Followers

Sunday, August 14, 2011

Isu tergempar: makcikhajjahsittalwuzara menghina Islam!!

Salam,

Page yang menggunakan nama samaran makcikhajjahsittalwuzara https://makcikhajjahsittalwuzara.wordpress.com/ ini semakin melampau dan menjadi-jadi nampaknya, sedih sangat kerana agama Islam diperlekehkan padahal Islam adalah satu-satunya agama yang syumul, agama yang benar.

Apa lah nak jadi dengan Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara ni sbnrnya?? sesuka hati je nak menghina-hina agama Islam pulak, berani betul.. eii tlg lah blk ke pangkal jalan, insaf lah wahai 'makcik'.






Ya Allah tunjukkan lah kebenaranMU pada 'makcik' ini, amin..


Tuesday, August 9, 2011

Irma Hasmi jadi cover Majalah Jelita Edisi Ogos 2011



Salam,

Hi ladies, jangan lupa dapatkan Majalah Wanita Edisi Ogos 2011, Irma Hasmi jadi cover Majalah Wanita.  Cantik kan Irma Hasmie bertudung sekarang ni;) Syukur Alhamdulillah, perubahan penampilan bertudungnya kekal sehingga lah kini. Keayuannya bertudung menyebabkan beliau terpilih untuk menjadi cover untuk Majalah Jelita untuk edisi bulan Ogos 2011 dan banyak lagi Majalah lain seperti Majalah Pengantin edisi yang lepas.

Cantik dan manis sangat Irma berbusana muslimah, sejuk mata memandang, moga Irma akan teruskan istiqomah kekalkan imej sebegini, or insya Allah akan datang akan lebih baik lagi, it's truly beautiful, syabas kak irma, sokong sgt dengan 'penghijrahan' kak irma, moga ramai lagi yang akan 'berhijrah', insya Allah, amin :)

Alamak! sorry..

Salam,

Alamak! terpost pulak post pasal update wedding dress yang TAK SIAP TULIS lagi tadi, ayat pun berterabur, ntah ape2 lah..

Tak perasan langsung pon, boleh pulak terpost, ingat nak save as draft je coz nak wat keje lain pulak urgently, tgk2 kat facebook ade post networked blogs tu, then baru lah notice pasal post yang x abes dikarang tu,aduh, cepat2 delete post tu,huhu.. ni semua pasal t'ganggu duk wat keje lain pulak lah ni, hadoi, tengok2 balik kat live traffic feed, dah ramai gak readers yang baca rupanya, aduss, malunya:(

maaf ya semua, tgh ting tong sket nih, hu3.. xpe2, nt dah siap buat post tu karang baru lin publish ya

Monday, August 8, 2011

KERAJAAN UMUM BONUS SETENGAH BULAN GAJI UNTUK PENJAWAT AWAM, RM500 UNTUK PESARA KERAJAAN, SYUKUR ALHAMDULILLAH :)

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam bulan ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.
"Bonus dan bayaran khas ini akan dibuat pada pertengahan bulan ini," kata Najib yang juga Menteri Kewangan dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, bonus itu adalah bagi menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara.

Perdana Menteri berkata, kerajaan berharap pemberian bonus dan bayaran khas ini dapat meringankan beban penjawat awam dan pesara kerajaan dan membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

"Ini menunjukkan bahawa kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajian penjawat awam dan pesara kerajaan. Pemberian ini juga satu penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam," katanya.

Najib berkata, pemberian bonus dan bayaran khas itu akan membabitkan 1.27 juta penjawat awam Persekutuan dan 590,000 pesara kerajaan dengan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2 bilion.
- BERNAMA

Wednesday, August 3, 2011

PENGUMUMAN PENTING: JAKIM, JAIS sahkan mentega dr New Zealand Golden Churn tidak halal !!


KUCHING: Kekeliruan mengenai status mentega ‘Golden Churn Creamy Butter’ terjawab semalam, apabila Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) turut mengesahkan ia tidak halal kerana mengandungi DNA babi.
Sebelum ini orang ramai keliru apabila JAKIM dalam surat bertarikh 30 Jun lalu kepada pembuat mentega itu mengesahkan mentega jenis itu tidak mengandungi DNA babi, sedangkan Majlis Islam Sarawak dalam kenyataan pada 28 Julai lalu, mengesahkan ia haram kerana mengandungi DNA babi.

Mesyuarat bagi membincangkan status mentega ‘Golden Churn Creamy Butter’ itu berlangsung di sini petang semalam dan disertai beberapa agensi berkaitan mengesahkan ia haram kerana mengandungi DNA babi.

*sumber artikel: berita harian online | sumber gambar: google image


P/S: : So bagi yang selalu buat kek ker, kuih ker or apa-apa sahaja masakan pakai Golden Churn nih sume, pls stop beli yer, huhuhu~

Tuesday, August 2, 2011

Persiapan Kahwin: HIV Test

Salam,

Minggu lps2 kami dah g pejabat agama amik borang, nak setelkan hal doc kawen, dah wat HIV Test, n dah gi wat passport skali, yeayy!! *Alhamdulillah ;D

Kami pilih untuk buat HIV Test di klinik luar bandar je, sebab klinik-klinik kat KL/S'ngor kbykknnya semua kena buat APPOINTMENT dahulu, xleh just walk-in shj, then bukannya setiap hari ada, dia ade hari2 nya, mcm klinik gombak setia just isnin hgga khamis shj, setapak dr hari ape ke hari ape je ntah x brp igt, klinik selayang lak klu x silap dari hari selasa hgga khamis shj, klinik wilayah persekutuan x igt, yg pastinya sumenye dr kul 2- 5pm ok. So bg sesape yg rasa2 nk buat HIV Test di klinik kesihatan kerajaan di area KL, so pesanan dr kami, better buat appointment dulu, jgn jadi mcm kami dulu, seminggu sblm tu Hari Jumaat awal2 dah minta cuti sbb nk settlekan hal dokumen kawen n hal2 lain lagi, kami igtkan just blh walk-in saje, amik nombor, then duduk tunggu no. giliran dipanggil, *al-maklum ler 1st time kan,huhu.. tp alih2 hampir kesemua klinik yg kami pergi kat KL semuanya must do appointment first, buang masa cari klinik je, abes membazir cuti je, wu3, nak kena tunggu lama lagi, bukan blh wat on the spot, klu 3 bulan tu penuh dgn appointment, nmpk gayanya bulan berikutnya lah br blh wat HIV Test, haih, leceh betul laa, cane klu bg yg dh nk kawen lg 2 bulan, kesian kat diowg kan :(

Tapi, klu kat klinik kesihatan bukan di bandar, senang je, stp masa blh buat HIV, blh walk-in je, bila2 masa shj, x perlu laa nak wat appointment bagai, dr pagi sampai ptg pulak tu, senang sgt, everything going smoothly, alhamdulillah:) so TIPS nya, bg sesape b2b n g2b yg plan nak wat HIV test, yg nak settlekan segera, mls nk tangguh2, so blh lah g ke klinik luar bandar ye;)

Selepas menjalani test HIV, our result is..... tadaaa..






BEBAS DARI HIV!! 


weehee.. syukur alhamdulillah:)


nak buat HIV Test ni kena byr RM1 je taw, x mahal pon.. kami difahamkan yg dahulu sblm ni xde dikenakan apa2 byrn, tp skg ni dah dikenakan byrn, xpela, RM1 je pon , murah sgt x luak pon kan, hehe.. x perlu kami nak tunggu terlalu lama, org pun x ramai, then servisnya pun bagus, kakitangannya pun friendly, siap blh gurau2 lg dgn kakak2 nurse kat sana;)

OK, lin sertakan skali test result HIV sbg panduan kay..
Test result::-
Negative
A colored line appears only in control zone CTNL, and no colored line in test zones HIV-1 and HIV-2. the serum sample contains no HIV-1 and HIV-2 antibodies.
Positive-HIV-1
A colored line appears in control zone CTNL and in test zone HIV-1, and no colored line in test zone HIV-2. The serum sample contains only HIV-1 antibodies.

Positive-HIV-2

A colored line appears in control zone CTNL and in test zone HIV-2, and no colored line in test zone HIV-1. The serum sample contains only HIV-2 antibodies.

Positive-HIV-1 and HIV-2

A colored line appears in control zone CTNL and in both test zones HIV-1 and HIV-2. The serum sample contains HIV-1 and HIV-2 antibodies.
Invalid
No colored line appears in control zone CTNL. Repeat test with a new test cassette.

passport kami pun dah ciap, lps ni blh lah bercuti honeymoon ke luar negara after dah sah jd suami isteri nt, insya Allah :)

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers


World Visitors Map

free counters

Search