Followers

Showing posts with label wedding artis. Show all posts
Showing posts with label wedding artis. Show all posts

Friday, September 30, 2011

Pernikahan Nabil dan Nazirah


Hanya 2 kali lafaz, Ahmad Nabil Bin Ahmad, 28 atau lebih dikenali sebagai Nabil telah bergelar suami kepada Nazirah Binti Ayub, 23 dalam sebuah majlis akad nikah yang berlangsung di Majis Tuanku Zainal Abidin Putrajaya, tepat jam 5.16 petang tadi.
Nabil segak bergaya mengenakan persalinan Wazira Zainal telah dinikahkan oleh jurunikah merangkap pembantu imam Masjid Besar Putrajaya, Ustaz Muhd Redza Bin Ahmad dengan mas kahwin berjumlah RM300 dan wang hantaran berjumlah RM15000.

Nabil menerima 9 dulang hantaran daripada pihak perempuan berkonsepkan Red Rhapsody iaitu sebentuk cincin, coklat Godiva, sepasang kasut Tods, sebuah PlayStation 3, sebuah iPad, senaskah Al-Quran, tepak sirih, buah-buahan & kek fonding. Manakala, Zira pula menerima sejumlah 7 dulang hantaran berkonsepkan White English Contemporary iaitu gabungan wang hantaran & sebentuk cincin, tepak sirih, sebuah Blackberry Playbook, kasut Stuart Weitzam, set wangian Laura Mercier, set alat solekan dan senaskah tafsir Al-Quran. Kesemua hantaran telah direka oleh Persada Embun.
Pasangan suami isteri ini akan diraikan dalam sebuah majlis resepsi bertemakan Wonderland pada 2 Oktober nanti di Digital Park i-City, Seksyen 7, Shah Alam.

Tahniah Nabil & Zira!

credit to: ohbulan.com

Friday, September 9, 2011

Asyraf Muslim dan Nor Dayana Nikah di Mekah.. sweet sangat :)

Salam,

Tika ramai yang riang dan sibuk menyambut Syawal, pemilik nama Mohd Ashraf Muslim atau Ashraf Muslim, 30, diijab kabulkan dengan pilihan hatinya, Noor Dayana Hj. Lokman, 24, pada 1 Syawal 1432 Hijrah di Tanah Suci Mekah. Alhamdulillah syukur akhirnya selamat juga mereka disatukan ya :)

 

Ashraf dan Dayana telah bertunang pada 23 April lalu selepas setahun setengah berkenalan. Ashraf Muslim memutuskan untuk bernikah di Mekah “kerana mahu mengikut jejak langkah para sahabat nabi. Selain itu, Ashraf Muslim & Dayana juga dapat menunaikan umrah bersama-sama

“Selepas nikah nanti, kami akan lakukan ibadah tawaf dan solat sunat sebelum teruskan dengan acara batalkan air sembahyang.” – Ashraf Muslim

Selain itu, Ashraf Muslim & Dayana juga dapat menunaikan umrah bersama-sama.



“Ashraf Muslim yang kini merupakan pengamal perubatan Islam Al-Hidayah, Gombak pernah berkongsi ciri-ciri isterinya yang merendah diri, bertudung, solehah, sedap mata memandang telah merebut hatinya,


“Apa yang pasti, majlis pernikahan di Mekah diadakan dalam suasana penuh ringkas tanpa terikut-ikut trend segelintir selebriti Malaysia,” kata blog itu lagi.


Sekembalinya mereka daripada Mekah, majlis resepsi untuk meraikan kedua-dua pasangan suami isteri ini dijadualkan akan berlangsung pada 24 September 2011 bersamaan 26 Syawal 1432 Hijrah bertempat di Melaka International Trade Center (MITC).




credit pic to google and forum cari, syukran
Selamat Pengantin Baru dan tahniah buat Ashraf dan Noor Dayana!! semoga happily ever after, kekal hingga ke akhir hayat n hingga ke syurgaNYA, amin.. :)

Friday, July 15, 2011

Farah AF2 (Farah Diana Anuar) & Johan Nikah ~

Salam semua,


Mengimbas Disember tahun lalu, Farah Diana Anuar telah bertunang dengan jejaka pilihan nya, Johan.
Pada 15.7.2011 pula telah berlangsungnya majlis pernikahan mereka, alhamdulillah mereka telah selamat diijabkabulkan pada jam 3pm di Putrajaya.

cantiknya farah masa hari bahagia dia kan, sweet je,tmbh2 lg dia dh b'tudung, makin2 tmbh sweetnye;)

Yang menariknya majlis pernikahan pasangan merpati sejoli ini diadakan di atas sebuah kapal cruise Tasik Putrajaya, best2 ^_^




Dengan hanya 1 kali lafaz, Farah sah menjadi isteri Johan. Mas kahwin sebanyak RM2500 dan hantaran sebanyak RM25,185.






Farah menerima 7 dulang hantaran seperti cincin, gelang, iPad, minyak wangi, beg tangan Gucci. Manakala Johan mendapat sembilan hantaran seperti cincin, kek, sirih junjung, jam, tali pinggang, kemeja dan manisan. 

Oh ya, kad kahwin farah berbentuk kipas tangan, cute kan;)


Ok, di kesempatan ni, lin nak ucapkan Selamat pengantin baru Farah & Johan!! Semoga Farah & suami bahagia hingga ke akhir hayat n mudah-mudahan hingga ke syurgaNYA, amin :)

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers


World Visitors Map

free counters

Search