Followers

Showing posts with label my life. Show all posts
Showing posts with label my life. Show all posts

Monday, September 17, 2012

Dapat surat dari Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia.. Alhamdulillah..

Assalamualaykum dan selamat pagi,

Ya Allah lamanya tak update blog ni.. kurang sihat during pregnancy ni, takde mood sangat nak update blog.. review check-up n pregnancy progress pun tak terupdate, banyak sangat yang dah skip.. review wedding pun tak habis review lagi, review engagement pun tak review lagi, kononnya plan nk review after wedding tapi asik tak done.. maaf banyak-banyak ye bagi kawan-kawan yang minta review tu, hhu.. insya Allah if berkesempatan tiba masa sesuai nt insya Allah lin review yeh.

Khamis dan Jumaat lepas dapat sijil cuti sakit dari Klinik Kesihatan Ibu Anak dan juga Hospital selepas check-up pregnancy problem, dapat lah rehat direct dari Khamis sampai lah Isnin. Kenangan yg tak dapat dilupakan di hospital sampai kena masuk wad bersalin, nervous+risau, iyelah tak ready lagi untuk deliver, tak cukup bulan lagi kan, kesian kat baby karang, hoho, nasib lah belum tiba masa bersalin lagi. Pejam celik pejam celik esok hari pada 19.9.12 genap lah 7 bulan(28minggu) usia kandungan ni, sekejapnya, rasa cepatnya masa berlalu, tak sangka tinggal lagi 2 bulan lebih sahaja lagi nak dekat EDD 12.12.12 insya Allah.. apa-apapun, sangat enjoy dengan pregnancy ni walau ada macam-macam jenis sickness silih berganti (takpelah, dugaan ibu mengandung, insya Allah ada ganjarannnya di sisi Allah), suatu pengalaman baru kan, alhamdulillah..

Eh! melalut pulak, sebenarnya nak cite pasal lin dapat surat panggilan peperiksaan memasuki perkhidmatan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29, alhamdulillah akhirnya dapat jugak panggilan SPA setelah lama menanti. Risau jugak nak g exam nih, dulu2 mana ada exam2 ni, terus temuduga aje kan, skg ni ada tambahan exam pulak, huhu, mesti kena usaha lebih nih, phew~

Actually, dulu2 pernah gak dapat panggilan temuduga n seterusnya dapat panggilan lapor diri untuk jawatan tetap SPA di Putrajaya, akan tetapi terpaksa tolak tawaran atas sebab yang tidak dapat dielakkan..  sampaikan dua kali surat tawaran kerja SPA sampai ke rumah walaupun setelah dihantar surat penolakan tawaran dengan alasan yang munasabab.. fikir2 balik mmg menyesal sangat sbb tak terima tawaran kerja SPA dulu, kalau tak, dah lama dah berkhidmat dgn SPA n boleh minta2 tukar lokasi tempat kerja yang berdekatan dengan tempat kerja suami kan(iyelah dulu2 tak kawen lagi kan, so takde terfikir pasal hal ni,hehe ;) .. tempat kerja sekarang tak dapat nak tukar2 lokasi sebab ia tiada cawangan universiti di tempat lain,satu2 nya lah di pekan koboi ni haa.. nak resign sayang pulak sebab kerja kerajaan (badan berkanun) kan, lebih-lebih lagi sudah disahkan dalam jawatan dan telah dapat taraf berpencen, sayang lah nak lepaskan kan after all the sacrifices.. kalau lah keje swasta, dah lama dah minta resign, huhu.. Jadi, nak tak nak terpaksa lah duk berjauhan jugak dengan en. suami, huhu:(  kali ni if dapat lagi tawaran kerja dari SPA, I'll definitely will not let it go again, definitely will grab it!

Hanya ada 2 minggu sahaja masa utk study for this exam. Doa + usaha ikhtiar + tawakal. Semua tlg doakan yeh.. Harapnya ada lah rezeki baby dalam kandungan ni, ameen..

Wednesday, July 4, 2012

Fasa kehamilan: 4 bulan. [proses kejadian janin dan peniupan roh, perubahan diri, & hasil check-up]


Bismillahirrahmanirrahim,

Syukur ke hadrat Ilahi, hari Rabu lepas genap usia kandungan 4 bulan (16 minggu), berada dalam trimester kedua. Hari ini pula kandungan telah genap 17 minggu. Bayi dalam kandungan insya Allah telah sempurna sifatnya dan telah ada nyawa setelah ditiupkan roh ke atasnya semasa 120 hari kandungan, alhamdulillah. :)
17 weeks pregnancy
Telah masyhur di kalangan ulama’ Islam yang dahulu dan  sekarang berfahaman bahawa kejadian janin yang pertama ialah; air mani (النطفة), segumpal darah (العلقة), kemudian seketul daging (و(المضغة. Semua proses kejadian ini ialah selama 120 hari, berdasarkan kepada apa yang difahami dari hadis menghimpun kejadian manusia (جمع الخلق) yang diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari dan lainnya dari ‘Abdullah bin Mas’ud  r.a katanya:
( حدثنا رسول الله صلى الله عليه وسلم -وهو الصادق المصدوق- قال: “إن أحدكم يُجمع خلقُه في بطن أمه أربعين يوما، ثم يكون علقة مثلَ ذلك، ثم يكون مضغة مثل ذلك، ثم يبعث الله ملكاً يؤمر بأربع كلمات ويقال له: اكتب عمله وأجله ورزقه وشقي أو سعيد. ثم ينفخ فيه الروح…”). صحيح البخاري رقم (3208).
Maksudnya: “Rasulullah saw telah menceritakan kepada kami –sedang Baginda adalah orang benar yang telah dibenarkan kata-katanya- sabdanya: “Bahawa seseorang kamu dihimpunkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari, kemudian dijadikan segumpal darah seumpamanya, kemudian dijadikan seketul daging seumpamanya, kemudian Allah mengutuskan seorang Malaikat untuk menulis empat kalimah  dan diarahkan agar menulis; amalannya, ajalnya, rezekinya dan untung jahat atau untung baik, kemudian ditiupkan rohnya…”. [Sahih Al-Bukhari No. 3208].
{ ولقد خلقنا الإنسان من سلالة من طين. ثم جعلناه نطفة في قرار مكين. ثم خلقنا النطفة علقة فخلقنا العلقة مضغة فخلقنا المضغة عظاماً فكسونا العظام لحماً ثم أنشأناه خلقاً آخر فتبارك الله أحسن الخالقين }. المؤمنون 12-14.
Maksudnya: “Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari “pati” (yang berasal) dari tanah; Kemudian Kami jadikan pati itu (setitis) air mani pada penetapan yang kukuh; Kemudian Kami ciptakan air mani itu menjadi segumpal darah beku lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk ia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta”. [Al-Mu’minun: 12-14].



Perubahan diri semasa naik ke trimester kedua:-
  1. Rasa badan lebih bertenaga.
    tidak seperti sebelum-sebelum ini yang cepat penat sangat lesu masa first trimester (3 bulan pertama), sekarang apabila dah masuk second trimester (3 bulan kedua) rasa badan lebih bertenaga pula. nak jalan pun dah boleh jalan banyak-banyak balik, hehe

  2. Loya dan muntah-muntah masih ada, tapi mula berkurangan.
    Dulu masa 1st trimester hampir setiap masa akan rasa loya n mesti nak termuntah. muntah bukan muntah sikit je, tapi sekali muntah berkali-kali muntah, lepas muntah terus lembik, hhu.. tapi sekarang loya n muntah tu sume dah makin berkurangan, tapi still ada lagi lah. Yang penting dah boleh solat dengan selesa. tidak lagi seperti sebelum ini, ada masa-masanya mesti rasa loya mesti nak termuntah. dah sampai rakaat kedua ker n ada juga dah sampai rakaat terakhir dah nak selesai solat dah pun, ada je yang nak termuntah, terpaksa cepat-cepat lari ke bilik air muntah. dan sambung balik solat. kadang-kadang sampai terpaksa ulang solat banyak-banyak kali akibat asik nak muntah, hhu.. ya Allah rasa terseksa sangat-sangat masa tu, hanya Tuhan sahaja yang tahu, huhu.. tapi kini alhamdulillah dah kurang sikit :)

    xpelah, ujian ibu hamil. orang kata kalau susah masa mengandung, nanti bila nak bersalin mudah.. mudah-mudahan begitu lah ye, ameen..

  3. Perut makin membesar sedikit demi sedikit
    Banyak juga pakaian yang ada sudah tidak muat lagi untuk dipakai, kalau nak pakai juga, terpaksa zip sahaja lah dan matikan zip memandangkan sudah tidak boleh kancing lagi, huhu, nasib lah dah beli beberapa helai baju dress.

  4. 'Breast' membesar Oops, ini tidak boleh cite detail, so faham-faham sendiri jelah, hihi ;) ini just common info je, berlaku almost pada semua wanita hamil.

  5. Ada masanya kaki mula krem (sejak 3 bulan ke atas).
    Masa baring, masa duduk, masa jalan pun kaki krem sakit sangat, tak boleh nak gerakkan kaki pun, kalau gerak sikit pun sakit yang amat, en. suami lah yang tolong urutkan kaki, kalau nak jalan pun kena papah or kena dukung, memang diberi layanan first class lah, dilayan seperti permaisuri, hehe.. tp yg x bestnyer bila kaki krem tak dapek lah nak kuar jenjalan, huhu..

    So far, alhamdulillah gejala ini banyak terjadi masa weekend dan waktu malam (beberapa kali jugak lah terjaga dari tidur sebab sakit krem kaki yang amat, sampai terjerit-jerit kesakitan, en. suami pun blh sampai terjaga.. nasib lah suami memahami, dia cepat2 bangun tolong urutkan kaki isterinya ni n pinjamkan kakinya utk naikkan kaki, tq abg :)

    Kalau hari biasa weekday jarang berlaku, so ia tidak mengganggu kerja lah, just krem biasa dan sekejap-sekejap sahaja pada waktu kerja. Tapi tak tahu lah kalau esok lusa macam mana pula nanti sebab bila kaki krem teruk memang den tak dapat nak jalan tak dapat nak gerakkan kaki pun, jawabnya kena amik MC lah kowt in case kalau terjadi masa weekday working hours, harapnya tak kena lah masa hari bekerja, huu

  6. Kaki sembap.
    Terasa kaki mengembang, tapi bila tengok kaki, xde pulak kaki besar, hoho.. especially bila time malam sejuk2 tu, nak jalan pun kena slow-slow, ada rasa kebas2 jugak, tak selesa.

  7. Cepat mengantuk
    Asik rasa ngantuk je menjelang lewat petang n malam, banyak tidur especially time weekend, masa tu lah kita nak berehat pun kan, hehe;p lagipun masa tidur kerap terjaga, so siangnya tu apa lagi ngantuk lah, huhu.. tapi kalau time kerja, terpaksa lah tahan mata nih, seksa sikit lah, huhu.. so cara nak kurangkan ngantuk, kadang-kadang lin ngunyah-ngunyah gula-gula ker or kudapan-kudapan macam kekacang pistachios (*pistachio ni ada org panggil kacang pandai, insya Allah anak yang lahir nt pandai lah ek,hehe), kerepek ker dan sebagainya.

  8. Jadi pelupa sket
    Dah baca buku pasal pregnancy, ia menyatakan wanita mengandung memang akan jadi sedikit pelupa sebab tekanan kat rahim tu kan. Pernah suatu hari tu terlupa parking kereta di mana, punya lah duk mencari kereta di mana, try ingat balik tapi tak dapat, tiba-tiba hilang ingatan, huhu.. risau sangat-sangat kereta kesayangan hilang. setengah jam jugak duk mencari. lama-lama lepas tu baru lah dapat flasback blk kereta park di belakang rumah depan restoran, adess, hehe..
               9.  Tidur tidak selesa.
                    Tidur tidak selesa untuk mengiring ke kanan sejak mula hamil. Di mana selalunya kebiasaan
                    memang akan ikut sunnah Nabi tidur mengiring ke kanan, tapi sejak hamil ini, sudah tidak boleh
                    mengiring ke kanan lagi dah, rasa macam tidak selesa dan sesak nafas pula, huhu.
                    Jadi penyelesaiannya mengiring ke kiri sahaja lah. Lagi kerap terjaga time tidur, memang tidak
                    cukup tidur lah time pregnant nih. *misi mencari maternity pillow*



err, apa lagi ek?? Em, itu lah antara perubahan diri setakat ni rasanya.. nanti kalau ada lagi insya Allah akan diupdate dari semasa ke semasa..

    Isnin (2 Julai) lepas ada check-up di klinik kesihatan, tekanan darah n etc sume ok, nurse ukur baby sudah membesar nurse beritahu sekarang ni dia dah 16cm, alhamdulillah tumbesaran baby selari dengan minggu kehamilan, bagus:) cumanya examine hb makin turun lak berbanding sebelum ni masa mula-mula 1st check-up hb bacaannya tinggi juga 14.4, next check-up dapat bacaan 12.9, then 13.5, pastu turun lagi 11.7, latest 11.2, makin turun lak, nurse yang check tu pun dah risau tengok skala hb makin menurun, huu, mujur lah still atas 11 lagi, so masih dalam paras selamat, kalau tak, kena tukar warna sticker pulak ke wane hijau ker merah ker, ish, nehi nehi he! guwe mahu kekalkan prestasi sticker putih(sticker ibu n anak sihat walafiat) itu, hehe, insya Allah.. tapi 11.2 tu pun cukup-cukup makan je, tak nak lah turun lagi sebab bahaya juga kalau hb low..  eii, risau lah kan kalau hb low nih, huhu, so kalau boleh nak kekalkan prestasi sticker putih, hee, insya Allah, wajib berusaha untuk kekalkan prestasi nak naikkan hb banyak-banyak nih, gambatte!! (^_^)

    Berikut adalah risikonya HB rendah:-


    RISIKO HEMOGLOBIN RENDAH (bawah bacaan 10) :-

    Kesan kepada ibu· Mengalami kegagalan jantung
    · Ibu boleh pitam atau mudah pitam/pengsan
    · Mengalami keguguran
    · Pendarahan semasa mengandung dan bersalin
    · Risiko alami penyakit berjangkit

    Kesan kepada bayi dalam kandungan
    · Intrauterine growth restriction (IUGR) atau Pertumbuhan janin terbantut
    · Lahir sebagai premi atau tidak cukup bulan
    · Berat bayi yang lahir kurang 2.5kg
    · Anak lemas semasa lahir atau Asphyxia
    · Mati ketika dilahirkan atau stillbirth


    KESAN HB LOW KETIKA HAMIL:-

    KANDUNGAN KURANG DARI 5 BULAN
    Pada masa ini bayi sedang melalui proses organogenesis (pembentukan organ-organ seperti kepala, tangan, kaki, jantung, otak dan anggota-anggota lain). Jika darah kurang daripada 11g, jika jantung tidak terbentuk dengan sempurna, bayi akan gugur. Jika jantung dapat dibentuk tetapi darah terlampau cair bayi mungkin hidup tetapi cacat (tiada kaki dan tangan yang sempurna). Manakala jika bayi sempurna sifat tetapi darah terlampau cair akan melambatkan proses pembentukan otak bayi , iaitu mungkin bayi akan selamat dilahirkan tetapi kurang pandai.

    KANDUNGAN 5 BULAN KE 7 BULAN
    Ketika bayi kita telah sempurna pembentukan sifat anggota badan tetapi jika Hb terlalu kurang bayi tidak dapat berdenyut dengan baik dan akhirnya boleh mati dalam kandungan ibu

    KANDUNGAN 7 BULAN KE ATAS
    Sifat bayi telah sempurna dalam usia begini tetapi jantung bayi masih bergantung kepada kepekatan darah Hb. Jika Hb terlalu cair atau rendah iaitu kurang daripada 9g, jantung tidak kuat dan ada risiko untuk bayi mati dalam kandungan. jika jantung mampu bertahan tetapi anggota badan lain sedikit dimana bayi akan lebih kecil saiznya tetapi mungkin selamat dilahirkan.

    p/s: Maka, jika seseorang wanita hamil itu mempunyai paras hb yang rendah, jangan ambil mudah ya. 


    PASTIKAN BERUSAHA UNTUK TINGKATKAN PARAS HB!!

    Makanan yang boleh meningkatkan paras hb berdasarkan pesanan doktor, pengetahuan pembacaan dan nasihat/pengalaman dari rakan-rakan antaranya ialah:-

    1) kurma (buah yang paling berkhasiat, banyak disebut dalam al-quran)
    2) madu
    3) hati ayam (tidak elok makan selalu sebab organ dalaman kan, just seminggu sekali pun cukup kowt)
    4) kerang (pastikan makan yang telah dimasak punye okayy)
    5) air horlick (bagus juga untuk memperbanyakkan susu badan)
    6) sayur bayam
    7) ikan bilis
    8) daging

    Khamis ni lin ada lagi appointment di Klinik Kesihatan ibu dan anak.. lin kena minum air gula sebab berat naik berlebihan sebanyak 2++ kilogram, sepatutnya naik 0.5kg sahaja if kandungan kurang daripada 5 bulan, aih patut lah rasa badan ni dah makin chubby, hihi.. sepatutnya tak payah minum air gula pun sebab tiada family history, tapi disebabkan berat badan naik, so terpaksa redha jelah kena minum air gula, hehe, tak sabar nak minum air gula esok, sebab kk tu ada menyediakan air gula color purple perisa anggur, pernah juga tanya kakak-kakak yang dah pernah minum di sana sebelum ni, diowg kata sedappp, hhe, teringin jugak lah nak rasa sejauh mana kesedapannya, hee.. nanti akan kena check gigi jugak, phew.. *nervous* ;p 

    Hopefully semuanya ok lah.. ameen..

    Ok till then, tataaaa.. ma'assalamah~ :)

    Monday, June 25, 2012

    Selamat Hari Ulang Tahun Kelahiran buat Encik Suami


    Salam, hye,

    Hari ini 25 Jun 2012 birthday en. suami yang ke 27.
    dah wish da face to face kat en. suami kul 12am td, tp nk wish lagi online pulak nih, hehe..


    Ucapan buat en. suami tercinta::

    Selamat hari ulang tahun kelahiran abang aka father-to-be!! ;)
    ayang doakan abang panjang umur, murah rezeki, semoga diberkati dan dirahmati Allah selalu, bahagia dunia dan akhirat, ameen.. :)
    I love you <3


    Double chocolate chip ice cream cake yang dibeli untuk en. suami di Heaven Premium Ice Cream Cake, siap collect dari factory nya lagi petang sabtu. Ice cream cake istimewa ni kena book at least 3 hari sebelum. Strawberries pun dah ada putih-putih ais dek frozen kena salju, hehe..

    Review kek sikit:: Kek adalah saaaaangattt sedap!! nyum nyum.. memang best lah, lain daripada ice cream cake biasa yang dijual di kedai-kedai kek biasa seperti King's Confectionary, Secret Recipe, dan yang sewaktu dengannya. Oh ya, Heaven Premium Ice Cream Cake ini juga certified halal by JAKIM taw. so beli lah tanpa was-was, hehe ;) 

    Harini saje bercuti rehat nak celebrate birthday en. suami *sebelum ni en. suami pun pernah amik cuti jugak untuk celeb my birthday on 10th February yang lepas sambil pergi bercuti/honeymoon, so apa salahnya kita lakukan yang sama right;) * alah tak kisah cuti sehari je pun, and yeayyy leave approved!! TQ so much boss, hhe.. Hopefully he's happy today ^_^  <3

    Note: Website Heaven Premium Ice Cream Cake- http://www.heavenpremiumicecreamcake.com/

    Friday, May 25, 2012

    Sneak Peak :: Sharing my solemnization+reception pictures and video :)

















    For more pictures, pls browse to my fb album--> https://www.facebook.com/media/set/?set=a.3749316528208.165513.1135176245&type=1

    Video :


    * Video by : Candid Syndrome International
       Pictures by : Fuad Topa & asst. 

       Review: They are good. very recommended!

       P/S : Next wedding review insya Allah will be update soon, stay tune ;)

    Tuesday, May 15, 2012

    baby scan for the first time!

    Salam,

    Last week g Klinik Kesihatan ada appointment dengan doktor.  Doktor ada gak kata nak buat baby scan ultrasound. Sebelum scan, kena pastikan minum air banyak2 dulu so that hasil scan lebih jelas (credit to kina, klu kina x bgtahu masa discussion dlu, lin pun x tahu pun, tq ya, hhe;). Sampai-sampai je bagi buku pink dan ambil no. giliran. Selepas beberapa minit, nurse panggil untuk ambil darah, kata nurse untuk ujian ABO RH Grouping, VDRL +/- TPHA, Hb, HIV (Rapid Test). Banyak betul dia ambil darah sampai penuh lah 1 tabung uji sederhana besar tuh, hhu.. sblm nurse cucuk, mata ni pandang tempat lain dengan kepala pusing ke tempat lain, x sanggup nak tgk darah diambil melalui urat di lengan, hhu, sakitttttt.. 


    Lepas tu ambil tekanan darah pula.. alhamdulillah tekanan normal.. hb pulak 13.5, alhamdulillah selamat, hhe.. klu x, nurse tu ckp kena ambil darah 2 kali seminggu in case klu hb rendah, waa, xmo2!! ;p

    *menunggu giliran jumpa doktor.. SANGAT LAMAAAAAAAAAAA.... bayangkan sampai klinik pukul 9am, lepas nurse buatkan check-up, pastu tunggu giliran jumpa doktor, pukul 12:15pm baru lah dapat jumpa doktor, adess, bayangkan berjam-jam lamanya terpaksa menunggu, sampaikan sempat lah jugak keluar g makan nasi kejap sebab perut dah berkeroncong zapin, sobs.. So betul lah org kata, klu kat KK kerajaan kebanyakkannya mesti lambat kalau nak jumpa doktor, hhu *salah satu sebab utamanya adalah doktor hanya disediakan seorang sahaja, pesakit pula ramai (em, maybe sbb kawasan ni pendalaman sikit kowt, sbb tu lah dia hantar doktor seorang sahaja, tapi agak-agak lah jugak kan, at least tlg lah hantar dalam 3 orang ker sekurang-kurangnya, hhu).. n selepas sudah jumpa doktor, barulah tahu sebab lain yang menyebabkan seseorang pesakit lain kena ambil masa lama untuk menunggu, sebabnya, doktor perlu menyalin semula kesemua keputusan pemeriksaan yang telah dibuat dari buku merah yang asal ke buku merah yang simpanan klinik punya, dah lah penulisannya panjang, so take time lah nk salin semula kan, hhu *

    It's my first meeting with baby, berdebar jugak time mula-mula sebelum nak jumpa baby tu, sangat teruja.. Usia kandungan masa ni 9 minggu +, esok pula insya Allah genap usia baby 10 minggu, hee.. Jumpa doktor. doktor check pernafasan n etc.. then tiba masa yang ditunggu-tunggu- time to scan!! hehe.. doktor suruh baring, lepas doktor sapu macam sejenis jelly di atas perut *perut terasa sejuk n nyaman je setelah disapukan gel itu, hehe, best* ..tak lama lps tu, doktor pun mula scan.. Doktor cakap antara tujuan 1st scan adalah untuk tengok keadaan baby ok ker x, n nak tengok kedudukan baby dalam rahim atau luar rahim, takut jugak kan kalau luar rahim. OK lah, nak tunjuk hasil scan.. tadaaa..



    Alhamdulillah, lin punya baby berada dalam rahim. nampak x kantung baby tu? dalam tu ada baby kecik je, hihi.. doktor bertanya:" nampak x yg kelip2 di sini *sambil menunjukkan pada baby* .. lin angguk je.. Dr. jawab: " haa, itu lah degupan jantung baby! baby awk sihat :D " subhanallah! it's like a miracle! menitis-nitis air mata gembira tengok baby.. jantung baby dah berdegup! ya Allah, macam ni rupanya nikmat menjadi seorang ibu, happy sgt, terima kasih sangat2 ya Allah atas nikmatMU yang tidak terhingga ini, syukur alhamdulillah :)

    Balik dari klinik, tgh2 drive tu x henti-henti ucap 'syukur alhamdulillah' sambil nangis2 gembira *terharu dengan kurniaanNYA*, tersenyum2 lagi bila teringat pertemuan dengan baby, hehe ;)

    Rasanya itu saja coretan. Mudah-mudahan baby mama n papa dapat berkembang n membesar dengan baik dalam perut mama yeh, aminnnnnnnnn.. <3


    Sunday, April 8, 2012

    syukur alhamdulillah.. rezeki tahun 2012.. our first baby 12.12.12!!


    Akhirnya..

    penantian berakhir.

    setelah ada beberapa tanda awal hamil seperti selalu pening2, sakit kepala, rasa mual (muntah), cepat penat, cepat lapar(turns to asik rasa nak makan je aka kuat mkn!! hehe), perut kadang2 terasa krem(especially selepas makan), banyak angin, frequent urination, n etc, 
    n paling ketara telah lewat period
    *which mean unusual for me coz TAK pernah period lewat, selalu teratur saje stp bulan n 'dia' dari bulan ke bulan dtg lebih awal sehari dua tiga adalah, ni lewat pulak, so obviously weird, hho*

    then decide buat UPT self test..



     result UPT diy yang dibuat di rumah pada 8 April pukul 6am menunjukkan 1 line pekat, n lagi 1 line macam pudar sikit

    so tak berani lagi nak share happiness to public(family, relatives and friends), lagipun risau jugak takut UPT diy ni salah ker kan,
    then tanya dulu kawan-kawan group pasal 1 line pekat n lagi 1 macam pudar sikit tu,
    diowg masing2 terutama yang dah ada pengalaman tu ramai yg kata insya ALLAH pregnant dah tu, hee




    untuk double comfirmkan


    kami berdua pun pergi ke klinik..


    doktor check..


    result tetap ada 2 line

    positive


    COMFIRM PREGNANT!!

    ALHAMDULILLAH syukur  


    en. husband pun kelihatan begitu gembira sekali ^_^ hehe

    si isteri pun gembira juga, sampai dah bertakung lah air mata kegembiraan, huhu



    <3

    bila ditanya bila EDD ye doktor??

    doktor pun kira...







    jeng jeng jeng.........






    SURPRISE!!!!






















    EDD: 12.12.12 !!!!!!!!


    doktor cakap  
    wah TAHNIAH
    12.12.12!!
    nice date!!
    what a special baby!!
    pandai baby pilih tarikh ya ;)




    TQ ALLAH atas kurniaan yang tidak ternilai ini
    syukur alhamdulillah
    :)

    psst.. doa dari papa ;)   --> "Semoga 'dia' sentiasa dilindungi dan dipermudahkan perjalanannya ke dunia ini dengan rahmat-Nya
    Aminnnnnnn..  (mari amin sama-sama;) <3
     
    '' DOA MENDAPAT ANAK YANG SOLEH/SOLEHAH ''

    SURAH ALI-IMRAN AYAT 38

    رَبِّ هَبْ لِى مِن لَّدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَآءِ

    “Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik,sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) do’a permohonan”.

    Wednesday, December 21, 2011

    Update dari entry "pergi klinik kesihatan" pada 13 Dis 2011 yang lepas ;)

    Salam n hai,

    Ni lin nak update pasal entry lepas, kira ni kesinambungan la dari entry ini

    sebelum ni lin pnh cite kan pnh g klinik sebab demam panas, ulser, n etc.. tp doktor suspect lin pregnant sebab ada tanda2 mcm pregnant.. last2 doktor suh buat UPT n blood test.. tp resultnya -ve, kecewa jugak lah walau x mengharap sgt, but doktor ckp x bermakna -ve ni lin x pregnant, maybe tahap HCG masih rendah lagi, kena tunggu dlm bbrp hari lagi..

    tp haritu x jadik lah pregnant, haha boleh pulak ayat "tak jadik lah nk pregnant" ek, padahal x pregnant lg pon, gegege;p al-kisahnya, dah terrdatang bulan lah pulak stgh hari selepas gi klinik tuh,huhu :(

    hanya sekadar gambar hiasan sahaja

    so TRY AGAIN LATER lah nampaknya, hehe.. malas nk update blog lagi selepas dapat tahu diri terrpe0d, musnah harapan untuk menjadi seorang ibu, ahaks ;p

    xpe2, bak kata doktor,  ade byk masa lagi, newly wed kan, lagipun muda lagi, still baaaaanyak masa lagi, hehe;) 
    sabar menanti, insya Allah klu ada rezki nt ade lah, tak perlu tergesa-gesa kan:)
    kpd kawan2 newly weds ku yang lain, selamat juga untuk korang semua;)


    ok lah, till then, tataaa ^_~

    Tuesday, December 13, 2011

    ke klinik kesihatan pagi tadi.. UPT?!!



    Since hari ahad dah tak berapa sihat, maybe coz lepas kena hujan lebat time gi kenduri2 kawen time hari Ahad lepas dengan en. husband. Hari isnin demam bertambah teruk, badan panas sangat, memang rasa lesu je, tak bermaya sangat, nak g klinik pon ase mls je.. so g lah keje jugak walaupun TAK SIHAT, huu..

    harini demam x panas sgt mcm semalam, tp sbb x tahan ulsers, running nose, headache, n asik pening2.. serious ulser di dalam mulut,  byk ulser, tak tahan, sakit sgt. dah lah demam, plus x minum air sgt, mst lah kering n ulser jadi b'tambah teruk kan, time nk bercakap sakit, nk makan pon sakit, nk minum pon sakit, adess..so gi lah klinik kesihatan kerajaan jugak walaupun rasa malas yg teramat menguasai diri..

    lepas doktor check semua.
    doktor: "dah kawen ker belum, bila last period?? "
    setelah dijawab dah kawen n hari last period 20.11.2011, start 7 hari sblm..
    doktor ckp: "sepatutnya hari ni lah period. harini dah start period?? "
    patient: "belum lagi doktor"
    doktor: "ada apa2 perubahan x setakat ni??
    patient: "ada.. mcm kerap buang air kecil walaupun x minum air byk, then ade pening-pening.. pnh sekali je rasa loya time duk kat dlm train lama sgt time blk kl mggu lps dari tm, ase mcm nk muntah.. tp xde la muntah2,.. n bla bla bla... "

    tu mcm tanda awal kehamilan.. terus je doktor suh buat UPT(Urine Pregnancy Test) and blood test.. terkejut den, tbe2 je doktor suh buat UPT, padahal gi klinik kerana sakit lain, huhu..
    tapi dalam hati mcm excited jugak bila doktor suh buat UPT, ehem3, hehehe;;)



    masa nk amik buat blood test, sakit sangat jarum suntikan berada lama mencucuk sbb darah x maw keluar.. nk nangis dh rasa, huhu :(  lama2 baru lah dia keluar sikit2.. sakitnya kemain, hhu.. byk sgt darah yg diambil.. nurse tanya awk kurang minum air ye??"  patient: "ha'ah, kurang minum air" .. adess,nyesal x minum air byk2.. mmg pagi tu x minum air langsung pon lagi.. so pengajarannya, stp hari mst kena minum air secukupnya ya especially time nak amik darah nt.. reminder utk diri sendiri!! hehe.. dan juga kwn2 ;)

    menunggu keputusan ujian.. *dup dap dup dap*

    sekali.. urine test result negative..  haih kecewa juga tgk resultnya, walaupun x mengharap sangat, haha.. tp doktor ckp sambil senyum: " relax, awal lagi kan, baru kawen je, jgn risau, lagipon muda lagi, ada byk masa lagi ;)
    ..TAPI, walaupun cni tulis negative, belum tentu awk bukan pregnant ye, sbb skg ni still awal lagi, maybe tahap HCG(human chorionic gonadotropin, the pregnancy hormone) masih rendah lg, so dia x dpt nk detect sgt, tgu dlm bbrp hari lagi, then check lagi ye.." *achewah tiba2 saya rasa mcm ada HARAPAN, hiks.. *
    doktor ckp lagi: "btw, air kencing awk ada kuman sikit, tp jgn risau ni mmg slalu b'laku pd newly weds.. bla bla bla ...........(selebihnya xdpt dinyatakan di sini, secret sikit, hihi) "

    doktor bagi ubat antibiotik, ubat demam, ubat sakit kepala, ubat batuk, ubat selsema, n ubat ulser.

    fuh, tak sabar nk tunggu dlm bbrp minggu lagi nak kena buat test sekali lg.. hopefully ade lah rezeki.. bestnyerr ade baby.. ske baby, comeyy^_~  en. husband pon teringin nk sgt ada baby sendiri, lagi cepat lagi bagus katanya, hehe.. tp klu xde lg, xpe la, still awal lagi kan, byk masa lagi ;;) 

    kami x buat family planning pun, x merancang pun, sbb anak ni rezeki dariNya, better jangan ditahan2 or ditangguhkan..
    DON'T EVER PLANNING FOR FIRST BABY
    takut nt Allah terus x bg or lewat-lewatkan bg kite cahaya mata.. sbb lin ada membe yg buat family planning sbb kewangan tidak mengizinkan.. rancangnya setahun je nk hold.. tapi, ditakdirkan nk dekat 3 thn x dpt2 lg cahaya mata walau diowg dah berusaha check doktor, berurut, dsbnya.. ada jugak dgr cerita membe kpd membe, ada tu sampai 10 tahun xde baby lagi padahal dua2 xde mslh, sume psl planning for 1st baby at the beginning.. 10 thn mrk boring xde anak, xde penyeri dlm keluarga, last2 sampai kena ambil anak angkat!! begitu susahnya..  jangan ye.. biar natural aje.. jgn diambil pil ker, kondom ker or whatever usaha untuk tahan dari dpt anak.. insya Allah ade rezkinya, .. ada bbrp org kwn lin, yg kewangan tidak mengizinkan juga, tp lepas dapat anak, terus rezeki datang mencurah-curah, dari susah nk dpt kerja, terus dapat kerja tetap, n suaminya pula naik pangkat!! dia pon tak sangka.. ada hikmahnya, alhamdulillah..
    tp bagi yg xde rezki lg xpelah, lama2 nt ade lah tu ye, SABAR :)

    em, walaubagaimanapun, don't get me wrong, xde lah kata planning for 1st baby tu x elok, just my 2 cent and others yg dah ada pengalaman, anak tu kan anugerah dariNYA.. ada pro n kontra nye lah planning nih..

    Ada juga one of my friend yg kawen masa dia still study, so dia perlu planning for 1st baby agar x susah nak jaga baby nt since dia tgh bz study kan, x blh nak bagi perhatian sepenuhnya pd baby, so dia hold dulu baby, not doing that 'stuff', t'paksa tahan lah, dia kesian jugak pd suami, tapi nak wat cane, huhu.. tp lps je dh abes blaja, dah blh da, setahun lps tu dia disahkan pregnant, alhamdulillah..  apa2pun, bergantung pd niat kita.. ada jugak yg lain2 saje je nak hold baby sbb nak puas hidup berdua berhornymoon dulu tanpa anak, lama2 baru nak anak.. tp jgn trus planning hidup berdua je tanpa anak selamanya, slh tu, hoho..
    but klu nk planning utk anak seterusnya tu xpe kowt, just utk menjarakkan antara anak sebelumnya kan, hehehe ;)  

    ok, sampai cni saje coretan, till then, tataa, wassalam :)

    Thursday, December 1, 2011

    Review selepas pernikahan: Syukur alhamdulillah.. dengan sekali lafaz, kini telah menyandang gelaran isteri :)

    Salam n hai semua,

    Sorry ye lin lambat update blog, sejak lps kawen mmg x sempat review papepun, kebizian melanda, huhu..

    Busy dengan majlis pernikahan, majlis resepsi dan juga majlis bertandang dan juga pre-honeymoon..  
    *pre honeymoon bermalam di premium suite Hotel Equatorial Bangi je;) tu pun sbb en. suami minta ikut hadir ke majlis Konvokesyen kursus DPA di mana ia merupakan kursus wajib bagi Pegawai Tadbir dan Diplomatik, memandangkan en. suami kena bertolak awal pagi esoknya ke PICC Putrajaya, tu yg t'paksa duk hotel berdekatan sehari sblm tu, isteri menemani, suami mst lah memerlukan isteri di sisi kan, bagi support on his day, hehe.. Congrats abg dah grad lulus dgn kepujian :)    honeymoon sebenar yang ke Bali ditukar ke hari lain sebab skg ni kat Bali tgh berombak besar, kena tunggu dah reda dulu, lgpon cuti thn ni dh tinggal sikit, hehe, so alang2 nk honeymoon time birthday lin jelah 2012 nt,nk dkt dh, lg best bila birthday lin thn dpn jatuh pd hr jumaat,so amik khamis, jumaat n sabtu lah,3D 2 N,hhe,villa pon dah tempah dah, can't wait to be there;)

    Lagipun takkan lah lepas kahwin nak terus duk menghadap blog kan, kesian kat en. suami karang dia kata isterinya lebih mengutamakan blog daripada dia pulak, sebab bila si isteri mula menulis mesti lah lama, ngeh3;p  So si isteri kenalah mengutamakan si suami dulu kan.. lepas nikah n resepsi kedua belah pihak memang tak hadap blog pon, on9 fb and check emel pon sekejap-sekejap saje, seriously selepas kawen mmg xde feel nak on9 hadap komputer sgt, lebih banyak hadap suami je, hihi;)

    Selepas 10 hari bercuti kahwin, 1 Disember mula masuk kerja kembali, huhu, t'paksa start berjauhan dengan suami:(
    *kami ni weekend husband and wife sebabnya tempat kerja jauh-jauh, weekend je dpt jumpa, sobs..
    Haih, menyesalnya dulu tak terima tawaran jawatan tetap dari Suruhanjaya Perkhidmatan Awam(SPA), kalau tak, boleh je tukar-tukar tempat kerja ikut suami *sigh*
    Kena berusaha untuk cari kerja dekat area KL/Putrajaya or S'ban nih, gambatte!!

    Sekarang ni selepas waktu bekerja, sedikit masa yang ada ni boleh lah nulis blog.
    pejam celik pejam celik, diriku kini telah genap 11 hari bergelar isteri.  

    dulu status bujang, kini status telah berkahwin, hehe;)

    dulu tak boleh keluar berdua saje..
    bila keluar mesti nak kena berteman,
    samada adik lin atau adik si dia atau saudara or kawan-kawan kami yang akan menemani,
    sekarang dah boleh keluar berdua:)

    dulu tak boleh nk berjalan beriringan berpimpinan tangan,
    malah sentuh kulit sikit pun tak boleh..
    sekarang dah boleh berjalan berpimpinan tangan:)

    Dulu solat berjamaah dengan keluarga,
    Teringin juga nak solat jamaah dengan insan bernama suami,
    sekarang dah dapat solat berjamaah sekali dengan suami,
    suami jadi imam, isteri jadi makmum,
    lepas solat, zikir, doa sume, then cium tgn suami, n suami kiss dahi isteri..
    impian jadi kenyataan:)

    macam-macam lagi lah yang dulu tak boleh, kini dah boleh dah;)
    yang pastinya, kekosongan telah diisi,
    bahagia sangat dengan life sekarang bersama suami tercinta :D

    Bersyukur sangat kami dipertemukan jodoh..
    Cinta kerana Allah S.W.T.
    kami terima masing-masing seadanya..
    saling nasihat menasihati, saling lengkap melengkapi..
    Try to be a pair of good husband and wife:)
    Ok lah, nak tepek beberapa pic pernikahan kami pada 20.11.2011 yang lalu.. boleh tepek sikit je dulu, sebab tgh kejar masa, pasni nak drive blk kl pulak, esok pagi suami pulang *excited* hee;)


    9:30am: debaran di bilik nikah masjid
    mood: *dup dap dup dap* 

    bersama dengan barang-barang hantaran bersusun..
    note: pelamin tu mmg sedia ada di masjid taw, personally mmg xnk pelamin masa nikah, lgpon x brp suka pelamin camni, tapi dah mmg ada di bilik nikah tu, so terima ajelah kan, huhu

















    masa akad~


    alhamdulillah sekali lafaz sahaja :)

    doa :)



    sesi menyarung cincin nikah~

    disarung cincin nikah diamond :)
    acara batal air sembahyang;) jenuh cari pin nak buka purdah bagi melihat wajah isteri ;p
    salam cium tangan suami :)

    sarung cincin nikah palladium utk suami


    ciuman kasih suami (blushing) :">

    Selesai.. Alhamdulillah akhirnya selamat menjadi sepasang suami isteri <3

     Harapan agar masjid yang dibina ini berkekalan hingga ke akhir hayat n hingga ke syurgaNYA,
    insya Allah,
    amin :)

    Saturday, November 26, 2011

    Jemputan Walimatul Urus Lina & Saiful

    Assalamu'alaykum dan selamat sejahtera semua:)


    Lin ingin menjemput rakan-rakan semua especially group BBF untuk menghadiri majlis perkahwinan lin n pasangan 


    .:: Pihak Perempuan ::.
    Tarikh : 20.11.2011 ( Ahad ) bersamaan 24 Zulhijjah 1432H

    Tempat: Dewan Beringin, Jalan Besar, Taman Sri Gombak, Gombak.
    click for location map

    Aturcara Majlis:
    10.00am-11.00am : Akad Nikah (Masjid)
    12.00pm-4pm : Jamuan Makan
    1.30pm: Ketibaan pengantin
    *pengantin nak solat dulu ye,then baru boleh masuk dewan;)

    ::::::::::::::::::::::::::​::::::::::::::::::::::::::​::::::

    .:: Pihak Lelaki ::.
    Tarikh: 26.11.2011 (Sabtu) bersamaan 30 Zulhijjah 1432H
    Masa: 12.00 p.m - 4.00 p.m
    Alamat: No. 121, Jalan TTJS 3/4,
    Tmn Tuanku Jaafar,
    71450 Seremban.
    click for location map


     ::::::::::::::::::::::::::​::::::::::::::::::::::::::​:::::::::::

    *Notes: 

      Pls respond to the RSVP here:
    https://www.facebook.com/event.php?eid=217209561675168  

     All ex-S.R.J.K (C) Kheow Bin, ex-S.M.K Hillcrest, ex-SMK Gombak Setia, ex-PLKN Kem Machang/UiTM Machang, ex-PUO, UPSI, UPM, Pej. Daerah dan Tanah KP, group BBF, bloggers & sesape shj yg mengenali kami, you are cordially invited.

    Those who are invited u may also invite other friends out there who know both of us to this event. Your kind attention is much appreciated.

     Sila tinggalkan alamat rumah anda or email anda di ruangan comment atau emelkan alamat korang ke linbutterfly8@gmail.com (jgn lupa bgtahu skali di ruangan komen yg anda dh drop email ya) untuk kiriman kad jemputan.

    ok, nk tepek muka depan kad yg simple ni ;)

    Actually kad ni dah lama siap dh pun,since sblm raya lg atas permintaan bonda utk diedarkan kepada sanak saudara jauh, dah alang2 kami pulang ke kg kan.. dan skg nk bg kat kwn2 pulak ;)

    Sekian, jemput dtg ye semua..  Semoga dengan kehadiran para jemputan akan menyerikan lagi majlis kami serta diberkati Allah SWT. Insya Allah.

     Pray for us (◕_~) ♥ ~ <3

    Thursday, October 13, 2011

    Sharing is Caring: Bridal Shoes ~Kasut Kahwin

    Salam hai ladies,


    cantik sangat kasut kahwin kate middleton ni kan, em, tgk mcm sesuai buat untuk kasut nikah nt;)

    Kali ni lin nak share about tempahan kasut kahwin. So kepada bride to be yang still tercari-cari lagi di manakah harus menempah kasut kahwin. Or tempat yang dituju dah x ambil tempahan lagi, yang kecewa x dapat tempah kasut lagi. Di sini lin senaraikan 'lubuk' nya ya, hasil carian gigih special from me untuk bantu korang ;)    *wave mouse and click to the link name on the list to go to the their website okay*

    • Absolutely Gorgeous by Amy
      Haa, kat cni AGA boleh tempah kasut lacey ala2 kate middleton tu taw ;)  



      Kasut-kasutnya boleh tahan cantik dan berpatutan juga. Range harga custom made shoes bermula dari RM200. Bagi yang ingin menempah dinasihatkan tempah lah sebulan sebelum majlis ok coz masa untuk custom-made shoes dibuat di Absolutely Gorgeous by Amy ni mengambil masa dalam 4 minggu untuk disiapkan.Recommended okay :)

      • Gavy  (At Wedding City, Maju Junction.)
      Gavy ni mesti ramai blogger bride yang dah tahu, x perlu diperkenalkan lagi kowt, shop nya kat maju junction je di wedding city.. tapi sayangnya Gavy ni dah tutup tempahan since julai lagi, thn dpn baru dia open order blk, so bride utk thn dpn n berikutnya blh lah tgk2 n klu b'kenan blh lah tempah ye, recommended :)

      Tempahan kasut di sini agak mahal sedikit, range harga antara RM380 dan ke atas bagi tempahan kasut custom made, boleh tempah kasut designer Christy Ng or blh je klu nak tempah apa shj design kasut yang diinginkan. Dalam 2 minggu je dah blh siap. Kasut-kasut di sini sangat2 elegan, sesuai dengan namanya yang sedang meningkat naik di seluruh dunia. Kasut ready made dia pun cantik2, range harga RM190 dan ke atas. ada juga yang diberi special price lebih murah drp RM190 untuk kasut yang nak di 'let go' untuk clearance sale.
        Utk tempahan kasut custom made,korang blh lah gi ke umah Christy Ng kat PJ, lin dah gi dh umah dia, rambang mata nk pilih, sumenye cantik2, dpt lah jugak rembat sepasang kasut yg cantik bgt as kasut hantaran, hiks;) minggu ni plan nk g lagi, nak order clutch evening bag yg match suit dgn kasut tu pulak utk hantaran 1 dulang dengan kasut hntrn skali.. handbag dh ade dh,evening bag utk dinner belum ade lg,so maybe beli lah utk hntrn, hehe.. em, bg sesape yg mls nk kuar umah tu pulak, or bz manjang, blh je klu nk order online :)

        • White Label
          ♥ Wedding Isle Gallery
          30, Jalan Kemajuan, Seksyen 12, 46200 Petaling Jaya, Selangor.

          Boleh tahan juga wedding shoes kat white label ni, cantik2 n harga pun berpatutan, xde lah mahal sgt..  Kat PJ jugak, dekat2 je dgn Christy Ng:). Sorry to inform white label ni dia dh tutup tempahan utk custom made since they no longer provide custom-made service since May this year. Tapi ada je collection ready-made with sizes. Haa yg ni sesuai utk b2b yang tak dapat nak tempah kasut, cantik2 jugak, yg penting affordable. blh terus pakai utk wedding nt. boleh juga order tempah on9 ikut saiz anda. :)

        Pretty In White ni buat tempahan kasut jugak, kasut dia comfy, stylish. cuma pricey sikit lah, their price starting from RM350 onwards. Tapi bak kata org, alah membeli, menang memakai kan, he3 ;)

        • Soulmate
          Kat cni mcm2 ada, boleh custom made kasut kahwin, custom made baju kahwin pun ada, evening gown pun ada;)
        • Tom Shuz Boutique (Bangsar Shopping Centre . Tel: 03-20942339)
        Tom Shuz Boutique atau dikenali juga dengan nama Thomas Chan. Kasut dia agak comfy. Kalau nak custom-made pun boleh saja, ready made pun ada. Kalau nak minta tambah beading pun boleh, nice work.Highly recommended :)
        • YMS (You, Me and Shoes )  
        YMS dimiliki oleh seorang gadis pereka kasut berbangsa Melayu yang bernama Ayuni Azri, berita mengenainya banyak terpampang di surat khabar,majalah-majalah. Kasut-kasut rekaannya sangat cantik dan trendy. Harganya pun sangat berpatutan. ready made ada, custom made pon ada :)
        And if yang ada budget lebih tu, boleh lah tempah kat Lewre, Jimmy Choo, Christian Louboutin or boleh try designer Aruna Seth ;)

        Dalam banyak2 kasut, lin paling suka design bridal butterfly platform heels yg kat Aruna Seth ni punya <3 baru lah kena dengan my butterfly wedding theme, hee ^_~

        cantik kan :)

        Tapi boleh tengok jelah, x mampu beli, mahal sgt kowt utk sepasang kasut yg kte akan pakai sehari tu je, or akan jarang2 pakai, klu blh x mo lah spend byk sgt kan, lagipun jauh, susah r, lain lah klu Aruna Seth ni kat Malaysia, hehe.. so just boleh custom made yang lebih kurang sama cam design tu lah, hihi

        Ok, till then, happy shopping girls ^_~

        With Love<3
        Lin

        Wednesday, September 28, 2011

        Tawakal

        Salam n hai,

        Leganya dah abes interview semalam, alhamdulillah interview sume ok.. sekarang ni just tawakal ajelah :)

        Tuesday, September 27, 2011

        Temuduga jawatan PPTM esok

        Salam,

        Esok pagi 28/9/11 kena gi temuduga jawatan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (PPTM) F29..

        baru nak study sket pasal organisasi  n psl skop kerja n apa2 yang perlu.. cuti rehat utk esok hari pun dah dpt.. isau jugak nak g inteview esok..

        harap2 lah ALLAH permudahkan urusanku pd esok hari, amin.. kwn2 tlg doakan ye, thanks. xoxo :)

        Thursday, August 25, 2011

        Ucapan Hari Raya


        Assalamu'alaykum semua,

        Nampaknya semakin ramai yang pulang ke kampung halaman,
        Di kesempatan ni, lin nk mohon ampun dan maaf andainya pernah.. 

        Terkasar bahasa dalam bicara
        Tersilap bicara semasa bersama
        Termarah yang tak kena tempatnya
        Tergurau tak kena tempat,
        Tertanya tak tentu hala..
        Tersasul yang tak sengaja
        Terpukul kat mana-mana
        Terpekik kuat di telinga
        Terhantuk terketuk di kepala
        Terpinjam terambil harta & benda
        Termoody tak semena-mena
        Termacam-macam lagi lah yang kena-mengena..


        Sepuluh jari ku hulurkan semua,
        Memohon kemaafan atas segala khilaf yang ada
        Kerana diri ini masih bernama manusia
        Pastinya tak lepas dari membuat khilaf
        Semoga dimaafkan,
        Harap 0-0 lah yeh ;)

        Salam Aidil Fitri ; Maaf Zahir Batin in advance (^_~)


        Ikhlas,
        Lin@Lina

        Tuesday, August 9, 2011

        Alamak! sorry..

        Salam,

        Alamak! terpost pulak post pasal update wedding dress yang TAK SIAP TULIS lagi tadi, ayat pun berterabur, ntah ape2 lah..

        Tak perasan langsung pon, boleh pulak terpost, ingat nak save as draft je coz nak wat keje lain pulak urgently, tgk2 kat facebook ade post networked blogs tu, then baru lah notice pasal post yang x abes dikarang tu,aduh, cepat2 delete post tu,huhu.. ni semua pasal t'ganggu duk wat keje lain pulak lah ni, hadoi, tengok2 balik kat live traffic feed, dah ramai gak readers yang baca rupanya, aduss, malunya:(

        maaf ya semua, tgh ting tong sket nih, hu3.. xpe2, nt dah siap buat post tu karang baru lin publish ya

        Daisypath Anniversary tickers

        Daisypath Anniversary tickers


        World Visitors Map

        free counters

        Search