No.1 Dunia bg menutup aurat peha, lutut dan betis yg tidak perlu terdedah semasa prosedur utk nurses midwife lakukan prosedur seterusnya eg ambil sample darah baby dari tali pusat (tapi rasanya tak dpt pun darah sbb darah dh habis transfer semua ke baby settle DCC, hihi), potong tali pusat, check baby n mama, check bp n so on. Uri yg dah keluar elok tu nurse potong n cucuk sedut sample uri. Uri bagi kat suami. Lps dh settle baru lah naik katil ambulance n ditolak masuk dalam ambulance n dihantar mama n baby ke hospital for next procedures. Alhamdulillah baby lahir sihat sempurna dengan berat 3.4kg panjang badan 49cm.

Suami pula bersihkan kesan2 bersalin tadi.. air ketuban, darah, etc tu..lps tu suami hantar anak kedua Syaurah Leanna ke tadika yg sama dgn kakak Sofea dia sbb sana ada daycare sekali, then baru lah suami pergi hospital.

Ya Allah, betul2 tak sangka natural gentle birth yg pnh diimpikan dahulu yg ingat hanya sekadar impian shj tiba2 terjadi pula. Sblm2 ni kagum tgk dlm video org lain je mudahnya org ni bersalin natural gentle birth, kan bagus dpt bersalin mcm ni jugak, berangan je lbh masa tu hehe.. Sekali sendiri dpt merasa.. Allahuakbar..
Suatu pengalaman yang mendebarkan dan juga pengalaman yg sangat indah. Syukur semua selamat, rasa masyaAllah sangat mmg Allah lah sebaik pembantu, tiada yg lain. Syukur3 alhamdulillah, thank you ALLAH 😍
Masa berpantang pun mudah je takde rasa sakit2 tu. Berbeza sangat lah time pantang 1st baby n 2nd baby,
selalunya mak2 lepas bersalin ni trauma takut2 nak buang air sebab sakit luka jahit kan, but this time 3rd baby no more pain coz no more tear. Time berjalan ker duduk ker apa ker pun mmg tak sakit langsung. Siap boleh jalan laju lagi even baru  lepas bersalin sampai kena tegur dgn nurse, eh2 jln pelan2 sikit puan, haha serius X rasa mcm badan org baru lps bersalin😂. Heaven tau rasanya bila bersalin without tear, bersalin mudah, bersalin gembira ni 😁

Next insya-Allah sy akan share apa yang sy buat semasa mengandung untuk kandungan yang sihat dan untuk mudahkan bersalin utk 3rd baby ni. Kalau nak tahu, boleh follow FB n blog sy utk terima update notification. Terima kasih sudi baca coretan sy. Lama mengarang ni untuk coretan kenangan kelahiran anak.  😊

Merasa buat kali ke-3 nikmatnya sakit bersalin, mudah-mudahan jadi kafarah cuci dosa. Unforgettable experience. Thank you Allah for bringing our baby into this world. Syukur Alhamdulillah.. Mama doakan Shazia Lamiya akan membesar menjadi anak yg solehah, love you 😘 💞

#BirthStory #ThirdBaby #GentleBirth #BabyGentleBirth #BersalinTenang #BersalinGembira #naturalbirth #beautifulbirth #unplannedhomebirth #unplannnedunassistedhomebirth #nikmatnyabersalinfitrah #Allahuakbar #alhamdulillah

Update setelah sekian lama

Assalamu'alaykum,
Lamanya tak berupdate blog ni😅

Takpe kejap lagi kita update birth story 3rd baby ye. 😁

Saturday, October 15, 2016

Jom Exchange Link & Follow to keep in touch ^_~

*This is sticky post, pls scroll down for other post*

Salam n hai semua,

Sesape yang nak exchange link, boleh tinggalkan your link di bahagian comment ya .. n sesapa yg dah follow & dah link page lin nih di page dia, especially Group NCOL, Blogger Brides Forever, silent reader n etc., please leave your link here so that I can follow u back n link u back okies. sbb mcm x fair lah kan klu u dh follow n link my blog,tp i x follow n link u back kan,hehe.. so do leave ur link here okay..
*psst.. anyone yg dah already follow n linked me n inform me, i akan cepat je follow n link dia blk rather than yg belum, hehe;) but please make sure that you leave a comment down here okay so that I can trace you since I didn't receive the new follower notification anymore.. Till then, take care!

TQ <3

P/S: sorry lah baru je buat sticky post exchange link nih, coz notification dah xde, tu yg wat sticky post ni

Monday, March 23, 2015

Alhamdulillah rezeki kehamilan dan berjaya wean off

Salam,

Lamanya tak update blog.. Now baru terdetik nak update..

Syukur alhamdulillah ❤

3 bulan sudah kandungan yg ke-3 ni slps miscarriage masa kandungan ke-2 (after a few months baru lah berani start ttc). Saje senyap2 dahulu utk pregnancy kali ni sbb nk tunggu cukup 3 bulan baru announce ;)



Surprisingly kandungan kali ni baby bump masa sebulan lebih dh nmpk dh! Tak mcm masa 1st pregnancy masa hamilkan Sofea dahulu, dlm 5 ker 6 bulan baru nmpk baby bump beso gini. Maybe sbb masa 1st pregnancy dulu sickness teruk sgt : kerap pening sakit kepala, kerap loya asal mkn muntah asal mkn muntah, minum air masak pun muntah, certain mknn je blh masuk tu pun sikit sgt, stp kali gosok gigi muntah, pantang bau yg x enak mst muntah juga, byk muntah smpi kurang tenaga, berlarutan smpi 5-6m, byk kena g klinik/hosp, tu yg baby x sempat Nk membesar sgt kot, kali ni teruk juga tp x teruk sgt sickness mcm dulu so blh la baby dlm perut membesar dgn lebih baik, hehe.. Masa 2nd pregnancy dahulu pula tiada alahan sgt, maybe sbb tu kandungan x brp kuat plus x brp jaga sgt. 

3rd pregnancy kali ni sama juga sickness mcm 1st pregnancy sampaikan kadang biz Legenioz Store ( IG: @lz_supershop, FB page: www.fb.com/lzsupershop , blog: legenioz.blogspot.com ) sedikit terabai. cuma kurang sikit la kali ni berbanding yg 1st.. Now tgh nk fokus biz semula. pernah juga masa kandungan ni sebulan dulu terminum air tropika yg ada campuran nenas sbb x tahu ingatkan ada campuran oren n mangga je, patut la stp kali minum rasa sakit perut, luckily alhamdulillah baby dlm perut ni selamat, baik2 saje, no bleeding at all, baby kuat. Syukur sgt takat ni check up baby membesar dgn baik dan sihat. Moga lil baby baik2 saje dlm perut mama ye hingga sampai masa kelahiran nt, ameen.. :)

Dan syukur juga Sofea dah berjaya wean off cerai susu badan masa dia 2y 3m ni baru je.. Sblm ni masih fully bf juga lg masa pregnant kali ni, Sgt2 susah Nk wean off budak ni, mcm2 cara dh buat x jalan juga.. Alhamdulillah stlh usaha mcm2, doa, amalkan doa cerai susu, berkat kesabaran serta sokongan family, berjaya juga wean off akhirnya.. Dahulu Sofea minum susu ibu sepenuhnya sampai 2y 3m, Now sofea dah start minum susu kambing pula.. Terpaksa wean off juga coz dh ada kes sblm Ni krn degil juga nk teruskan fully breastfeed sofea n supply susu utk anak susuan ammar juga masa 2nd pregnancy dulu, so kena wean off jugak utk pregnancy kali ni walau sukar, nangis2 kuat jugak Sofea masa nk wean off dulu, selagi x dpt selagi tu dia nangis, hhu, x smpi hati sbnrnya mama nk wean off dia, sedih juga terpaksa stop supply stok susu ibu utk anak susuan anak syurga Ammar Danish yg menghidap Biliary Atresia, hanya Allah yg tahu perasaan sedihnya masa tu.  

Smpi harini pun Sofea ada minta menyusu direct jugak, tp alhamdulillah bila ckp "Sofea dh besar, dh tak boleh nenen dh syg, mama sakit perut klu sofea nenen, perut mama dh ada baby, adik sofea." Lps tu dia pun angguk sambil sambung ckp n tunjuk kat perut mama dia.."afea da esar, da jadi kakak, eyot Mama ada adik afea" hehe lega hati Mama dgr Sofea ckp mcm tu :))

Tak lupa juga mama doakan anak susuan mama - Ammar Danish, dan ayahnya agar dimudahkan urusan, moga berjaya pembedahan transplan hati di Shanghai China, moga selamat semuanya, ameen.. Sama2 kita doa ye ibu Nazila Kamaruddin, moga mrk kuat. Slmt berjuang! Mohon semua doakan mrk juga ya

#alhamdulillah #pregnant #12weeks #successfullyweanoff #prayforammardanish

Wednesday, August 6, 2014

Andai Malaysia Diserang

Buat renungan...

Bayangkan..

Andai Malaysia diserang seperti negara Islam yang lain... Apabila negara-negara islam yang lain dilanda peperangan atau diserang oleh askar kafir... kita sering mendengar pemimpin-2 kita menggunakan modal seperti ini.." Kita patut bersyukur Malaysia aman dan damai..." Tetapi pernahkah kita berfikir untuk sejenak, sejarah ditulis setelah ia berlaku, tetapi sejarah tidak dapat diramal ketika ia sedang berlaku.

Ketika rakyat Islam Bosnia disembelih oleh paramilitari Serb, pada malam sebelumnya mereka hidup seperti biasa dan tidak pernah terlintas bahawa keesokan harinya akan bermulanya hari celaka bagi mereka. Jadi, untuk sejenak cuba kita berfikir dalam bentuk reverse engineering iaitu: Bagaimana jika kita yang diserang oleh kuasa kuffar seperti negara Islam lain, dan negara Islam yang lain plak jadi macam kita

MALAYSIA DISERANG ???
untuk menanam kesedaran ke atas Melayu Yang Mudah Lupa. (Melayu Mudah Lupa kata Mahathir)AMARIKOS menyatakan Malaysia sarang pengganas... ada pejuang Hizbullah terlepas ke malaysia... lalu menghantar Kapal Pengangkut Pesawatnya (CARRIER) di Selat Melaka dan di Laut China Selatan.

Menghantar kapal selam nuklearnya dgn muatan peluru berpandu membawa armada tentera untuk menyerang malaysia... AMARIKOS menyuruh negara berhampiran dengan Malaysia yang merupakan sekutu rapatnya SINGOFURO di selatan, TAHAILAND di Utara dan PILLIPINNOS di Timur menenyerang Malaysia dengan alasan memburu pengganas al-Qaeda atau Hizbullah sama seperti alasan Israel menyerang Lubnan dan Palestin.

Walaupun Malaysia cakap Malaysia negara bebas pengganas tentera Kuffar tetap menyerang malaysia jugak sama seperti mereka menyerang Iraq kerana mereka dakwa Iraq ada senjata pemusnah, Afghanistan ada Pengganas Taliban, Lubnan ada Pengganas Hizbullah dan Malaysia ada Pengganas Jemaah Islamiah.

Malaysia tetap mempertahankan Malaysia ini tidak ada pengganas tetapi suara kita tidak dihiraukan sama seperti mereka tidak hiraukan Afghanistan , Iraq , Lubnan dan Palestin.

Sebelum tiba saat MALAYSIA DISERANG ini Perdana Menteri kita... YB Wakil Rakyat... Parlimen dan ADUN... Tauke-tauke Cina yang kaya... semua cabut lari ke keluar negara dengan jet dan pesawat peribadi masing-masing. Mereka ada duit untuk cari perlindungan di luar negara.

Tinggallah rakyat Melayu Islam yang miskin hina ini di negara sendiri, menunggu masa untuk diserang oleh tentera Kuffar AMARIKOS dan sekutunya.
Barulah rakyat tahu bahawa pemimpin Melayu dan tauke cina yang dijadikan pepimpin sebelum ini tidak sama seperti Khalifah Umar Al-Khattab... Khalifah Ali Abi Thalib... Khalifah Khalid Al-Walid.. Khalifah Salahuddin Al-Ayubbi.. yang sanggup berada dibarisan hadapan berdepan musuh-musuh Islam.

SAAT Peperangan bermula...

Tempat yang mula-mula sekali dibom adalah Putrajaya, diikuti negeri-negeri lain. AMARIKOS dan Sekutunya mengebom... melancar peluru berpandu... membedil... menembak Rakyat Malaysia... mereka membunuh Orang tua... perempuan dan Anak-anak kecil orang melayu islam kita... sama seperti Yahudi menembak dan membunuh rakyat Lubnan yang tak berdosa!!!

AMARIKOS dan sekutunya menyerang MALAYSIA secara besar-besaran. Apabila selesai pesawat pejuang di Selat Melaka mengebom Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Kuala Lumpur . Datang lagi pesawat musuh silih berganti...

Apabila selesai pesawat pejuang di laut China Selatan mengebom Kelantan, Terengganu, Pahang... datang lagi pesawat musuh silih
berganti... Johor pula dibedil dengan peluru berpandu jarak sederhana SINGOFURO...
diserang dengan jet-jet pejuang SINGOFURO yang sentiasa melalui ruang udaranya... menghujani bom-bom dan roket...kemudian Johor dan negeri sembilan dapat ditawan tentera musuh.

Anda di berada di Kedah... Pasukan Darat tentera Bersekutu mara dari bahagian Utara... tentera bersekutu semakin dekat dengan rumah anda... menendang pintu rumah anda... anda bersama dengan Isteri yang sarat mengandung dan 3 orang anak ketakutan dalam rumah...

Tentera bersekutu memperkosa anak perempuan yang berusia 12 tahun anda depan mata anda... sebagaimana tentera Sebia memperkosa umat Islam Bosnia... muncung senapang ditujukan di kepala anda... Anak perempuan kesayangan anda yang anda bawak masa jamuan Raya 2014... diajukan muncung senapang...

DAMMMMMM... anak kesayangan anda mati ditembak oleh tentera bersekutu... Sebelum ini anda melihat anak umat islam Lubnan, Palestin mati ditembak... anda tidak mempunyai perasaan apa-apa... sekarang berlaku kepada diri sendiri... baru tahu perasaan sedih anak mati ditembak di depan mata...

Anda menangis ketakutan...

Tentera bersekutu merampas Isteri anda yang sarat mengandung, dibawa menaiki trak... untuk dijadikan habuan tentera dalam kem. Anda dipukul separuh mati oleh tentera bersekutu meninggalkan anda patah riuk berlumuran darah. Anda sangka anda sudah mati... tetapi umur anda masih panjang... anda masih hidup... anda merangkak menuju ke hutan berhampiran di sebuah bukit untuk menyembunyikan diri...

Anda mengalirkan air mata... INGAT AKAN ALLAH...

Ujian peperangan berlaku didepan mata anda sekarang. Anda sebelum ini tidak pernah terlintas dengan peperangan. Kita sering disogokkan negara kita aman, tiada peperangan, tiada pertumpahan darah tiba-tiba hari ini diuji berlaku peperangan.

Pemimpin tersebut yang menyatakan negara kita aman cabut menghilangkan diri... Anda sudah tiada siapa lagi didunia ini... Anak perempuan diperkosa dan dibunuh didepan mata... Anak kecil ditembak didepan mata... Isteri dirampas untuk diperkosa... didepan mata!!! kawan-kawan... sahabat taulan... ramai yang terkorban...dan tidak kurang juga yang cedera parahhh...

Dipuncak bukit anda melihat kampung halaman anda terbakar. Mayat orang melayu Islam bergelimpangan mati terutama golongan orang tua dan kanak-kanak yang tidak sempat melarikan diri... mereka tidak bernasib baik seperti anda...

Diatas bukit itu juga... anda melihat beribu-ribu Tentera bersekutu berkumpul untuk membunuh dan menembak saki-baki orang melayu Islam yang masih selamat... menggeledah setiap ruang yang ada untuk memburu Al-Qaeda, Hizbullah atau Jemaah Islamiah... tetapi umat Islam lain yang jadi mangsa... Sementara menunggu sakaratul maut menjemput anda apabila anda tersua dengan Tentera bersekutu nanti....

Apa yang anda Harapkan pada masa itu????

Tiada perkara lain yang anda harapkan kecuali...
BANTUAN ALLAH... BANTUAN TENTERA UNTUK MEMBELA AGAMA ALLAH...

ANDA MENGHARAPKAN UMAT ISLAM DARI NEGARA LAIN MEMBERI BANTUAN KETENTERAAN KEPADA MALAYSIA... ANDA MENGHARAPKAN SAUDARA SEAGAMA DENGAN ANDA MELINDUNGI ANDA DARIPADA SERANGAN TENTERA KUFFAR!!! ANDA MENGHARAPKAN BANTUAN TENTERA JIHAD FI SABILILLAH DARIPADA INDONESIA, SELATAN THAILAND, BANGLADESH, PAKISTAN,DAN NEGARA OIC YANG LAINNNNNN... BAGI MELAWAN TENTERA PENCEROBOH BUMI MALAYSIA INI...

Tetapi tunggu punya tunggu... bantuan ketenteraan tidak kunjung tiba...

ANDA TERDENGAR UCAPAN DARIPADA PEMIMPIN DUNIA ISLAM YANG LAIN menyatakan:

"Kami Negara-Negara Islam Mengutuk tentera PENCEROBOH menyerang Malaysia "
(Presiden Burkina Faso, Pengerusi OIC yang baru)

"Kami akan menghantar 10 000 Tentera pengaman ke MALAYSIA selepas tamat perang nanti... setelah habis kawasan Malaysia dibom oleh tentera bersekutu"(Presiden NAM )

"Alhamdulillah... Negara kita Indonesia aman damai berbanding dengan negara Malaysia yang dilanda peperangan... Kita semua patut bersyukur... kita dapat menyambut hari raya aidilfitri dan deepavali
dalam suasana yang aman harmoni", Presiden Indonesia- Negara Umat Islam paling ramai. (Pemimpin Malaysia selalu sebut camni)

"Tak apa... selepas peperangan tamat... Kami akan menghantar para pendakwah ke Malaysia untuk mendidik rakyat Malaysia " Wakil Penduduk Islam Selatan Thailand )

"Kami akan menghantar bekalan makanan dan ubatan kepada Penduduk Islam Malaysia yang dilanda peperangan" Pemimpin Arab Saudi)...bagi
komen dan pendapat...

APA PERASAAN ANDA APABILA MENDENGAR UCAPAN PEMIMPIN-PEMIMPIN ISLAM
SEPERTI DIATAS DIKALA ANDA MEMERLUKAN BANTUAN KETENTERAAN DARIPADA
MEREKA????

*disunting sedikit dari post asal : isuhangat.blogspot

P/S: sy selalu berharap agar Malaysia dan negara2 Islam yg lain bersatu bergabung membantu Palestin, Syria, dan lain2 dari segi ketenteraan melawan tentera Yahudi Israel Laknatullah selain daripada bantuan wang, makanan, perubatan dan sebagainya. Jika hanya sekadar bantuan kewangan sahaja tidak cukup! Tidak cukup! Mrk mengharapkan tentera2 dari negara jiran untuk membantu mrk. Bom2, peluru berpandu, kereta kebal, jet pejuang dari negara jiran mana? Mana? Tiada satu negara pun yg tampil membantu. Palestin terkapai2, kasihan mrk. Bayangkan jika perkara yg sama terjadi kpd Malaysia. Bagaimana? Andai tentera2 negara Islam semua ramai-ramai bedil tentera Israel, sy percaya Israel akan keluar dari Palestin. Jika semua umat Islam bersatu, tidak mustahil kita boleh menang sbb umat Islam adalah yang paling ramai di dunia, In sha Allah, kita ada Allah Maha Kuasa. Umat Islam seluruh dunia perlu bersatu membentuk gabungan yang KUAT. Berjuang kerana Allah S.W.T, lillahi Ta'ala. In sha Allah kemenangan pasti akan jadi milik kita.

Thursday, September 26, 2013

Alhamdulillah akhirnya tidak lama lagi dapat tinggal bersama anak beranak! Selamat tinggal PJJ! :D



Syukur alhamdulillah, tiada kata dapat kami gambarkan kegembiraan kami.

Akhirnya.. selepas berjauhan suami isteri selama 1 tahun 10 bulan every weekdays since kahwin kerana kerjaya; berjauhan tempat kerja, bila ada anak, berjauhan dgn anak pula 6 bulan since habis cuti bersalin every weekdays (weekend je dpt jumpa), sobs, selepas banyaknya duri ranjau yg ditempuh, banyaknya babak air mata.. impian untuk duk dekat tinggal bersama sebumbung anak-beranak akan tertunai tidak lama lagi, tidak lagi berjauhan, suami tempat lain, isteri tempat lain, dan anak tempat lain. NO MORE! in sha Allah tiada lagi air mata sbb rindukan suami, rindukan anak *bila dah ada anak ni, rindu anak berganda lebih lagi dari rindu suami, he3 ;p

Al-kisahnya permohonan pertukaran en. suami dah diluluskan! in shaa ALLAH jika tiada aral bulan depan kami dah boleh tinggal bersama anak beranak.


tapi yang pastinya mst akan rindu suasana jadi weekdays EP mom, pengalaman yg sgt berharga, menyusukan anak tidak semudah yang disangka lebih2 lagi being an ep mom sbb utk maintainkan supply mmg sangat sangat sangat susah sbb tiada stimulation suction from baby dlm jangkamasa yg lama sampai lebih drp 24jam; lebih drp 100jam. Stimulation from baby tak sama dengan stimulation from pump. Bila tiada stimulation daripada bayi, production akan sgt2 mudah drop.. Cerita dari kwn2 ep mom lain yg susu kering masa baby baru umur 3 bulan, 5 bulan, 7 bulan pun ada, sgt merisaukan. alhamdulillah takat ni baby dah 9 bulan lebih nak dekat 10 bulan masih lagi ada rezki utk sofea. Tapi nak capai ke tahap ini pun bukan senang, kena usaha, kena cekal. Kena Pam konsisten, pernah juga susu merudum sebab stress, dengan rindu anak lagi, pernah berjaga bangun malam semata-mata sebab nak pam sampai tersengguk2, tidur kejap-kejap je, setiap hari tidur sejam dua je, yang masa baby bawah 6 bulan lah kena struggle kuat-kuat! Tambah anak kuat menyusu. sampaikan setiap hari bermata panda pergi kerja,. Lagi pernah je banyak Kali skip Pam sebab kerja,lg sbb busy dgn bisnes, pernah merudum jugak lah, then terpaksa buat power pumping. breastfeed mom tak boleh stress2 sebab stress boleh menyebabkan susu merudum.

alhamdulillah rezeki Sofea Aqeela



budak bambam yang kuat minum susu ibu, mama kena struggle very hard nak cukupkan demand dia sampaikan weekdays pun balik hantar stok ebm tgh2 malam, bawah tu hasil pam sehari saje


setiap minggu bawa balik stok seminggu
Kami ep mom bukan mcm normal mommies yg lain yg lepas pulang kerja ambil anak then blh terus direct feed anak, boleh dpt blk stimulation from baby. Tp kami lain, kami kena struggle harder and harder to create the demand, tak blh malas2 or skip pump, kalau tak, susu pasti akan berkurangan dgn mendadak. Jadi ep mom ni memerlukan kerajinan dan tekad yg tinggi, kena sentiasa cekal dan tabah, kena kuat! Teringat masa dulu kdg2 pump sambil nangis sbb rindu sgt2 kat anak, yelah dah lebih drp 24 jam x jumpa, stp minggu 120 jam x jumpa, hanya weekend 48 jam je dpt jumpa. Ia  byk mengajar erti pengorbanan, mengajar kepayahan dan cabaran jadi EP mom, tabik pada EP mom lain sekalian especially yg full time ep mom, chaiyok2!!

Dulu2 asik terkenang nasib sampai bila la nak berjauhan mcm ni *sambil nangis teresak-esak* :'( nak bawa baby jaga sendiri tak boleh pulak sbb tinggal dengan students, takut ganggu mereka study pulak, nak duk rumah sewa rumah teres duk dgn anak shj tak berani lah pulak, skrg ni dah lah mcm2 kes, pecah rumah lah apa lah, karang kalau org jahat tu tahu ibu dan anak je kat rumah tu n tiada org laki dlm rumah, lagi lah jadi aim, na'uzubillah, no no no! taknak amik risiko! if nak resign syg lah pulak, sbb jawatan tetap, sudah lama disahkan jawatan dan dah dapat taraf berpencen, dah nak 5 tahun dah keje, tambah lg skrg ni keje gov mmg susah nk dpt, nak resign mst lah syg kan, kalau lah keje swasta, dah lama dah resign at once demi nak jaga anak sendiri, nak tgk anak membesar depan mata sendiri, oh how I wish I can be WAHM (woking at home mom), nak buat bisnes sendiri je, bestnya kalau jadi WAHM kan.. arghh rasa mcm nak pencen cepat je, pencen umur 30 tahun nt boleh x? berapa ntah umur minimum utk pencen gov? kalau x silap umur 45 kot? ala lamanya, skrg baru umur 20-an, huhu, aiyaa..

Fikir lama lah juga. Mujur lah mak menawarkan diri untuk tolong jagakan sofea buat sementara waktu. Bagi masa untuk anaknya ini berusaha cari kerja gov tempat lain yang lebih dekat dengan en. suami, takpun kalau tak, suami lah yang kena mohon tukar.

Sekalung penghargaan kepada ibuku, terima kasih byk2 mak krn dh tlg jagakan sofea dgn baik sekali. mak mertua pun ada tlg jagakan juga masa cuti sekolah, terima kasih mak! Lepas ni mulai bulan depan dah kena hantar sofea ke rumah pengasuh pula, harap2 sofea ok lah nt dgn pengasuh, jgn lah dia menangis teresak2 meraung2 dgn babysitter dia n xnk nyusu xnk mkn, karang x pasal2 kena bawa sofea g office pulak krg, teman mama or papa dia g keje, he3 ;) 

Dengan status weekdays ep mom, tak sangka dpt pergi sejauh ni, berjaya exclusive fully breastfeed anak 6 bulan dgn susu ibu sahaja sepenuhnya, puas hati sgt bila anak membesar hanya dgn susu ibu shj sejak lahir. Atas 6 bulan baby dah boleh mkn solid food, susu pula tetap minum susu ibu juga, skrg alhamdulillah masih lagi fully mom's milk, anak pun dh 9 bulan lebih, dah nak dekat 10 bulan, kurang lebih 2 bulan brp hari shj lg dah nak dekat setahun dh nk capai degree in breastfeed! Then next 1 year utk teruskan smpi 2 thn phD in bf, harap dpt susukan sofea sampai cukup 2 tahun, ameen..

bulan ni adalah bulan terakhir jd weekdays EP mom, bulan dpn a new chapter begin, dah blh direct feed anak setiap hari sebelum dan slps blk kerja, yeayyy!! undescribable feeling, finally!! SYUKUR ALHAMDULILLAH  :")

Mode sgt tak sabar nak bersatu like other normal family, cepat lah masa berlalu ^_^



Dugaan berjauhan dengan anak dan suami, dugaan ep mom

Salam,

Setelah menjadi seorang ibu, baru lah dapat rasakan apa yang dirasakan oleh ibu-ibu lain. Menjadi ibu adalah satu nikmat dunia yang sukar untuk digambarkan, betapa besar anugerah Allah di sebalik pengorbanan, kesakitan, penat lelah yang dirasai oleh seorang ibu.. Menjadi ibu hamil adalah pengalaman terindah yang tidak dapat dilupakan. Menjadi ibu yang menyusukan anak, adalah kurniaan dan nikmat yang lebih besar. Bila melaluinya sendiri, nyata ia tidak mudah, ia memerlukan tekad dan kecekalan yang kuat untuk terus menyusu selama mungkin, jika tidak, mungkin akan terhenti di tengah jalan.

Disebabkan berjauhan dengan anak masa weekdays, jadi saya terpaksa jadi weekdays ep mom. hanya hari minggu sahaja saya boleh menyusukan secara direct. Seperti ep mom yang lain, pengalaman untuk menyusukan Sofea Aqeela agak mencabar, mungkin tidak semudah ibu-ibu yang lain kerana saya berjauhan dengan permata hati, untuk sementara waktu.. demi meringankan beban suami, demi nak bantu ibu bapa, bantu keluarga, demi kelangsungan hidup, demi kemudahan bersama.

Dalam dilema.. nak bawa baby jaga sendiri tidak boleh pula sebab tinggal dengan students, takut ganggu mereka study pulak, nak duk rumah sewa rumah teres duk dgn anak shj tak berani lah pulak, skrg ni dah lah macam-macam kes, pecah rumah lah apa lah, karang kalau org jahat tu tahu ibu dan anak je kat rumah tu n tiada org laki dlm rumah, lagi lah jadi aim, na'uzubillah, no no no! taknak amik risiko! if nak resign sayang lah pulak, sebab jawatan tetap, sudah lama disahkan jawatan dan sudah lama dapat taraf berpencen, dah nak 5 tahun dah kerja dalam perkhidmatan awam, tambah lg skrg ni keje gov mmg susah nk dpt, nak resign mst lah syg kan, kalau lah keje swasta, dah lama dah resign at once demi nak jaga anak sendiri, nak tgk anak membesar depan mata sendiri, oh how i wish i can be WAHM (woking at home mom), nak buat bisnes sendiri je, bestnya kalau jadi WAHM kan.. arghh rasa mcm nak pencen cepat je, pencen umur 30 tahun nt boleh x? berapa ntah umur minimum utk pencen gov? kalau tak silap umur 45 kot? alaa lamanya, skrg baru umur 20-an, huhu, aiyaa.. Fikir lama lah juga. Bayangan2 dari kisah-kisah negatif tentang nasib bayi di taska & dianiayai pengasuh juga menghantui... Saat itu, dilemanya hanya Allah yang tahu...Mujur lah mak menawarkan diri untuk tolong jagakan sofea buat sementara waktu. terima kasih banyak-banyak mak krn dh tlg jagakan sofea dgn baik sekali. mak mertua pun ada tlg jagakan juga masa cuti sekolah, terima kasih mak!

 
Beberapa hari sebelum berjauhan..      



stok susu seminggu untuk sofea



Mula berjauhan dengan anak apabila anak menginjak usia 4 bulan. Waktu pertama kali berjauhan terasa sangat-sangat sedih dan sebak..tak pernah berenggang jauh-jauh n lama2 dgn dia lg ni, dari awal lahir asik bersama je, ni tiba2 berjauhan, sobs

tatkala tiba harinya :'(  


Hampir setiap hari terkenang nasib sampai bila la nak berjauhan begini ..sambil nangis teresak-esak :'( 

Betul-betul pengalaman yg sgt berharga, menyusukan anak tidak semudah yang disangka lebih-lebih lagi being an ep mom sbb utk maintainkan supply mmg sangat sangat sangat susah sbb tiada stimulation suction from baby dalam jangkamasa yg lama sampai lebih drp 24jam; lebih drp 100jam. Stimulation from baby tak sama dgn stimulation from pump. Bila tiada stimulation drp bayi, production akan sgt2 mudah drop.. Cerita dari kwn2 ep mom lain yg susu kering masa baby baru umur 3 bulan, 5 bulan, 6 bulan pun ada, sangat merisaukan. Kami ep mom bukan mcm normal mommies yg lain yg lepas balik kerja blh terus direct feed anak, blh dpt blk stimulation from baby.. Tp kami kena struggle harder and harder to create the demand. Ia  byk mengajar erti pengorbanan, mengajar kepayahan dan cabaran jadi EP mom, tabik pada EP mom lain sekalian especially yg full time ep mom, chaiyok2! 


Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers


World Visitors Map

free counters

Search