Followers

My Wedding Checklist



6-10 Bulan

* Tentukan hari perkahwinan (DONE)

* Tentukan jenis perkahwinan yang diinginkan. (DONE)

* Semak dengan Jabatan Agama Negeri berkenaan perkahwinan dan ikut peraturannya. - Penting untuk kes wali hakim, poligami, nikah bawah umur dan anak tidak sah taraf. (DONE)

* Berbincang dengan bakal isteri/suami mengenai perbelanjaan dan libatkan juga keluarga kedua-dua pihak. (DONE)

* Tentukan tempat kenduri dilangsungkan. Buat tempahan awal terutama bagi majlis di dewan atau hotel. (DONE)

* Dapatkan juga pelan untuk ke lokasi majlis. (DONE)

* Hubungi Pengurus Katering untuk berbincang tentang pakej perkahwinan yang disediakan. Buat tempahan awal untuk mengelak kekecewaan. (DONE)

* Pilih pengapit-pengapit dan dayang-dayang anda. (DONE)

* Berjumpa dengan florist dan jurugambar untuk berbincang tentang budget dan pilihan. (DONE)

* Pilih baju nikah (DONE), baju kahwin (DONE) dan baju sebelah bakal suami. (DONE)

* Baju untuk pengapit. (DONE) . Baju untuk dayang-dayang. (DONE)


* Hantaran  (DONE)

* Tentukan bilangan tetamu dan buat senarai. (DONE)

* Tentukan dimana anda berdua akan tinggal selepas berkahwin. Jika akan berpindah ke rumah baru, rancang peralatan dan perhiasan rumah baru supaya ianya siap pada masanya. (PENDING, buat sementara waktu x dpt beli rumah baru lagi kowt coz masing2 kerja jauh,kena tgu smpi dpt/transfer tmpt kerja dekat2,huhu)

* Sediakan satu folder untuk meletakkan borang, brochure, salinan fotokopi maklumat peribadi dan maklumat perkahwinan anda. (DONE)

* Sediakan dokumen ini: (DONE, yeay dah lulus dh pon)

o Salinan Kad Pengenalan (min 10)
o Salinan Surat Beranak (min 3)
o Salinan Surat Nikah Ibubapa (min 3)
o Gambar bersongkok/bertudung saiz pasport (min 5)
o Salinan Sijil Kursus Pra Perkahwinan (min 3)
o Perintah bertulis dari mahkamah mengenai wali hakim, poligami/nikah bawah umur dan lain-lain.
o Kebenaran kedutaan jika warga asing
o Kebenaran majikan bagi anggota Polis dan Tentera
o Surat Perakuan Bujang dari majikan


4-6 Bulan


*Poskan kad jemputan dan hebahkan kepada kawan dan sanak saudara (DONE)


*Pastikan keluarga menyediakan ucapan perkahwinan. (T.B.C)


*Aturkan masa untuk fitting baju kahwin anda dan aksesori (1st fitting done,last fitting on this weekend)


*Siapkan bilik atau rumah pengantin. (IN PROGRESS, bilik dah siap cat *TQ ayahanda;) *, langsir dah siap jahit * TQ bonda;) * , lampu tidur dh beli, set bilik tidur yg dh lama ditempah dgn Roxxi akan sampai pd 11.11.11 ni, hujung minggu ni nak beli lampu meja tepi, n deco akan mula dibuat slps itu;)

3-6 Bulan


*Hadiri kursus Pra Perkahwinan (DONE)

*Dapatkan kebenaran perkahwinan dari Jabatan Agama Negeri. (DONE)

*Jumpa dengan Imam Jurunikah dan buat tempahan untuk majlis pernikahan. (DONE)

*Dapatkan kebenaran jika ingin melangsungkan pernikahan di masjid. (DONE)

*Buat rancangan/tempahan untuk berbulan madu. (DONE)

*Buat tempahan hotel bagi sanak saudara yang datang dari jauh. (DONE)

*Pilih cincin perkahwinan lelaki dan perempuan. (DONE)

*Jumpa doktor untuk pemeriksaan kesihatan dan ujian HIV. Dapatkan borang ujian HIV di Jabatan Agama Negeri (DONE)

*Bantu keluarga anda mendapatkan baju yang sesuai dengan tema perkahwinan anda. (DONE)

*Jika imunisasi diperlukan bagi bulan madu di luar negara, aturkan. (PENDING)

*Semak tamat tempoh pasport. Pastikan terdapat minimum 6 bulan sebelum tamat tempoh. (DONE)

*Tentukan aturcara majlis. (DONE)

*Dapatkan seorang master-of-ceremony dan wakil keluarga pengantin.(PENDING)

*Tentukan warna baju, bunga, kek dan lain-lain. (DONE)

2-4 Bulan


*Sahkan kehadiran/tempat tinggal tetamu dan saudara dari luar negeri. (DONE)


*Jadualkan temu janji dengan pendandan rambut dan mak andam. (DONE)


*Datang ke hotel/dewan dan semak maklumat terperinci dengan pengurus catering. (DONE)


*Tentukan jumlah tetamu yang hadir dan pelan tempat duduk. (DONE)


*Lakukan pemeriksaan terakhir dengan jurugambar, tukang kek dan pemandu. (DONE)


*Pastikan anda telah mempunyai pakaian untuk bulan madu.  (DONE)


*Pastikan pakaian bagi ahli keluarga, pengapit dan dayang-dayang telah siap. (DONE)


*Aturkan rehearsal untuk bagi perkahwinan. 


7 Hari

*Maklumkan kepada Pengurusan Katering jumlah tetamu dan semak senarai tetamu.
(DONE)


*Semak terperinci bunga, jurugambar dan muzik. 


*'Confirmkan' bulan madu anda dan mula berkemas.


*Buat 'rehearsal' dan betulkan masalah dengan segera. Sediakan jamuan ringan.


*Pastikan tetamu anda tahu bagaimana untuk ke majlis anda. Letak papan tanda di tempat yang mudah dilihat.  (DONE)


*Hubungi tetamu/saudara yang menginap di hotel tempahan mereka.  (DONE)


1 Hari

*Berjumpa dengan sanak saudara anda yang datang dari jauh, dan pastikan mereka mempunyai tempat bermalam


*Kemaskan semua barang yang anda perlu bawa ke tempat perkahwinan


*Sediakan semua aksesori perkahwinan, barang kemas, pakaian dalam, pin, ubat dan barangan kecemasan.


*Cari satu masa untuk bertukar-tukar hadiah dengan bakal pasangan anda.


*Bawa pakaian anda sehari sebelum majlis ke hotel/rumah pengantin.


Hari Majlis



*Jumpa pendandan rambut dan mak andam anda untuk solekan.


*Makan sarapan supaya anda tidak kelaparan dan gelisah


*Bertenang, banyak senyum dan ucap terima kasih kepada mereka yang membantu anda


Selepas Majlis

*Kemas pakaian anda, pastikan tiada yang hilang terutama jika yang disewa


*Hantarkan kek kepada tetamu yang tidak dapat hadir


*Kemaskan hadiah yang diterima dan pastikan terdapat seseorang yang bertanggungjawab


*Walaupun penat, pastikan anda tidak stress dan nikmatilah hari istimewa anda.

No comments:

Post a Comment

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers


World Visitors Map

free counters

Search