Followers

Thursday, August 25, 2011

Ucapan Hari Raya


Assalamu'alaykum semua,

Nampaknya semakin ramai yang pulang ke kampung halaman,
Di kesempatan ni, lin nk mohon ampun dan maaf andainya pernah.. 

Terkasar bahasa dalam bicara
Tersilap bicara semasa bersama
Termarah yang tak kena tempatnya
Tergurau tak kena tempat,
Tertanya tak tentu hala..
Tersasul yang tak sengaja
Terpukul kat mana-mana
Terpekik kuat di telinga
Terhantuk terketuk di kepala
Terpinjam terambil harta & benda
Termoody tak semena-mena
Termacam-macam lagi lah yang kena-mengena..


Sepuluh jari ku hulurkan semua,
Memohon kemaafan atas segala khilaf yang ada
Kerana diri ini masih bernama manusia
Pastinya tak lepas dari membuat khilaf
Semoga dimaafkan,
Harap 0-0 lah yeh ;)

Salam Aidil Fitri ; Maaf Zahir Batin in advance (^_~)


Ikhlas,
Lin@Lina

Tazkirah Ramadhan

Salam,

Malam ni adalah malam ke -27 Ramadhan..
Ramadhan semakin meninggalkan kita:(
perbanyakkan amal di bulan ramadhan sementara berkesempatan lagi ~
Nabi Muhammad saw. selalu beriktikaf di malam sepuluh terakhir bulan Ramadan hingga baginda wafat, kemudian sunnah ini diteruskan oleh isteri-isterinya selepas baginda wafat". (HR Bukhari)


*peringatan utk diri sendiri jua rakan-rakan  dan taulan :)

Wedding Preps Update Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ Wedding Dress & Suits

.

  • Nikah | Status: On Progress
    Kain pasang chiffon beaded wane putih suci plus kain satin putih yg dihadiahkan sbg hantaran tunang utk dijadikan sbg baju nikah x lama dulu dah slmt dihantar kepada Modest Dress Designer Yasalma untuk dijahitkan design arabic dress..
    yg penting baju tu x mo ketat smpi nmpk btk badan, nk yg longgar sedang2 saje, sopan n selesa sket kan;)  kak salma mmg pandai jahit modest dress, cantik2 baju rekaan beliau:)
  • Resepsi | Status: On Progress

    Pada mulanya baju resepsi plan nak sewa saje. Tapi, memandangkan x jumpa2 wedding dress yg mengikut tema n b'kenan di hati.. So, my reception dress pilih utk tempah dgn Designer Freda Lestari Putra, seriously love his design!! sangat-sangatt cantik ok <3

    Design yang bagaimanakah?? hehe.. secreto dulu buat sementara waktu, nanti dah nk dekat2 majlis kowt insya Allah baru blh bg teaser and review sket, tp yg pastinya design wedding dress tu ala2 fairytale princess dress lah yg kena dgn tema butterfly fairytale.. color dress tu color Ivory same with Princess Kate Middleton wedding dress color ;) --->

The chiffon silk dress detailing with royal gold (main color) and pastel color of diamonte beads yang membentuk corak butterfly di bahagian depan baju part under chest to waist, and also with bulu2 ostrich sket kat bhgn bahu, applique butterfly 3D pun ada di sekitarnya if applicable, kain dress A line flowy inspired by fairy dress mcm dlm cite fairytale tu, n tmbh lip lap sket kat dress bwh tu mengikut corak kelopak.. ok lah x leh cite lbh2 lg, hehe.. after all, can't wait to see the result of the wedding dress *excited*, hee ;)
Manakala baju groom pula dah book dengan RSKL :)
  • Bertandang | Status: Pending!
    Belum settle booking mana2 lagi, ingat nak sewa sepasang baju P & L tradisional kontemporari dekat dgn rumah groom to be je at Seremban tu je, dekat je utk hntr baju blk nt, tp kne cari masa free dlu utk g sana fitting baju, huhu~

Wednesday, August 24, 2011

Kawasan Speed Trap!!

Salam, hai,

Jangan lupa periksa kawasan speed trap di laluan pulang beraya anda ya.. Check jangan x check ;)
Yang plg penting, hati-hati di jalan raya. 
Selamat Hari Raya in advance ^_~
 
Plus Arah Utara (Dari KL):
1- Km 197.1, Km 198.8 & Km 204.3 selepas exit Kemunting
2- Km 208 & Km 214.8 sebelum exit Kemunting
3- Km 271 berdekataan exit Ipoh Selatan
4- Km 274.4 berdekatan exit Ipoh Utara
5- Km 286.9 berdekatan exit Simpang Pulai
6- Km 296 berdekatan exit Gopeng
7- Km 352.6 selepas exit Sungkai
8- Km 373 berdekatan exit Slim River
9- Km 241.9 berdekatan exit Kuala Kangsar
10- Km 308.6 selepas exit Gopeng
11- Km 252 masa turun bukit selepas terowong Menora
12- Km tak pasti tapi betul2 di R&R Gurun
13- 2 km after tol Juru (90km/j)
14- 5 kamera di atas jambatan Pulau Pinang


Plus Arah Selatan:
1- Km 289 sebelum exit Nilai Selatan
2- Ada 3 kamera antara Km 255 - Km 249 (Persimpangan Seremban - Senawang)
3- Km 253 selepas exit Senawang
4- Km 213.9 selepas exit Alor Gajah
5- Betul2 di exit Jasin
6- Km tak pasti tapi selepas hentian sebelah Tangkak
7- Km juga tak pasti tapi jambatan pertama selepas exit Yong Peng utara
8- Km 97.3 selepas exit Air Hitam
9- Betul2 di exit Sedenak

Plus Tengah:
1- Km 456 selepas exit Sungai Buluh
2- Betul2 di exit Bukit Lanjan
3- Betul2 dibawah Restoran Jejantas Sg Buloh
4- Km 302.8 berdekatan exit Kajang
5- Km 296.5 & Km 297 berdekatan exit Bangi

NKVE
1- 300 meter sebelum tol Jalan Duta (60 km/j)
2- Selepas cabang jalan ke tol Jalan Duta (80km/j)
3- Betul2 di exit Damansara
4- Km 11.2 berdekatan rel keretapi
5- Betul2 di exit Shah Alam Jaga-jaga

KESAS
1- Km 44.8 berdekatan exit LDP
2- Berhadapan Endah Parade
3- Betul2 di exit Hicom


ELITE (Dari arah KLIA)
1- Km 4.8 selepas exit Batu 3
2- Km 2 - Km 4 atas jambatan berdekatan Makro
3- Betul2 kat bawah restoran jejantas USJ
4- Km 10 sebelum exit USJ

JALAN PERSEKUTUAN
1- Bersebelahan Hotel Mint
2- Berdekatan Esso kat exit Salak Selatan
3- Berhadapan dengan Istana Negara
4- Berhadapan dengan Muzium Negara
5- Kawasan turun bukit selepas pekan Raub (Menghala Kuala Lipis)
6- 2 km sebelum pekan Maran (Arah Kuantan)
7- Area Paya Bungor

Ini Bukan Seloka, Ini Kenyataan Ramadhan Akhir Zaman



Tertipunya manusia-manusia di akhir zaman,
Salah satunya ketika menyambut Bulan Ramadhan,
Waktu berbuka umpama pesta makanan dan minuman,
Perut yang berkeroncong segera didahulukan,
Solat Maghrib tidak pula disegerakan,
Ramai yang melaksanakannya selepas pukul lapan (Malaysia),
Ramai juga yang lupa untuk menunaikan,
Dek kerana asyik melayan lauk pauk dan hidangan..
Sembahyang terawih pula sekadar syarat Ramadhan,
Namun batinnya tidak diselit  rasa kehambaan,
Yang Hafiz bacaannya dikormesilkan,
Yang Imam sibuk mensyaratkan bayaran,
Yang menderma minta dihebah-hebahkan,
Habis terawih, asap rokok berkepul-kepulan,
Yang muda dan yang tua berbual tentang dunia dan hiburan,
Yang wanita berbincang tentang raya dan persiapan,
Kanak-kanak yang memerhati pula menjadikannya teladan..
Katanya bulan ibadah.. Bulan Ramadhan,
Sepatutnya perlu bersifat tawadhuk serta penuh kesedaran,
Bulan yang sepatutnya hilai tawa dikurangkan,
Agar dapat melaksanakan ibadah dan merasai kenikmatan,
Sungguh hiba bila fungsi Ramadhan disalahgunakan,
Dan dikuasai nafsu walaupun tanpa syaitan,
Semua perkara dibuat bukan kerana Tuhan..
Apakah akan ada maghfirah yang bakal dikurniakan?
Jika ini sikap kita, adakah pahala akan digandakan?
Lailatul Qadar yang bakal menjelang mampukah dikejarkan?
Atau hanya dosa dan laknat Allah S.W.T yang akan ditimpakan?
Fikirlah, fikir-fikirkan....

credit source: Muhammad Arif Haris Mohd Suhami | Editor: Fira Fahmi | http://www.iluvislam.com/tazkirah/bulan-islam/3385-ini-bukan-seloka-ini-kenyataan-ramadhan-akhir-zaman.html

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

World Visitors Map

free counters

Search