Followers

Friday, July 15, 2011

Farah AF2 (Farah Diana Anuar) & Johan Nikah ~

Salam semua,


Mengimbas Disember tahun lalu, Farah Diana Anuar telah bertunang dengan jejaka pilihan nya, Johan.
Pada 15.7.2011 pula telah berlangsungnya majlis pernikahan mereka, alhamdulillah mereka telah selamat diijabkabulkan pada jam 3pm di Putrajaya.

cantiknya farah masa hari bahagia dia kan, sweet je,tmbh2 lg dia dh b'tudung, makin2 tmbh sweetnye;)

Yang menariknya majlis pernikahan pasangan merpati sejoli ini diadakan di atas sebuah kapal cruise Tasik Putrajaya, best2 ^_^




Dengan hanya 1 kali lafaz, Farah sah menjadi isteri Johan. Mas kahwin sebanyak RM2500 dan hantaran sebanyak RM25,185.






Farah menerima 7 dulang hantaran seperti cincin, gelang, iPad, minyak wangi, beg tangan Gucci. Manakala Johan mendapat sembilan hantaran seperti cincin, kek, sirih junjung, jam, tali pinggang, kemeja dan manisan. 

Oh ya, kad kahwin farah berbentuk kipas tangan, cute kan;)


Ok, di kesempatan ni, lin nak ucapkan Selamat pengantin baru Farah & Johan!! Semoga Farah & suami bahagia hingga ke akhir hayat n mudah-mudahan hingga ke syurgaNYA, amin :)

2 comments:

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers


World Visitors Map

free counters

Search