Followers

Showing posts with label kisah benar. Show all posts
Showing posts with label kisah benar. Show all posts

Thursday, December 1, 2011

Review selepas pernikahan: Syukur alhamdulillah.. dengan sekali lafaz, kini telah menyandang gelaran isteri :)

Salam n hai semua,

Sorry ye lin lambat update blog, sejak lps kawen mmg x sempat review papepun, kebizian melanda, huhu..

Busy dengan majlis pernikahan, majlis resepsi dan juga majlis bertandang dan juga pre-honeymoon..  
*pre honeymoon bermalam di premium suite Hotel Equatorial Bangi je;) tu pun sbb en. suami minta ikut hadir ke majlis Konvokesyen kursus DPA di mana ia merupakan kursus wajib bagi Pegawai Tadbir dan Diplomatik, memandangkan en. suami kena bertolak awal pagi esoknya ke PICC Putrajaya, tu yg t'paksa duk hotel berdekatan sehari sblm tu, isteri menemani, suami mst lah memerlukan isteri di sisi kan, bagi support on his day, hehe.. Congrats abg dah grad lulus dgn kepujian :)    honeymoon sebenar yang ke Bali ditukar ke hari lain sebab skg ni kat Bali tgh berombak besar, kena tunggu dah reda dulu, lgpon cuti thn ni dh tinggal sikit, hehe, so alang2 nk honeymoon time birthday lin jelah 2012 nt,nk dkt dh, lg best bila birthday lin thn dpn jatuh pd hr jumaat,so amik khamis, jumaat n sabtu lah,3D 2 N,hhe,villa pon dah tempah dah, can't wait to be there;)

Lagipun takkan lah lepas kahwin nak terus duk menghadap blog kan, kesian kat en. suami karang dia kata isterinya lebih mengutamakan blog daripada dia pulak, sebab bila si isteri mula menulis mesti lah lama, ngeh3;p  So si isteri kenalah mengutamakan si suami dulu kan.. lepas nikah n resepsi kedua belah pihak memang tak hadap blog pon, on9 fb and check emel pon sekejap-sekejap saje, seriously selepas kawen mmg xde feel nak on9 hadap komputer sgt, lebih banyak hadap suami je, hihi;)

Selepas 10 hari bercuti kahwin, 1 Disember mula masuk kerja kembali, huhu, t'paksa start berjauhan dengan suami:(
*kami ni weekend husband and wife sebabnya tempat kerja jauh-jauh, weekend je dpt jumpa, sobs..
Haih, menyesalnya dulu tak terima tawaran jawatan tetap dari Suruhanjaya Perkhidmatan Awam(SPA), kalau tak, boleh je tukar-tukar tempat kerja ikut suami *sigh*
Kena berusaha untuk cari kerja dekat area KL/Putrajaya or S'ban nih, gambatte!!

Sekarang ni selepas waktu bekerja, sedikit masa yang ada ni boleh lah nulis blog.
pejam celik pejam celik, diriku kini telah genap 11 hari bergelar isteri.  

dulu status bujang, kini status telah berkahwin, hehe;)

dulu tak boleh keluar berdua saje..
bila keluar mesti nak kena berteman,
samada adik lin atau adik si dia atau saudara or kawan-kawan kami yang akan menemani,
sekarang dah boleh keluar berdua:)

dulu tak boleh nk berjalan beriringan berpimpinan tangan,
malah sentuh kulit sikit pun tak boleh..
sekarang dah boleh berjalan berpimpinan tangan:)

Dulu solat berjamaah dengan keluarga,
Teringin juga nak solat jamaah dengan insan bernama suami,
sekarang dah dapat solat berjamaah sekali dengan suami,
suami jadi imam, isteri jadi makmum,
lepas solat, zikir, doa sume, then cium tgn suami, n suami kiss dahi isteri..
impian jadi kenyataan:)

macam-macam lagi lah yang dulu tak boleh, kini dah boleh dah;)
yang pastinya, kekosongan telah diisi,
bahagia sangat dengan life sekarang bersama suami tercinta :D

Bersyukur sangat kami dipertemukan jodoh..
Cinta kerana Allah S.W.T.
kami terima masing-masing seadanya..
saling nasihat menasihati, saling lengkap melengkapi..
Try to be a pair of good husband and wife:)
Ok lah, nak tepek beberapa pic pernikahan kami pada 20.11.2011 yang lalu.. boleh tepek sikit je dulu, sebab tgh kejar masa, pasni nak drive blk kl pulak, esok pagi suami pulang *excited* hee;)


9:30am: debaran di bilik nikah masjid
mood: *dup dap dup dap* 

bersama dengan barang-barang hantaran bersusun..
note: pelamin tu mmg sedia ada di masjid taw, personally mmg xnk pelamin masa nikah, lgpon x brp suka pelamin camni, tapi dah mmg ada di bilik nikah tu, so terima ajelah kan, huhu

















masa akad~


alhamdulillah sekali lafaz sahaja :)

doa :)



sesi menyarung cincin nikah~

disarung cincin nikah diamond :)
acara batal air sembahyang;) jenuh cari pin nak buka purdah bagi melihat wajah isteri ;p
salam cium tangan suami :)

sarung cincin nikah palladium utk suami


ciuman kasih suami (blushing) :">

Selesai.. Alhamdulillah akhirnya selamat menjadi sepasang suami isteri <3

 Harapan agar masjid yang dibina ini berkekalan hingga ke akhir hayat n hingga ke syurgaNYA,
insya Allah,
amin :)

Wednesday, June 29, 2011

Inspirational Story of “The young Girl Bara’a- الطفلة براءة” ~ Kisah Yang Sangat Menyentuh Hati

Bismillah..

Assalamualaikum wrt wbt,

With great sadness and sorrow
the little girl Bara’a
has passed away.
We ask the Almighty God
to recieve her soul with
His Love and Mercy.
“Surely We are belong to God and to Him we shall all return”
2:156 Quran

Bara’a adalah seorang gadis berusia 10 tahun milik sebuah keluarga kecil bahagia yg taat agama dari Mesir . Kedua orang tuanya adalah doktor dan telah berpindah ke Arab Saudi untuk peluang yang lebih baik. Bara'a adalah gadis muda yg sangat manis dan cerdas . Di usia yg masih muda, dia berjaya menghafal semua Quran dengan tajwid yang betul. Malangnya, tragedi menimpa dan merubah kehidupan gadis muda ini.

Suatu hari ibunya ditimpa penyakit. Selepas beberapa ujian perubatan, ibunya didiagnosis dengan kanser yg boleh membawa maut. Lalu ibunya mulai memikirkan masa depan gadis muda ini dan bagaimana dia hendak memberitahu anaknya mengenai berita buruk itu. Bagaimana Bara’a akan bangun suatu hari tanpa ibunya di sisi. Akhirnya si ibu memutuskan untuk memberitahu puterinya dan berkata:

"Sayangku, mama akan pergi ke syurga tidak lama lagi"

Si ibu menekankan kepada anaknya bahawa dia harus terus membaca Quran setiap hari utk melindungi dan menjaganya dalam kehidupan ini. Pada ketika itu Bara’a tidak dapat memahami sepenuhnya apa yang bakal di lalui di masa depan. Kemudian, dia mula memahami apabila kesihatan ibunya semakin teruk dan dirawat di hospital. Setiap hari pulang dr sekolah dia melawat ibunya di hospital dan membaca Quran di sisi katil ibunya sehingga ptg. Dia terus membaca sampai ayahnya pulang dari kerja untuk menjemputnya.


Suatu pagi pihak hospital menelefon ke rumah dan meminta ayah Bara’a untuk datang ke hospital dgn segera memandangkan kesihatan isterinya semakin tenat dan hampir meninggal dunia. Sang ayah tidak mahu membuatkan putrinya terkejut dgn berita mengenai ibunya itu lalu meminta putrinya tunggu di dlm kereta sementara si bapa pergi melihat keadaan ibunya. Si bapa meyakinkannya bahawa dia akan kembali dalam beberapa minit. Dia melangkah keluar dari kereta dan matanya penuh dengan air mata; bingung dari berita suram nasib isterinya. Sementara ia berjalan utk menyeberang jln, Bara’a memerhatikan ayahnya pergi. Si bapa tiba2 dilanggar bas yg sedang mendatang dan mati serta merta. Bara’a berlari keluar dari keretanya sambil menjerit dan menangis. Dia meluru ke sisi ayahnya yg sudah tidak bernyawa lagi…


Peristiwa tragis Bara’a tidak berakhir di sini. Pihak hospital tidak memberi tahu ibu Bara’a yang sedang berjuang untuk hidupnya menganai kematian suaminya yang terjadi ketika dalam perjalanan untuk bertemu dengannya. Lima hari selepas, ibu Bara’a tewas dlm pertempuran dengan penyakit kanser dan mati meninggalkan Bara’a sendirian di Arab Saudi tanpa saudara mara. Dia kehilangan ibunya dan ayah pada minggu yang sama. Beberapa teman dan orang-orang baik yang tersentuh oleh tragedi cerita Bara'a berusaha untuk membantunya untuk kembali ke keluarga ibu bapa nya di Mesir. Sementara persiapan untuk menghantar pulang Bara'a sedang dibuat, tragedi lain datang lagi tapi kali ini targetnya adalah Bara’a sendiri. Dia mengalami sakit mendadak dan selepas beberapa ujian perubatan, cukup meyakinkan bhw ia didiagnosis dengan bentuk yang sama kanser yang membunuh ibunya. Pada saat Bara'a diberitahu mengenai diagnosis kanser nya dia tersenyum dan berkata:
“Semua pujian bagi Allah, akhirnya, saya akan bertemu Baba dan Mama.”
Sangat luar biasa melihat gadis cilik ini menyambut dan menerima keputusan Allah yang telah menimpa atasnya.

Kisah trageik Bara’a tersebar di Arab Saudi. Seorg lelaki yg Arab yg tidak mahu dikenali memutuskan untuk menghantar Bara’a ke London bg rawatan perubatan. Ketika Bara’a sedang dirawat di rumah sakit di London ia ditemubual oleh stesen TV Mesir, yang disebut al-Hafiz TV. Dia diminta untuk membacakan ayat-ayat suci Al Quran utk ditayangkan dlm program khusus untuk membaca Quran. Pembacaan gadis cilik itu sgt hebat dan merdu serta sgt menyentuh hati sehingga membuatkan pengacara program tersebut menangis teresak2.[video di bawah]

Kanser telah menular ke tubuh Bara’a. Dia menderita dan merasai keperitan dr penyakitnya. Bara’a tinggal di hospital dan kdg2 dia pengsan dan koma. Apabila terjaga dia akan terus membaca ayat2 suci Al Quran. Sebuah lagi stesyen TV menemubual Bara’a melalui telefon dan memintanya untuk membaca sajak dan menyanyikan lagu tentang ibu, ayah dan anak-anak yatim. Dia membuatkan berjuta-juta org menangis di dunia Arab saat dia menyanyi.

Terjemahan:

O tear of the Orphan

O painful letters

My father has died,
so tell the merciful souls
O tear of the Orphan

O tear of the Orphan
O painful letters
My father has died,
so who is there for me,
to throw love around me

O tear of the Orphan
Tell them so that I may,
Get generous hands
Get generous hands
O tear of the Orphan
O painful letters
My father has died,
so tell the merciful souls
O tear of the Orphan
Tell them the story of the young,
Who have gone to bed without guardian,
O broken tears
O tear of the Orphan
O painful letters
My dear fathers;
the speech has frozen in the mouth
And we are left with an orphaned tears…
with an orphaned tears…
with an orphaned tears…
with an orphaned tears…

Hari2 yg berlalu Bara’a terus hidup menderita. Kanser telah melarat ke kakinya. Doktor memutuskan untuk memotong kakinya dalam usaha untuk menyekat penyebaran barah. Dlm tempoh masa yg sukar ini Baraah terus membaca ayat2 suci Al Quran. Kdg2 dia koma dan apabila terjaga, dia terus membaca (mengaji) utk memberikannya semangat utk terus hidup. Kanser merebak ke otak dan doktor memutuskan untuk melakukan operasi otak untuk menghilangkan sel-sel kanser. Dia baru sahaja meninggal dunia pada 26 Jun 2010..innanillahi wainna ilaihi raaji'un..


Semoga mendapat sesuatu daripada perkongsian ini. Apa yang paling nyata buat ana adalah...benar, KEKUATAN ITU HANYA DARI ALLAH..even when we feel like we live for nothing, we smile for nobody to see, and we cry for nobody to hear...she (Bara'a) found..the reason why she shouldn't give up..because her story, her DYING body, and her amazing voice actually give LIFE for others' hearts.

Wallahu'alam.

 
english-malay translated. 
credit source from: http://katib.wordpress.com/2010/01/15/inspirational-story-of-%E2%80%9Cbara%E2%80%99a%E2%80%9D-2/

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers


World Visitors Map

free counters

Search