6-10 Bulan
* Tentukan hari perkahwinan
* Tentukan jenis perkahwinan yang diinginkan.
* Semak dengan Jabatan Agama Negeri berkenaan perkahwinan dan ikut peraturannya. - Penting untuk kes wali hakim, poligami, nikah bawah umur dan anak tidak sah taraf.
* Berbincang dengan bakal isteri/suami mengenai perbelanjaan dan libatkan juga keluarga kedua-dua pihak.
* Tentukan tempat kenduri dilansungkan. Buat tempahan awal terutama bagi majlis di dewan atau hotel.
* Dapatkan juga pelan untuk ke lokasi majlis
* Hubungi Pengurus Katering untuk berbincang tentang pakej perkahwinan yang disediakan. Buat tempahan awal untuk mengelak kekecewaan
* Pilih pengapit-pengapit anda
* Berjumpa dengan florist dan jurugambar untuk berbincang tentang budget dan pilihan
* Pilih baju nikah, baju kahwin dan baju sebelah bakal isteri/suami
* Pilih baju untuk pengapit
* Beli hantaran seperti pakaian, minyak wangi, alat solek semasa musim perayaan untuk mendapat diskaun
* Tentukan bilangan tetamu dan buat senarai
* Tentukan dimana anda berdua akan tinggal selepas berkahwin. Jika akan berpindah ke rumah baru, rancang peralatan dan oerhiasan rumah baru supaya ianya siap pada masanya.
* Sediakan satu folder untuk meletakkan borang, brochure, salinan fotokopi maklumat peribadi dan maklumat perkahwinan anda
* Sediakan dokumen ini:
o Salinan Kad Pengenalan (min 10)
o Salinan Surat Beranak (min 3)
o Salinan Surat Nikah Ibubapa (min 3)
o Gambar bersongkok/bertudung saiz pasport (min 5)
o Salinan Sijil Kursus Pra Perkahwinan (min 3)
o Perintah bertulis dari mahkamah mengenai wali hakim, poligami/nikah bawah umur dan lain-lain.
o Kebenaran kedutaan jika warga asing
o Kebenaran majikan bagi anggota Polis dan Tentera
o Surat Perakuan Bujang dari majikan
4-6 Bulan
*Poskan kad jemputan dan hebahkan kepada kawan dan sanak saudara
*Pastikan keluarga menyediakan ucapan perkahwinan
*Aturkan masa untuk fitting baju kahwin anda dan aksesori
*Siapkan bilik atau rumah pengantin
3-6 Bulan
*Hadiri kursus Pra Perkahwinan
*Dapatkan kebenaran perkahwinan dari Jabatan Agama Negeri
*Jumpa dengan Imam Jurunikah dan buat tempahan untuk majlis pernikahan
*Dapatkan kebenaran jika ingin melangsungkan pernikahan di masjid
*Buat rancangan/tempahan untuk berbulan madu
*Buat tempahan hotel bagi sanak saudara yang datang dari jauh
*Pilih cincin perkahwinan
*Jumpa doktor untuk pemeriksaan kesihatan dan ujian HIV. Dapatkan borang ujian HIV di Jabatan Agama Negeri
*Bantu keluarga anda mendapatkan baju yang sesuai dengan tema perkahwinan anda
*Jika imunisasi diperlukan bagi bulan madu di luar negara, aturkan.
*Semak tamat tempoh pasport. Pastikan terdapat minimum 6 bulan sebelum tamat tempoh
*Tentukan aturcara majlis
*Dapatkan seorang master-of-ceremony dan wakil keluarga pengantin
*Tentukan warna baju, bunga, kek dan lain-lain.
2-4 Bulan
*Sahkan kehadiran/tempat tinggal tetamu dan saudari dari luar negeri
*Jadualkan temu janji dengan pendandan rambut dan mak andam
*Datang ke hotel/dewan dan semak maklumat terperinci dengan pengurus catering
*Tentukan jumlah tetamu yang hadir dan pelan tempat duduk
*Lakukan pemeriksaan terakhir dengan jurugambar, tukang kek dan pemandu
*Pastikan anda telah mempunyai pakaian 'istimewa' untuk bulan madu
*Pastikan pakaian bagi ahli keluarga, pengapit telah siap
*Aturkan rehearsal untuk bagi perkahwinan
7 Hari
*Maklumkan kepada Pengurusan Katering jumlah tetamu dan semak senarai tetamu
*Semak terperinci bunga, jurugambar dan muzik
*'Confirmkan' bulan madu anda dan mula berkemas
*Buat 'rehearsal' dan betulkan masalah dengan segera. Sediakan jamuan ringan.
*Pastikan tetamu anda tahu bagaimana untuk ke majlis anda. Letak papan tanda di tempat yang mudah dilihat.
*Hubungi tetamu/saudara yang menginap di hotel tempahan mereka.
1 Hari
*Berjumpa dengan sanak saudara anda yang datang dari jauh, dan pastikan mereka mempunyai tempat bermalam
*Kemaskan semua barang yang anda perlu bawa ke tempat perkahwinan
*Sediakan semua aksesori perkahwinan, barang kemas, pakaian dalam, pin, ubat dan barangan kecemasan.
*Cari satu masa untuk bertukar-tukar hadiah dengan bakal pasangan anda.
*Bawa pakaian anda sehari sebelum majlis ke hotel/rumah pengantin.
Hari Majlis
*Jumpa pendandan rambut dan mak andam anda untuk solekan.
*Makan sarapan supaya anda tidak kelaparan dan gelisah
*Bertenang, banyak senyum dan ucap terima kasih kepada mereka yang membantu anda
Selepas Majlis
*Kemas pakaian anda, pastikan tiada yang hilang terutama jika yang disewa
*Hantarkan kek kepada tetamu yang tidak dapat hadir
*Kemaskan hadiah yang diterima dan pastikan terdapat seseorang yang bertanggungjawab
*Walaupun penat, pastikan anda tidak stress dan nikmatilah hari istimewa anda.
last but not least , slmt pengantin baru dan slmt ber'honeymoon..
credit source: http://perkahwinan.ning.com